Pilih bendi. Perasan tak kalau ke bahagian sayur bendi, mesti akan nampak hujungnya yang sudah patah. Tak kurang juga sambil memilih, ada pembeli lain akan mematahkan hujung bendi.
Dikatakan dengan cara ini, pembeli dapat tahu bendi itu muda atau sudah tua. Lepas itu, bagaimana dengan bendi yang telah patah hujungnya. Ada pembeli lain akan ambil atau dibiarkan begitu saja.
Inilah yang perlu kita elakkan sebagai pembeli. Tak salah nak pilih bendi muda sekalipun tapi janganlah sampai merosakkan harta penjual dan menganiaya hak pembeli yang lain.
Cara yang kita lakukan selama ini salah dan berdosa. Sekadar untuk peringatan bersama seperti yang dikongsikan oleh Muharrik Daie ini.
“Maaf kak, kalau akak patah, akak wajib ambik sebab berdosa akak tak ambik.
Sebab merosakan hak orang kak.” Tegur aku pada seorang kakak di pasar malam sebentar tadi. Sewaktu aku ingin membeli sayur sayuran.
Dia menjeling aku seolah olah marah teguran aku.
“Tokey pun tak marah, kau nak marah. Apa hal.” Balasnya kasar kerana tak puas hati dengan teguran aku.
“Maaflah kak. Tokey tu tak nampak kak. Saya cuma ingatkan saja. Saya pun nak beli juga. Jadi saya tak akan ambik yang dah patah. Saya rasa begitu jugak orang lain.
Ads
Pastinya tokey akan rugi. Haram hukum nya kak. Maaf kak saya terpaksa tegur sebab depan mata saya. Kalau saya tak tegur saya pula yang berdosa.”
Berkali kali aku minta maaf supaya dia terima teguran aku dan berhenti mematah hujung bendi yang ingin di belinya dan sedar akan kesalahannya.
“Kalau tak patah macamana nak tahu tua atau muda bendi ni? Kau tahu ke nak pilih bendi muda kalau tak patah hujungnya?” Dia bertanya aku dalam nada yang agak kasar.
“Walau apa pun alasan akak, akak dah rosakkan harta orang. Itu yang salah. Saya pun tak tahu nak pilih yang muda atau tua bendi tu tapi biasanya saya ambik yang kecik kecik saja. Atau akak tanyalah tokeynya dulu, boleh ke patah patah.
Kalau tokey nya kata ok, tak mengapa. Tapi kalau sebaliknya akak berdosa merosakan harta penjual. Tak apalah akak, saya panggil tokey nya. Kita minta izin.” Ujar ku untuk mengertaknya.
“Tak apa tak apa, aku ambik semua yang aku patah tadi. Tak perlu panggil tokey nya. Terima kasih kerana bagi tahu.” Ujar kakak itu walau pun nada suaranya masih tinggi walau pun dia mengalah.
Aku tahu dia malu dengan aku. Aku pun terus berlalu dan tak jadi untuk membeli bendi tersebut dan aku biarkan dia menunggu tokey sayur yang sibuk itu untuk membuat bayaran. Kalau aku tunggu pastinya dia rasa tidak selesa. Cukuplah sekadar itu tanggung jawab aku menegur supaya dia tidak terus membuat kesalahan.
Teguran Yang Membina
Ads
Aku rasa dalam isu bendi ni, bukan saja kakak yang aku tegur itu saja yang melakukan, malah di luar sana masih ramai lagi wanita dan kaum ibu yang melakukan perbuatan mematah hujung bendi tersebut tanpa rasa berdosa dan bersalah.
Sebab itu bab feqah ni, bukan hanya kita belajar bab ibadat saja. Bab bermuamalat dan berjual beli ni pun kita kena belajar. Kalau tidak berdosa zalim kita dalam berjual beli.
Memanglah mematah hujung bendi itu nampak kecil tapi dosa merosakkan harta orang itu berat dosanya.
Ubahlah sikap kita. Jangan sebab nak cari bendi muda kita rosak dan zalimi hak orang lain.
Tip pilih bendi tanpa perlu patahkan hujungnya.
Perhatikan tangkainya. Tangkai mua akan terkatup rapat tanpa lubang. Manakala tangkai yang tua akan kelihatan berlubang. Semakin besar lubangnya semakin tua bendi tersebut.
.
Ads
Mingguan Wanita : Walaupun nampak macam isu kecil dan ada anggap itu adalah hak pembeli. Tapi, ada cara lain yang boleh kita lakukan supaya tidak merosakkan harta penjual dan pembeli lain juga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Sedekah paling afdal. Inilah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam. Malah ia menjadi wajib seseorang itu bersedekah bila jumpa dengan orang yang memerluikan dan kita pun ada harta atau duit yang lebih untuk disumbangkan.
Namun, apa yang dikatakan sedekah lebih afdal bila kita dahulukan ahli keluarga dalam bersedekah. Carilah adik beradik yang susah dan memerlukan, dahulukan mereka sebelum kita berikan pada orang luar.
Begitu juga bagi suami, janganlah rasa rugi untuk bersedekah pada isteri dan anak-anak. Sebabnya sedekah yang paling afdal dan lebih tinggi darjatnya bila kita bersedekah pada ahli keluarga.
Dalam video tiktok tentang sedekah lebih afdal turut dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Antara yang dikatakan:
“Bila seseorang itu ada duit, kalau nak bersedekah dan sedekah yang paling afdal, lebih afdal dari bagi duit pada tabung masjid, orang miskin bukan adik beradik dan fisabilillah adalah sedekah yang diberikan kepada ahli keluarga kamu.
Itulah lebih utama dari keseluruhan sedekah itu.
“Carilah adik beradik miskin dahulu, kemudian barulah beri pada jiran terdekat, orang tak kenal dan masjid. Ikut turutannya.
Kata Ustaz Wadi Anuar lagi, dengan memberi pada ahli keluarga yang susah, pahala dan fadilatnya lebih besar.
”Begitu juga dengan suami, jangan rasa rugi pada setiap ringgit yang diberikan kepada isteri dan anak-anak.
Itulah sedekah paling tinggi, tinggi daripada kedudukan sedekah yang ada.
Mingguan Wanita : Cari adik beradik dan dahulukan sedekah pada mereka. Insya Allah rezeki bertambah-tambah bila dahulukan pada ahli keluarga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Setiap orang punyai cara tersendiri untuk bahagia. Malah, bahagia orang berbeza dan tidak akan sama dengan kita. Mungkin dengan bersedekah buat kita rasa bahagia dan syukur. Belum lagi ambil gambar dan post di media sosial.
Jangan kita mudah adili dengan cara ini hanyalah untuk menunjuk-nunjuk, sedangkan kita tak tahu bahagia orang berbeza. Waima, perkara sekecil-kecil sekali pun boleh jadi bahagia.
Inilah yang dikatakan oleh Ustazah Noor Laila Aniza tentang bahagia orang berbeza. Usah bersangka buruk dengan orang. Paling penting bahagialah cara kita.
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya & dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami @ anak-anak, hidang cantik-cantik, lepas itu, ambil gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih & sayang tu tak semua orang boleh merasa.
.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yang lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang an susah dapat merasa & memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah & mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia @ waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa & zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda2 tak baik, bercakap keburukan orang @ pun nk mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dgn zikir.
Hanya Manusia Biasa
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa & sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dgn ujian kecil @ berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri & orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dgn semua orang & sayangi semua orang.
Moga Allah sayang & kebaikan yang bahagiakn kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Mingguan Wanita : Tak perlu nak komen atau kritik, masing-masing ada cara bahagia tersendiri. Raikan dan bersangka baik.
Solat tiang agama. Solat juga mampu menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang salah dilarang. Oleh itu solat dianggap sebagai tiang agama.
Malah sejak kecil kita diingat berkali-kali, apa pun jadi dalam hidup solat jangan tinggal kerana solat adalh penghubung antara kita dengan Allah.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam sebaiknya:
Ramai ustaz, ustazah pesan, “Apa pun jadi solat jangan tinggal. Buatlah walau macam mana pun.”
Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.
Solat Itu Penghubung Kita Dengan Allah
Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.
Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Berat!
Apa Pun Jadi Solat Jangan Tinggal
Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.
Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.