Bekas isteri SM Faisal jalani hukuman 7hari. ‘Hati anak yang terluka, tergamak bapa penjarakan ibu’. Kes ini bukan hanya melibatkan bekas suami dan isteri saja sebaliknya turut memberi kesan kepada anak-anak yang tidak bersalah.
Bayangkan apa perasaan anak-anak, bila ibu yang mereka amat sayang terpaksa menjalani hukuman penjara dek kerana mereka. Kasihan sungguh!
Bekas Isteri SM Faisal
Kongsi Dr Karya Kayra, di sebalik kisah ini ada hati anak-anak yang sedang terluka.
Tergamak bapa mereka memenjarakan ibu mereka yang membesarkan tiga anak lelaki itu selama ini sedangkan si bapa juga melakukan kesalahan yang sama, bahkan berganda-ganda lebih banyak dari kesalahan si ibu.
Perasaan bersalah anak-anak akan kekal di dalam jiwa apabila anak-anak itu tahu, ibu kandung mereka ke penjara berpunca dari anak-anak lelaki yang semakin remaja itu yang tidak mahu lagi bertemu bapa kandung, namun ibu mereka yang dipenjarakan.
Jalani Hukuman 7Hari
Saya juga mempunyai tiga anak lelaki remaja. Saya tahu perasaan seorang ibu, apabila anak-anak meminta untuk tidak lagi bertemu dengan bapa kandung mereka. Anda sebagai ibu, rela dipersalahkan oleh orang sekeliling demi memenuhi permintaan anak-anak.
Bezanya adalah, saya tanpa mengira lelah mencari solusi dari kelemahan Undang-Undang Syariah Malaysia bagi membantu diri saya dan rakan-rakan yang perlukan bantuan.
Kadangkala lelaki ingat mereka menang apabila berjaya memburukkan, memfitnah, mengganggu dan mengaibkan ibu kandung anak-anak itu.
Lelaki lupa kebencian di hati anak-anak sudah mula membuak-buak.
Girls… Ingat!!!
Setiap kali bekas suami tukar tarikh lawatan anak, mohon ingkar Perintah Mahkamah ke atas bekas suami. It is between you or him will go to jail.
Ingat!!! Semua Hakim Mahkamah Syariah adalah lelaki. Kita mesti bertindak bijak dan bergerak dalam satu pasukan jika mahu menang.
To those yang tidak pernah merasai gangguan dari bekas-suami gila talak dengan kononnya si perempuan menyebut perkataan “aib perlu ditutup” dan si lelaki menyebut “jangan campur hal rumah tangga orang”.
Tunggu anak-anak perempuan anda menghadapi masalah yang sama diganggu oleh bekas-suami gila talak.
Saat itu baharu anda tahu betapa anda perlukan bantuan dari orang sekeliling untuk membelasah bekas suami gila talak itu.
Ads
Tergamak Bapa Penjarakan Ibu
Hidup kita ibarat roda. Hari ini anda memperlekehkan masalah orang lain. Allah SWT sentiasa ada cara untuk mencampakkan kembali masalah orang lain itu menjadi masalah keluarga anda pula di masa hadapan.
Berita Emilia Hanafi sudah masuk Media Antarabangsa. It is not good for Syariah Law in Malaysia. Ramai wanita-wanita yang pernah teraniaya di Mahkamah Syariah sudah mula dihubungi Media-Media Antarabangsa.
It is will never be good selagi tiada keadilan untuk wanita islam di Malaysia.
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan Allah SWT.
Salam penuh simpati dari kami di SISTERHOOD buat Emilia Hanafi. Keep Strong.
Sis Emilia..
You won already in front of your sons.
Kayra, Putrajaya. #sisterhood
Mingguan Wanita : Semoga kes ini diadili dengan sebaik-baiknya dan menjadi iktibar kepada semua wanita di luar sana apabila berdepan dengan isu sebegini supaya lebih alert agar tidak dipersalahkan.
Perempuan kalau dah marah, tolak RM750K bekas suami nak beli rumah nama bersama kerana nak hapuskan kenangan. Bila menyentuh bab hati, memang sukar untuk meneka. Di saat kita rasa masih sayang tapi sudah tersimpan benci dan dendam.
Satu perkongsian dari Farizal Radzali di fbnya yang banyak berkongsi kisah seorang isteri membuat keputusan dalam keadaan marah dan benci tapi akhirnya baru menyesali tindakannya itu tidak bijak. Kerana terlalu marah pada bekas suami yang curang, si isteri nekad untuk menjual rumah lama mereka.
Ikut harga pasaran rumah besar mereka bernilai RM600,000 tapi mungkin masih ingin menyimpan kenangan, bekas suami sanggup beli RM750k dan cuma ambil RM300K sahaja dan bakinya milik isteri. Tapi sebab marah dan benci, isteri tolak.
Perempuan Kalau Dah Marah…
Baca kisah menarik perkongsian rumahtangga ini dan bayangkan betapa rugi bila buat keputusan dalam keadaan marah..
Perempuan, kalau dah marah…..
Ada sepasang suami isteri ni, kami uruskan penceraian mereka 2 bulan yang lepas. Sekarang dah dapat Dikri Nisi (Sijil Perceraian).
Mereka ada sebuah rumah yang agak besar, di atas nama bersama. Nilai pasaran RM530k.
Isteri nak jual, katanya tak nak ada kenangan dah rumah tu. 15 tahun mereka tinggal di rumah tu sebagai suami isteri, bila bercerai, rumah tu pun patut tiada.
Marah sungguh dia. Akhirnya, melalui ejen, dapat pembeli yang setuju beli rumah tu dengan harga RM600k.
Si suami ni mungkin masih sayang kat rumah tu. Katanya dia sanggup beli rumah tu dengan harga RM750k.
Tapi si isteri tak nak. Mati-mati dia tak nak dengar langsung apa saja kata suaminya. Si suami minta saya pujuk isterinya. Katanya dia sanggup terima syer dia sebanyak RM300k sahaja, selebihnya bagi kat isteri.
Saya cuba la juga pujuk. Saya kata, bukankah lebih baik ambil nilai yang lebih tinggi. Dia juga yang untung. Harga melebihi nilaian. Banyak perkara lain dia boleh guna dengan duit tu.
Tapi dia nekad. Katanya kalau dia dah benci, tak perlu cakap apa lagi. Dia tak nak rumah tu jadi milik suaminya juga. Dan dia marah saya, katanya saya menyebelahi suaminya yang terbukti curang.
Sekarang apa yang dia kata, itulah yang muktamad. Jangan cakap apa-apa lagi, tak perlu nak pujuk-pujuk. Jadi, apa nak buat, kan. Dah org tak nak. Nak cakap lebih pun tak boleh, nanti kita juga yang salah.
Lalu mereka tandatangan perjanjian jual beli dgn pembeli dengan harga RM600k. Dah bayar deposit sebanyak 10%. Perjanjian dah di setemkan minggu lepas. Sekarang tunggu kelulusan Menteri Besar.
Semalam, si isteri call saya. Suara dah lembut sikit. Dia kata dia ubah fikiran, dia nak jual rumah tu kepada suaminya dengan harga RM750k dengan syer RM300k suami, RM450k isteri.
Saya maklumkan dia, tak boleh tukar dah, sebab perjanjian dah tandatangan, deposit dah bayar & kebenaran dah dimohon. Dan akan ada akibat kalau nak batal perjanjian tu. Dia & suami kena bayar 2 kali ganda wang deposit kepada pembeli. Deposit RM60k, penalti RM60k lagi.
Dia kata, dia akan kembalikan deposit bagi syer dia tapi dia suruh suami bayar denda tu.
Lalu saya tanya suaminya. Suaminya kata dia tak nak dah, teruskan dengan perjanjian sedia ada.
Dan saya maklumkan isterinya. Lalu mengamuk lagilah. Saya pun dah rasa nak geram dah. Saya tanya, dari awal, kami dah pujuk, kami dah maklumkan kebaikan berpihak kepada dia. Tapi kenapa tak nak setuju sedangkan suami dah bagi pilihan, bagi masa.
Sekali lagi saya kena marah. “You tak rasa diri dicurangi. Kalau you rasa, baru you tahu macam mana perasaan marah tu.”
Saya diam. Bukan sebab setuju, tapi tak nak besarkan hal itu. Dan saya juga harap saya tak dicurangi. Aamiinnn….
Perjanjian tetap perjanjian.
Yang curang tetap dah curang.
Tak semua benda kita boleh atur.
Tak semua benda kita nak org ikut cakap kita, hanya kerana kita di pihak yang teraniaya.
Sebab kalau kita berdendam, akibatnya lebih buruk kepada diri sendiri.
Kepada para perempuan & diri saya sendiri, bila terjadi perkara seperti di atas, fikirlah untuk diri kita. Ambil apa saja kelebihan yang ada. Berfikir dengan tenang. Betulkan niat. Jangan dendam lama-lama.
Saya beritahu sesuatu ye. Macam kes di atas, si suami tu boleh je beli semula rumah tu dari pembeli tu, kalau dia nak. Tak perlu pun dia nak persetujuan isterinya. Tapi dia cuba cara terbaik sebab dia pun sedar, dia juga ada kesilapan. Sebab tu dia nak beli dengan harga lebih mahal. Supaya isteri dapat duit lebih, sayang tu masih ada. Tapi dah isteri tak nak.
Allahu, sebaknya bila mengenangkan kejamnya seorang anak apabila tergamak membunuh mak kandungnya dengan tangannya sendiri.Lebih memilukan, darjat seorang ibu yang selayaknya berada ditempat yang mulia dan tertinggi, berakhir ditempat yang hina, kotor malah menjijikan.
Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, petang semalam.
Disembunyikan Dalam Tangki Najis
Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.
“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.
“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.
“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.
Mempunyai Rekod Jenayah
Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.
Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.
“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.
“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Laporan terkini, suspek berjaya ditahan pihak polis.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dengan lelaki terbabit dijangka direman, esok.
“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga wanita ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga pelaku, menerima hukuman dan pembalasan yang setimpal.
Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja perempuan 15 Tahun yang dilapor hilang. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.
“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.
Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Hussein Omar Khan.
Remaja Perempuan 15 Tahun Yang Dilapor Hilang
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.