Sungguh ajal dan maut di tangan tuhan. Bagi ibu yang bekerja mencari nafkah demi menyara keluarga, setiap kali meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh pastinya berhadapan dengan seribu satu kebimbangan. Apatah lagi terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil demi keluar bekerja.
Baru Sebulan Hantar Anak
Sungguh menyayat hati apabila seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang semalam.
Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Punca Kematian Belum Diketahui
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Ditemui Keadaan Sangat Lemah
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Ads
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Katanya, punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh.
Bayi viral kembar sembilan yang dilahirkan oleh seorang ibu warga Mali kini sudah boleh bernafas sendiri dan mereka perlukan dua bulan untuk sesuaikan diri dengan kehidupan normal.
Sebelum ini, sembilan bayi ini bergantung kepada alat bantuan namun kini tidak lagi. Tetapi mereka kesemuanya masih memerlukan pemerhatian yang berterusan sehingga mereka betul-betul kuat serta sihat.
Bayi Viral Kembar Sembilan Kini Boleh Bernafas Sendiri
Sembilan bayi yang dilahirkan oleh seorang ibu warga Mali pada 4 Mei lalu di Rabat kini boleh bernafas sendiri tanpa mendapatkan sebarang bantuan selepas melepasi tahap pernafasan yang membimbangkan, kata seorang jurucakap sebuah klinik pada Rabu.
Menurut AFP, jurucakap dari Klinik Ain Borja itu, Abdelkoddous Hafsi berkata, kesemua bayi kembar berkenaan ini sihat tetapi masih diletakkan dalam pemerhatian sehingga selama dua bulan lagi.
Katanya, bayi-bayi itu perlu diberikan makanan melalui tiub tetapi berat badan masing-masing semakin meningkat iaitu antara 800 gram dan 1.4 kilogram.
Ibunya, Halima Cisse dari Timbuktu di utara Mali yang berusia 25 tahun itu melahirkan lima bayi perempuan dan empat lelaki pada Mei lalu.
Perlukan Dua Bulan Sesuaikan Diri
Hafsi berkata, masa sebulan setengah atau dua bulan diperlukan untuk bayi-bayi tersebut menyesuaikan diri dengan kehidupan normal.
Satu pasukan perubatan yang terdiri daripada 10 doktor dan dibantu oleh 25 anggota paramedik terlibat dalam proses melahirkan bayi itu yang dilakukan melalui kaedah ‘caesarian’.
Sebelum ini, kerajaan Mali menerbangkan ibu bayi itu dari Afrika Barat ke Maghribi pada 30 Mac lalu untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik.
Kembar Sembilan Pecah Rekod
Wanita Mali itu pada awalnya dijangka melahirkan kembar tujuh selepas dia melakukan pemeriksaan ultrabunyi.
Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Nadya Suleman mencipta rekod apabila melahirkan lapan bayi pada tahun 2003 ketika berumur 33 sebelum rekodnya dipecah oleh ibu dari Mali itu. – Agensi
Mingguan Wanita: Harapnya bayi kembar sembilan ini terus membesar dan sihat tak lama lagi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Selalu perpisahan antara pasangan disebabkan oleh bekas mentua yang tidak suka dengan menantu. Begitu juga sebaliknya. Tak kurang juga bekas mentua terlalu cerewet , pasangan jenis ‘anak mak’ yang boleh menyebabkan rumahtangga tak bahagia.
Jangan terus beranggapan begitu sebab tak semua bekas mentua dan menantu begitu. Walaupun berlaku perpisahan antara suami isteri, hubungan dengan bekas mentua tetap baik seperti mak kandung sendiri.
Inilah bezanya dengan Nurul Ain Shuhaidah Othman, 33 tahun yang mempunyai hubungan baik dengan bekas mentua seperti yang dikongsikan olehnya.
Lebih selesa dipanggil dengan nama Yuen, dia menceritakan tentang kisah di sebalik video yang menunjukkan keakraban hubungan mereka walaupun sudah berpisah dengan suami lebih kurang tiga tahun lalu.
“Saya memang rapat dengan ibu mentua. Saya layan dia seperti mak kandung sendiri hinggakan sudah tidak ada rahsia antara kami. Dari mula saya berkahwin, dia jaga saya dengan baik dan dia jugalah yang jaga saya semasa berpantang anak pertama.
“Walaupun, sudah lama berpisah dengan suami, saya tidak pernah bermusuh atau putuskan hubungan silaturrahim sebab dia terlalu baik,” katanya.
.
Luang Masa Bersama
Baru-baru ini, Yuen telah berongsi video di mana dia bersama bekas mentuanya keluar bersama anak-anak meluangkan masa bersama di pusat membeli belah.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata.
Saya dan bekas suami masih lagi berhubung baik atas urusan anak-anak. Selama berpisah, saya selalu berjumpa dengan mentua untuk hantar dan ambil anak-anak.
.
“Sebelum ini, kami tidak pernah keluar bersama. Ada juga cakap rindu sebab lama tak jumpa. Mestilah rindu sebab rapat dan sering bertukar-tukar resipi masakan.
“Jadi, kami rancang keluar bersama. Tunaikan hajat dia untuk bawa cucubermain di plaground indoor dalam mall. Insya Allah lepas ini kami rancang untuk keluar bersama-sama sebulan sekali,” katanya lagi.
Apapun Yuen merasakan itu adalah rezeki dapat mentua macam mana.
.
“Kalau dapat yang tak berapa ok, kita buatlah sampai jadi baik. Kena belajar ambil hati, beralah dan bersabar. Orang tua ni, kalau kita tahu macam mana nak ambil hati, lama-lama ‘cair’ juga.
“Kenang jasa dan pengorbanan mereka juga. Anggap mereka seperti mak ayah kandung sendiri. Kita pun akan tua suatu hari nanti, mestilah nak dilayan menantu dengan baik,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki dapat mentua yang baik. Moga hubungan berterusan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan tiada kes Sporadic Covid-19 di Malaysia. Ini kerana, pesakit yang diperkatakan dari kes sporadic sebenarnya ada menyertai Ijtimak Tabligh di Sri Petaling.
Apa itu kes Sporadic? Ia merupakan kes di mana individu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana kawasan terjejas wabak dan tidak pernah berhubung dengan kontak rapat Covid-19.
Semalam, viral di media sosial mengenai kes terpencil (sporadic) yang dikesan berlaku dalam negara. Yang mana, disiarkan pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang alami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.
Ianya berentetan apabila kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel yang diambil daripada individu yang mempunyai gejala influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI)
Jumlah Kes Sehingga 12 Mac 2020
Sehingga semalam, daripada statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat 9 kes baru disahkan positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 158 kes.
Daripada jumlah ini,
Sebanyak 26 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19
127 kes dari kalangan kontak rapat
2 kes dalam kalangan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) melalui survelan COVID-19
1 kes dalam kalangan penyakit seperti Influenza (ILI) melalui survelan Covid-19
2 kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan
6 kes telah pulih, menjadikan sejumlah 32 kes telah dicaj daripada wad. Manakala, 3 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi dengan bantuan alat pernafasan dan dalam keadaan stabil.
Sehubungan itu, KKM menasihatkan mana-mana individu yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran.
Tujuannya untuk penilaian risiko jangkitan Covid-19, dan untuk tindakan PKD selanjutnya iaitu :
* diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan; * menerima Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah bagi menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah; dan * diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool yang akan diberikan oleh Pegawai Diberikuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Orang awam yang turut berhimpun juga digesa memberikan kerjasama dan patuhi nasihat KKM ini agar tiada penularan jangkitan Covid-19 pada masyarakat umum.
“Demi menjaga keharmonian, janganlah sesuka hati menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan jangkitan Covid-19 yang melibatkan perhimpunan tabligh ini.” Demikian pesan KKM.
MW : Sesungguhnya ini ujian tuhan beri untuk kita semua berfikir dan melihat dengan mata hati akan kekuasaanNya dan rahmatNya. Marilah letakkan pergantungan diri kita padaNya. Moga dilindungi dan dijauhkan daripada wabak berbahaya ini.
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.