Ads

Bayi Tersedak Susu Ketika Di Rumah Pengasuh, Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Bayi Tersedak Susu
Bayi Tersedak Susu

Tular kisah meruntun jiwa golongan ibu, bayi tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh. Apa yang ralat, ibu kepada si comel yang berumur enam bulan minta anaknya dibawa ke hospital namun tidak dihantar.

Bayi Tersedak Susu Ketika Di Rumah Pengasuh

Bayi Tersedak Susu Ketika Di Rumah Pengasuh, Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Sekitar jam 5.05 petang, si ibu yang sedang bekerja menerima panggilan daripada pengasuh di Pantai Dalam, memaklumkan anaknya, Tuan Faqihah yang berusia 6 bulan, tidak sedarkan diri sejak jam 4.30 petang.

Nur Afira Badrul Hisham meminta agar bayinya segera dibawa ke hospital, namun permintaan itu tidak dilakukan.

Ads

Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Bayi Tersedak Susu Ketika Di Rumah Pengasuh, Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Dalam keadaan panik, seorang ibu hanya memikirkan satu perkara selamatkan anaknya. Dengan hati yang berdebar dan harapan yang masih bersisa, dia terus memecut menuju ke rumah pengasuh di Pantai Dalam.

Namun sebaik tiba, anaknya sudah dalam keadaan lemah. Si kecil kemudian dibawa ke hospital bersama pengasuh dan suami pengasuh, namun disahkan meninggal dunia.

Ads

Menurut pengasuh, bayi tersebut dipercayai tersedak susu. Namun usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada jam 6.08 petang.

Bayi Tersedak Susu Ketika Di Rumah Pengasuh, Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Kejadian itu kemudian mendorong bapa mangsa membuat laporan polis bagi meminta siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya.

Pemergian seorang bayi semuda enam bulan bukan sekadar meninggalkan tangisan sebuah keluarga, malah turut menimbulkan persoalan yang hanya mampu dijawab melalui siasatan yang teliti dan adil.

Rujukan: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nur Syahidah

Nur Syahidah Buktikan Keberanian Ubah Nasib, Jualan Rendang Dendeng Naik Dari...

Nur Syahidah berkongsi perjalanan transformasi selepas menyertai Maggi Wanita Cukup Berani sehingga berjaya meningkatkan jualan rendang dendeng daripada RM400 kepada RM18,000 sebulan.