Bekas suami dapat hak jagaan kekal anak perempuan, Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali. Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam telah memerintahkan hak jagaan anak kedua pelakon, Serina Redzuawan diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin, 46, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menemu bual kanak-kanak berkenaan, Isabella Saffiya O’luanaigh, 12.

Untuk rekod Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Bekas Suami Dapat Hak Jagaan Kekal Anak Perempuan

Seperti mana dilaporkan Sinar Harian, semasa prosiding dihadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, mahkamah berbual dan bertanya, mengenai pilihan anak kedua itu, sama ada mahu tinggal bersama ibunya, Serina atau bapa, Gavin.

Meskipun sebelum ini mahkamah telah memberikan hak jagaan kekal Isabella Saffiya kepada Serina manakala anak sulung, Tristan Tareef O’luanaigh,13, kepada Gavin, namun Zainul Rijal berkata, wanita itu tidak pernah mengambil anak keduanya itu tinggal bersama sehingga ke hari ini.

“Berdasarkan keputusan berkenaan, hak jagaan bagi kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin sementara Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” katanya.

Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Pada 26 Februari 2018 lalu, Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal atas alasan Gavin tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Pelakon itu bimbang anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.

Bagaimanapun, pada Julai 2018, mahkamah menolak permohonan itu kerana hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama telah dicapai sebelum ini.

IKLAN

Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.

Perintah itu terpakai sehingga kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.

Pada 26 Ogos 2020, mahkamah memutuskan hak penjagaan kekal terhadap Isabella Saffiya yang ketika itu berusia sembilan tahun diberikan kepada pelakon berkenaan manakala anak sulung kepada bekas suami, Gavin.

Gavin Buat Rayuan

Gavin membuat rayuan terhadap sebahagian perintah tersebut pada tahun 2020 namun dua tahun kemudian, rayuan berkenaan ditolak.

Di dalam penghakiman, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat perubahan matan iaitu anak kedua boleh membuat pilihan dengan siapa beliau ingin tinggal.

Isabella Safiyya pada masa ini telah pun mencapai umur yang ‘mumayiz’ iaitu melebihi 10 tahun dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

IKLAN

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Gavin memfailkan tuntutan untuk mengubah hak jagaan Isabella Saffiya pada 9 Februari 2022.

Baca Disini : “Tristan Tareef & Isabella, Ibu Doakan Anak-Anak Ibu Jadi Anak Soleh,Solehah” Serina

Serina Kerap Berpindah Tempat Tinggal

Sebahagian alasan Gavin selaku plaintif mahu mengubah perintah hak jagaan itu ialah disebabkan, Serina sebagai defendan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak kedua tersebut.

Bukan itu sahaja, Gavin mendakwa, Serina kerap berpindah tempat tinggal.

Dia berkata, bekas isterinya itu kini didapati berpindah ke Arau, sekali gus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan Isabella Saffiya. –  Sumber : Sinar Harian

Bekas Suami Serina Dapat Hak Jagaan Kekal Anak Perempuan, Isabella Saffiya

IKLAN

Baca Disini : ‘Penuh Kucing Jaga Jenazah Mama Sebelum Dikebumikan’ Serina Redzuawan

Bahagia Di Sisi Suami Tercinta, Serina Doakan ‘Abang Polis’ Dipanjangkan Umur, Dilindungi Bahaya, Ancaman Ketika Bertugas

Sumber Foto : Instagram Serina Redzuawan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bekas Suami Serina Dapat Hak Jagaan Kekal Anak Perempuan, Isabella Saffiya

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI