Nenek ini kongsi cara rawat jeragat guna bawang merah.

La rupanya guna bawang merah je untuk hilangkan jeragat. Tak payah nak pakai produk mahal-mahal, guna je bahan yang ada di dapur. Petua ini dikongsi oleh Tok Yah. Walaupun umur Tok Yah dah 80 tapi kulit dia halus dan bersih.

Kata Tok Yah, masa muda dia bersawah padi memang berjemur dari pagi sampai tengahari. Kulit mulalah tumbuh jeragat. Zaman dulu nak beli produk memang tak mampu jadi memang Tok Yah guna bahan-bahan alami je rawat kulit.

“Petua hilangkan jeragat ni tok belajar dari kawan Thailand. Senang je nak hilangkan jeragat, sapu muka dengan getah bawang merah. Alhamdulillah dah berpuluh tahun tok amalkan memang mujarab.

“Untuk kulit badan pula, tok buat sendiri lulur beras pulut. Lulur kulit rambai pun elok diamalkan. Memang gebu je kulit, parut semua hilang,”ujarnya.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/timun-letak-dalam-peti-ais-tempek-kat-muka-mujarab-hilangkan-blackhead/

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Khasiat Getah Bawang Merah

Bahan

IKLAN

Bawang merah} kupas dan bersihkan

Air perahan lemon/ limau nipis

Cara membuat:

  1. Potong bawang merah kepada dua bahagian.
  2. Kemudian, sapu pada bahagian kulit yang berjeragat.
  3. Jangan tonyoh kuat ye takut kulit melupas.
  4. Buat setiap malam sebelum tidur. Biarkan getah bawang merah tu kering kat wajah, dalam 10-15 minit.
  5. Lepas tu cuci wajah dengan air perahan lemon atau limau nipis.
  6. Last sekali, bilas wajah dengan air putih sampai betul-betul bersih.
  7. Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Buatlah dengan bersungguh-sungguh, guna bahan alami memang ambil masa tapi kesannya puas hati. Bukan ja jeragat hilang kulit pun jadi cerah.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI