selepas bersalin

Mak-mak yang bakal jadi ibu atau jadi ibu beranak kecil lagi kena buat persediaan selepas bersalin awal-awal ya, ini untuk memastikan emosi ibu stabil dan cukup rehat.

Seperti yang dikongsikan Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aishah, ada tiga benda penting yang bakal ibu tahu apa yang perlu mereka buat selepas bersalin.

Persediaan Selepas Bersalin

1. Berehat

2 minggu pertama ibu tidak boleh dibebankan dengan kerja rumah. Tugas ibu ketika itu hanyalah menjaga dan menyusukan bayi semata-mata. Kerja-kerja selainnya perlu diserahkan kepada hero si ibu- suaminya. Atau nak senang gajikan maid!

Tidurlah ketika bayi tidur. Terlalu ramai ibu bawah jagaan kak ice melayan handphone masa bayi tidur. Kena ingat ya… bulan pertama corak tidur bayi berbeza. Malam berjaga. Siang dia tidur. So ibu kena ikut corak tidur bayi kalau tak nak diserang sakit kepala dan kemurungan. Cuma elakkan tidur selepas asa sampai maghrib dan selepas subuh sampai zohor. Kejutkan baby juga main dengan dia masa tu.

Elakkan banyak bangun. Letak bayi di tempat mak mudah capai. Segala barang keperluan kena letak sekeliling ibu termasuklah baju-baju ibu.

Kalau orang datang ziarah, tak perlu rasa terbeban nak layan tetamu. Biarkan suami atau mak korang yang layan tetamu. Korang boleh minta izin untuk susukan atau berehat dalam bilik.

Ambil masa beberapa minit duduk di anjung rumah melihat suasana agar tak terperuk dalam rumah. Janji jangan berjalan keluar dari rumah. Kadang temujanji klinik pun bantu kita release tension dapat jalan-jalan sekejap. Tapi jangan melalut sampai ke jaya jusco. Tu menempah bala namanya

Bagi ibu yang nak ajar anak memyusu botol, selepas 2 minggu dah boleh start ajar anak. At least di waktu malam ibu boleh dapat tidur 4 jam secara terus sementara ayah menyusukan anak.

2. NUTRISI

Bijirin: beri ibu makan oat, nasi, roti. Khasiatnya sangat bagus untuk ibu menyusukan bayi

Sayur-sayuran: ibu dalam pantang boleh makan sawi dan brokoli. Ulam raja, tenggek burung, pucuk mengkudu, pegaga, daun selom, cekur, bunga kantan, daun kesum. Elakkan sayur yang menjalar.

Buah- Buahan: epal, oren, delima, kurma, zaitun, prune dan pelbagai buah-buahan import. Elakkan buah-buahan tempatan kerana is bersifat sejuk dan berangin.

Bahan Tenusu: minum susu sangat bagus di dalam pantang.

Protein: Makan ayam, kambing, lembu, burung, ikan yang segar. Jangan makan fast food, processed food, junk food. Elakkan ikan yang menyebabkan kegatalan, keradangan dan berbisa.

Air: Amalakan air 2 – 3 liter sehari. Air kosong memberi kesan pada tubuh wanita. So gantikan dengan air rebusan herba, esen ayam, sup, jus-jus buah.

3. BANTUAN

Suami: pastikan membantu isteri bonding dengan anak untuk elakkan isteri kemurungan.

Ibu bapa dan adik beradik: Bantu uruskan bayi ketika si ibu perlukan tidur. Bantu merawat ibu dalam pantang seperti sediakan batu tuaman, dan makanan pantang.

Maid: kemaskan rumah dan keperluan ibu ketika ibu dalam pantang.

Perawat pantang: fokus lebih kepada rawatan-rawatan yang membantu ibu cepat sembuh selepas bersalin. Boleh pilih yang datang ikut jam, separuh hari, sepanjang hari atau yang tidur di rumah anda

Babysitter: bantu jaga anak-anak yang lebih besar agar ibu dapat bonding dengan adik baru.

9 bulan diberikan tempoh untuk kita plan segala keperluan selepas bersalin atau tempoh dalam pantang.

Buat tabungan RM300 sebulan. Agar anda mampu melengkapkan keperluan anda sepanjang 44 hari bersalin.