Kehadirannya ke dunia kerana telah dipilih oleh Allah dan cukup menyedihkan dia terpilih sebagai anak tak sah taraf untuk mengharungi liku-liku hidup di dunia.

Jangan dicela, dikeji, menghukum atau dipinggirkan kerana dia tidak bersalah dan yang salah adalah ibu bapa mereka sendiri. Siapalah kita untuk menghukum dan sentiasa bersangka baik. Tutup mata nafsu dan bukalah mata hati. Biarkan ia berlalu dan binalah kehidupan yang lebih baik.

Itu antara kata-kata nasihat yang diberikan oleh pengacara jemputan Mingguan Wanita Talkshow, Datuk Dr. Prof Muhaya Mohamad yang digandingkan bersama Siti Elizad tengah hari tadi.

Jangan Pinggirkan Anak Tak Sah Taraf, Dia Pun Ada Haknya

‘Dilema Anak Luar Nikah’ menjadi topik hangat kerana ia turut membincangkan tentang hukum yang berhak diterima oleh anak tak sah taraf.

Antara hukum dan hak bagi anak tak sah taraf seperti yang dikatakan oleh Ustaz Hafizzudin Kadir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS:

IKLAN

1. Harta – Selayaknya dia tidak boleh menerima harta yang diwasiatkan kecuali harta ibu dan hibah yang diberikan oleh bapa sebelum meninggal dunia.

2. Aurat – Seorang wanita yang berkahwin semasa kandungan berusia dua hingga tiga bulan, aurat anak tersebut dengan adik beradiknya yang lain adalah mahram.

3. Tidak Boleh Berbin/bintikan – Anak tak sah taraf tidak boleh berbin atau bintikan ayahnya walaupun ibunya telah berkahwin semasa mengandung.

4. Wali – Jika adiknya ingin berkahwin selepas kematian wali, anak tak sah taraf tidak boleh menjadi wali untuk adiknya sekalipun.

Selain itu, MW Talkshow turut mengundang salah seorang mangsa yang telah melahirkan anak tak sah taraf untuk berkongsi cerita dan nasihat buat penonton.

Rakyat Malaysia – Ubahlah persepsi dan jangan memandang serong pada anak tak sah taraf.

Anak tak sah taraf – Jangan rasa tertekan, apa yang berlaku biarkan berlalu, teruskan kehidupan dan bina generasi depan yang lebih baik.

IKLAN

Ibu bapa – Jangan kerana malu, kita berdosa seumur hidup. Jika ibu bapa sayangkan anak-anak dahulukan yang halal dan insya Allah, rezeki akan datang kemudiannya.

Ikuti kupasan lebih lanjut bersama Siti Elizad dan Datuk Prof Dr Muhaya serta tetamu jemputan Rosmawati Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah, Yuzila Md Yusof, Ketua Pegawai Operasi Orphancare dan Hafizzudin Kadir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dalam siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro HD 121 pada jam 5.00 petang nanti.

#Mingguanwanitatalkshow

IKLAN

#Mingguanwanita

#Temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI