Hati mana yang tidak luluh bila mendengar berita tentang si kecil yang baru mengenal dunia, pergi terlalu cepat. Itulah yang berlaku kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muammar Aidil, yang meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah taska di Wangsa Maju, pada 26 Mei lalu.

Bayi 7 Bulan Meninggal di Taska, Pengasuh Didakwa di Mahkamah

Hari ini, insiden menyayat hati itu berakhir di kamar mahkamah apabila seorang pengasuh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuai dalam menjalankan pengawasan sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.

Bayi 7 Bulan Meninggal di Taska, Pengasuh Didakwa di Mahkamah

Air Mata di Kamar Mahkamah

Nor Fatihah, yang hadir dengan jubah hijau, kelihatan sebak. Dia menangis teresak-esak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Suasana menjadi pilu apabila dia ditenangkan ahli keluarga sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal mengadakan pengawasan dan pemeliharaan wajar sehingga mengakibatkan kematian Muammar Aidil. Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 11.08 pagi di taska terbabit.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Permohonan Jaminan

Pendakwa raya memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi. Namun, sekiranya jaminan dibenarkan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000 bersama syarat tambahan, termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.

Ads

Bayi 7 Bulan Meninggal di Taska, Pengasuh Didakwa di Mahkamah

Nor Fatihah, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kerana menanggung keluarga di kampung.

“Saya ada tanggungan ibu, adik dan ayah kandung sakit saraf. Selain itu, saya ada komitmen dan hujung tahun ini akan berkahwin,” katanya dalam rayuan penuh emosi.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.

Luka Yang Sukar Sembuh

Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.

Bayi 7 Bulan Meninggal di Taska, Pengasuh Didakwa di Mahkamah

Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ads

Anak kepada peguam, Aidil Khalid, dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke taska. Menurut laporan Kosmo!, anak tunggalnya Muammar Aidil yang berusia tujuh bulan dikatakan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke premis jagaan itu pada pukul 9.20 pagi.

Pemergian bayi lelaki itu sangat mengejutkan memandangkan bayi itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29 pada hari kejadian.

Mengulas lanjut, Aidil berkata pada hari kejadian bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tidak sihat.

Aidil berkata, isterinya menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan bayi mereka dalam keadaan seakan-akan pengsan, selain terdapat susu keluar dari hidungnya.

Nur Farihah segera bergegas ke taska berkenaan sebelum membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital swasta di Setapak.

Ads

“Doktor yang melakukan pemeriksaan beritahu bayi kami tidak menunjukkan sebarang respons tetapi pasukan perubatan tetap berusaha memberikan bantuan pernafasan selama 40 minit.

Luka Yang Sukar Sembuh

Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.

Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tip Buat Ibu Bapa: Pilih Taska & Pengasuh Dengan Selamat

Tragedi ini memberi pengajaran bahawa menitipkan anak bukanlah perkara kecil. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:

  • Semak kelayakan taska & pengasuh
  • Pastikan taska berdaftar dengan JKM.
    Tanya sama ada pengasuh memiliki latihan asas penjagaan kanak-kanak atau CPR.
    Perhatikan nisbah pengasuh–kanak-kanak
  • Bayi memerlukan perhatian hampir setiap masa. Idealnya, 1 pengasuh menjaga tidak lebih daripada 3 bayi.
    Kenali SOP keselamatan taska
  • Bagaimana mereka memberi susu?
  • Adakah ada rekod kesihatan harian anak?
  • Adakah pengasuh tahu langkah kecemasan jika bayi tersedak?
  • Amalkan komunikasi terbuka
  • Tanya pengasuh tentang tingkah laku anak setiap hari.
  • Ajak pengasuh untuk terus berkongsi jika ada perkara mencurigakan.
  • Percaya pada gerak hati ibu

Jika anda rasa sesuatu tidak kena dengan suasana taska atau cara pengasuh melayan anak, usah diabaikan.

Nyawa anak adalah amanah paling berharga. Ibu bapa tidak boleh berkompromi soal keselamatan, manakala pengasuh pula perlu sedar bahawa setiap bayi yang dijaga adalah tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran, disiplin, dan ilmu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI