Dalam menempoh fasa PKP ini, teman setia di rumah sudah tentulah televisyen dan telefon bimbit. Inilah yang boleh ‘menghidupkan’ dan sekaligus menghilang segala rasa bosan duduk di rumah.

Bagi isteri atau suami yang bekerja di rumah, penggunaan handphone dan komputer sangat penting untuk menghantar mesej, kertas kerja, buku perkhidmatan, e-mel, surat menyurat, gambar, video dan seumpamanya dan urusan kerja.

Bagaimana pula dengan pasangan yang berkepit dengan handphone 24 jam. Bukan urusan kerja tapi lebih kepada permainan games atau hal-hal yang berkaitan dengan media sosial. Menurut Dr. (Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, banyak isu yang muncul akibat sikap suami yang dilihat negatif dari segi penggunaan gajet berkenaan. Namun, jika menggunakan gajet cara yang betul, ia memberi kebaikan, khususnya kepada suami.

‘Berkepit’ Dengan Gajet 24 Jam, Keluarga Boleh Hilang Kemesraan Dan Kasih Sayang

IKLAN

Kebaikan gajet dari segi kegunaannya adalah sebagai:

  • Alat komunikasi
  • Alat keselamatan
  • Alat pencarian maklumat
  • Alat bantu belajar
  • Alat bagi penggunaan ibadah

Manakala kesan negatif gajet di kalangan suami ialah:

IKLAN
  • Memudahkan suami terlibat dalam skandal.

  • Mengkhayalkan suami dari segi gambar dan video porno.

  • Ketagih dengan aktiviti melayari dan menggunakan aplikasi whatsapp, keek, youtube, instagram, twitter dan

  • Mengurangkan kemesraan suami isteri.

  • Merosakkan minda dan jiwa suami.

  • Menjadikan suami hidup dalam khayalan dan membazir masa dengan bermain gajet.

  • Menjadikan suami cepat marah.

  • Menjadikan suami bersikap pentingkan diri sendiri.

PUNCA

Punca berlakunya masalah suami ketagih gajet adalah disebabkan:

  • Suami lemah dari segi ilmu disiplin pengurusan masa

  • Tidak jelas peranan sebagai suami, ayah dan role model kepada seisi keluarga.

  • Tidak matang dari segi memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami.

  • Mementingkan hawa nafsu sendiri.

  • Kurang penghayatan hidup dan mengamalkan ilmu agama, selari dengan tuntutan agama.

Kesannya Pada Isteri

Apabila suami yang gila gajet, isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi:

IKLAN
  • Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)

  • Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang penghayatan rohani dalam jiwanya)

  • Sentuhan emosi (Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stres kepada isu dan masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).

  • Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).

Kesan gila gajet menjadikan pihak suami hidup dalam dunia tersendiri. Malah ada suami yang bukan sahaja mengabaikan keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek isterinya di rumah, malah dirinya sendiri boleh terabai misalnya mengabaikan makan minum, kurang tidur, mata jadi rosak, sakit-sakit saraf badan dan sebagainya.

Dari aspek kesihatan diri pula, kajian dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat (2015) mendapati sikap gila gajet dalam kalangan suami boleh memberi kesan negatif dari segi:

  • Sindrom suka menukar gajet dari semasa ke semasa

  • Susah hendak tidur malam

  • Sindrom stres emosi

  • Kegemukan

  • Telinga rosak

  • Mudah mendapat penyakit hati

  • Mudah mendapat penyakit asma

Sebagai isteri

Bimbing dan ingatkan suami akan peranannya. Ia bagi membasmi sikap suami asyik main telefon bimbit sama ada di dalam bilik tidur, bila makan malam seisi keluarga, bersantai depan televisyen dan telefon bimbit sentiasa di dalam genggaman termasuklah ke dalam tandas. Beritahu dengan suara dan intonasi yang paling lembut dan terbaik , mungkin ini boleh mengubah sikapnya. Mana tau kan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI