isteri

Ada sesetengah suami suka buat emosi orang rumah tercalar, langsung tak beralah dengan isteri yang buat kerja seharian di rumah. Balik-balik rumah, hanya tahu komplen!

Ya, mungkin dia cuma jaga anak-anak dan kemas rumah tetapi cuba anda pula ambil alih kerja kaum mak-mak sehari. Rasa sendiri betapa banyaknya dugaan mak-mak dalam bab menguruskan rumah tangga.

Haaa… bukan hanya duduk goyang kaki tengok anak bermain. Tetapi sebaliknya. Sampai nak mandi pun kena delay.

Allah… moga kaum suami boleh selami hati seorang isteri dengan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini.

TIME OFF BUAT ISTERI

Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh dan kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala dan serabut sungguh.

Saya cuba untuk calm down dengan istighfar dan kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.

INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.

Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.

Akhirnya, terus mesej suami.

“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”

Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.

“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak.”

Akhirnya suami yang baik hati mengalah.

IKLAN

Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.

Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.

Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.

Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.

Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.

Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.

MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.

IKLAN

Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.

Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.

Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.

Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.

“Dah okay dah? Happy tak?”

Tanya suami dengan prihatin.

Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.

IKLAN

Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik.

Jagalah ‘inner peace’ kita.

Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..

Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.

Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.

Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.

Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-apa. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!

Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!

Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI