Berpisah semula dengan tiga anak, “Sedihnya, kamu kuat ya Vicha”.Pelakon dan pelawak, Vicha menerusi sebuah video yang dikongsi di akaun rasmi Instagramnya mencuri hati para pengikut.
Selepas beberapa minggu bersama anak-anak menyambut Syawal, akhirnya tiga anak perempuan menerusi perkahwinan terdahulu Aurel Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Calysta terpaksa pulang ke Indonesia.
Sebagai seorang ibu, sudah tentu Vicha berasa sangat sayu namun di sentisa berdoa agar ketiga-tiga anak perempuannya dapat tinggal bersama di Malaysia.
Berpisah Semula Dengan Tiga Anak
Pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman itu turut mendapat simpati daripada para pengikutnya. Malah para selebriti dan warganet lain mendoakan agar Vicha terus kuat.
Rumah Terus Sunyi
Vicha yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson juga telah dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.
IKLAN
Selepas tiga anak perempuannya pulang, kini Vicha akui keadaan rumah yang biasanya bising kini sunyi.
“Baru jer beberapa jam lepas anak-anak balik Bandung tapi rumah dah rasa lain rasa sunyi sepi biasa bising dekat rumah.
“Sedih tadi tengok diaorng pergi tadinya x nak menangis nak try to be strong depan mereka tapi lepas tya peluk dan dia nangis terus x boleh stop.
“Sampai ke kereta balik pun still sampai x tengok kanan kiri pasti orang pelik tengok i bukan senang tau nak jauh dari anak apalagi lepas 2 tahun lebih x jumpa lepas tu jumpa x sampai sebulan dah kena tinggal balik.
IKLAN
“Doakan kami yaa supaya dapat sama2 balik dengan mereka amin yra ❤
Cara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!
Semalam seorang penumpang meninggal dunia, manakala dua lagi parah akibat tersepit apabila sebuah bas terbalik dalam nahas di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.34 petang.
“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa. Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.”
Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal dunia, manakala dua mangsa parah akibat tersepit.
Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Nama adik Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi menjadi perhatian ramai gara-gara memiliki kebolehan dan keunikan mereka yang istimewa.
Tidak dinafikan setiap anak-anak memiliki keistimewaan tersendiri. Ia menjadi tanggungjawab mak ayah dalam mengenal pasti jenis kecerdasan yang dimiliki oleh anak-anak sewaktu tempoh pembesaran mereka. Ini kerana ia dapat ‘menggilap’ kelebihan tersebut untuk menjadikan mereka lebih baik dan cemerlang.
Mungkin ada anak yang hebat dalam bidang sukan, petah dalam bercakap dan interaksi, pandai bermain alat muzik, mahir dalam kira-kira dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan antara 9 jenis Multiple Intelligence mengikut teori yang dicadangkan oleh Psikologi, Howard Gardner yang mak ayah perlu ambil tahu.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy mengenai Multiple Intelligence ini.
Tiga orang kanak-kanak yang menghiasi media cetak, media elektronik dan media sosial seminggu dua ini menarik perhatian saya. Saya pernah berkongsi tentang Teori Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligence yang dicadangkan oleh Howard Gardner. Beliau telah mengenalpasti 9 jenis kecerdasan atau intelligence.
Ketiga-tiga kanak-kanak ini memiliki kecerdasan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan mereka individu yang unik tanpa perlu dibanding-bandingkan.
1) Hana Aishah
Kredit Foto: RTM
Adik HANA AISHAH atau nama glamernya Aishah London telah menarik perhatian ramai dengan kepetahannya berbahasa Inggeris. Pertama kali menonton wawancara bersama adik Aishah, saya membuat andaian bahawa dia lahir dan pernah menetap dan bersekolah di luar negara. Rupa-rupanya saya silap. Dia belajar Bahasa Inggeris dengan sendirinya atau ‘self taught’ dengan menonton video.
Adalanya kanak-kanak hanya boleh mengulangi (parrot) kembali perkataan-perkataan yang didengari di video tanpa boleh berkomunikasi tetapi adik Aishah boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu dengan baik. Selepas dikenali dan tular, Adik Aishah telah beberapa kali dijemput ke station radio dan tv untuk ditemubual. Saya dapati dia berupaya berbicara dengan fasih dan penuh keyakinan.Belajar bahasa dan menguasai bahasa adalah dua perkara yang berbeza.
Aishah London berkemungkinan memiliki KECERDASAN LINGUISTIK yang menyebabkannya berupaya menguasai bahasa dengan cepat, mudah dan efektif. Dia juga berkemungkinan memiliki KECERDASAN INTERPERSONAL.
2) Syukor Khamis
Kredit Foto: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
Adik SYUKOR KHAMIS bukan sahaja menjadi sebutan di dalam negara, dia juga terkenal di luar negara kerana foto-foto aksinya bersama kerbau mendapat liputan yang sangat meluas. Syukor bukan sahaja berupaya untuk berinteraksi dengan kerbau, menurut jurugambar Nazri Sulaiman, Syukor juga mempunyai hubungan mesra dan bergurau dengan kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung seperti ‘kawan-kawan sekolah’.
Ini diakui sendiri oleh ayah Syukor yang mengatakan walaupun adik beradik Syukor yang lain juga terdedah kepada persekitaran yang sama, Syukorlah yang paling cenderung dan mempunyai minat mendalam terhadap kerbau-kerbau peliharaan ayahnya.
Bagi saya adik Syukor adalah contoh yang baik bagi seorang kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN NATURALIS yang mudah berinteraksi dengan alam.
Bercita-cita ingin menjadi seorang ‘Circus Performer’ satu hari nanti adalah sesuatu yang tidak janggal bagi seorang anak yang memiliki kecerdasan naturalis.
3) Umar Wafi
Kredit Foto: NST
Adik UMAR WAFI mendapat liputan media kerana telah mencipta alat notifikasi anti buli yang boleh digunakan di sekolah-sekolah. Guru-guru akan mendapat notifikasi di telefon mereka jika ada pelajar dibuli. Inovasi ini telah memenangi anugerah STEM di peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.
Menurut ibu Umar, idea penciptaan alat ini tercetus kerana adik perempuan Umar pernah dibuli secara fizikal dan verbal oleh rakan yang sama-sama berada dalam Darjah 1.
Mereka sekeluarga berbincang bagaimana caranya untuk membantu kanak-kanak lain yang dibuli dan ciptaan ini adalah hasil sesi ‘brainstorming’ tersebut. Umar seorang yang pendiam, namun kepakaran dan minat Umar dalam Programming telah memungkinkan ciptaan ini. Umar juga bercadang untuk menambahbaik alat anti buli ini dengan menyambungkannya ke CCTV.
Adik Umar adalah contoh kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN LOGIKAL MATEMATIK yang berkait rapat dengan strategi, penaakulan, matematik, sains dan teknologi.
Setiap seorang kanak-kanak adalah unik dan memiliki kecerdasan atau intelligence yang berbeza-beza. Kenalpasti kecerdasan tersebut dan sediakan persekitaran dan ruang untuk membina kecerdasan itu supaya bermanfaat buat anak tersebut dan juga untuk masyarakat.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Jadi buat mak ayah, kenal pasti jenis Multiple Intelligence yang dimiliki oleh setiap anak-anak. Bantu mereka beri galakan dan sokonglah perkembangan kecerdasan tersebut agar anak mampu pergi lebih jauh!
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.