Biji buah delima mempunyai pelbagai khasiat daripada sudut kecantikan dan kesihatan. Anda boleh cuba dua perawatan menggunakan buah delima sebagai bahan utama. Skrub daripada biji buah delima misalnya, dikatakan dapat membantu menanggal sel-sel kulit mati, dan membuatkan kulit wajah lembut dan halus.
Manakala skrub menggunakan kulit delima yang dikeringkan membantu melembapkan kulit. Zat yang ada pada kulit delima melindungi kulit daripada pencemaran dan mengembalikan kembali keseimbangan pH kulit.
SKRUB BIJI DELIMA
Bahan-bahan:
2 sudu teh biji buah delima
1 cawan oatmeal mentah
2 sudu makan madu asli
2 sudu makan buttermilk
Cara membuat:
- Masukkan biji delima dan oatmeal mentah ke dalam mesin pengolah makanan.
- Setelah itu kisar hingga halus.
- Pindahkan ke dalam mangkuk dan tambahkan madu dan buttermilk. Gaul sekata.
- Oleskan dengan lembut pada kulit wajah selama beberapa minit, lalu bilas dengan air bersih atau air suam.
Skrub Kulit Delima Sebagai pelembab alami
Bahan-bahan:
Sedikit kulit delima yang telah dikeringkan
Sedikit yogurt
Cara Membuat:
- Tumbuk kulit delima yang sudah dikeringkan hingga halus dan campurkan satu sudu makan serbuk itu dengan yogurt.
- Gaul sebati hingga membentuk pes.
- Sapukan pada kulit wajah dan leher dengan rata. Biarkan selama 10 minit.
- Kemudian cuci dengan air bersih.
Antara khasiat lain buah delima termasuk:
Membantu mengatasi masalah kulit
Masalah kulit seperti bintik hitam serta pigmentasi antara masalah kerosakan kulit yang cukup membimbangkan. Buah delima mampu melindungi lapisan kulit luar dan memperbaiki sel kulit dari dalam serta ia juga boleh menyembuhkan luka
Menghilangkan jerawat
Masalah jerawat pastinya mengganggu setiap wanita yang sering bimbang penampilan diri akan terganggu dek jerawat. Buah delima ialah sumber vitamin C yang mampu mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Buah delima juga mampu mengatasi masalah pencernaan serta meningkatkan peredaran darah menjadi lebih sihat sekali gus membantu menghilangkan jerawat.
Mengatasi kulit kering
Buah delima memiliki struktur molekul yang tergolong kecil dan mampu meresap hingga ke dalam kulit serta mampu melembapkan kulit, mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering. Ia memberikan kelembapan semula jadi pada wajah.
Mengatasi kulit berminyak
Buah ini sering dimanfaatkan sebagai bahan semula jadi yang digunakan menjadi produk kecantikan. Ini kerana, buah delima yang mengandung minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi kedutan pada kulit serta menghilangkan jerawat.
Mencegah proses penuaan
Pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten dapat meremajakan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah.
Melindungi kulit daripada sinaran matahari
Buah delima dapat membantu untuk melawan pancaran matahari yang menjadikan buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi banyak antioksidan yang berperanan penting untuk mencegah kerosakan kulit yang terjadi kerana radikal bebas.
https://www.mingguanwanita.my/bawang-merah-mujarab-hilangkan-jeragat-patut-kulit-nenek-ni-cantik/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI