Tak semua anak sanggup menjaga mak dan ayahnya yang sakit. Mungkin menjadi alasan dan kekangan yang diberikan. Atas sebab kerja atau tinggal berjauhan dengan mereka. Hanya waktu cuti sahaja mampu balik dan melawat mereka. Itu jika mak ayah ditahan dan tinggal berminggu-minggu di hospital.

Tidak terkecuali juga, ada anak-anak yang diberi peluang untuk berbakti kepada orang tua dan menjaga mereka tatkala sedang sakit. Baik di rumah atau di hospital. Beruntunglah. Inilah masanya untuk menyantuni mereka.

Namun, ada juga anak-anak yang tidak sanggup, hanya datang melawat dan lepas itu pulang. Tinggallah orang tua seorang diri di hospital. kalau di rumah, hanya ditemani oleh ibu atau ayah sahaja. Itulah yan dikatakan, mak ayah mampu menjaga 10 orang anak tapi belum tentu anak mampu menjaga mak ayah.

Walau bagaimanapun, bukan ini yang ingin dikupaskan. Sebaliknya, perkongsian daripada Zuraini Kamal adalah tentang cara anak-anak menyantuni mak ayah semasa sakit.

Bukan Sekadar Menunggu

Catatan ini saya tujukan kepada semua anak yang menjaga mak ayah yang sedang sakit.
Kadang-kadang saya bagi ceramah pada anak-anak yang menjaga mak ayah di wad atau di rumah.

Kita menyantuni mereka atau sekadar TUNGGU?

Ramai yang sekadar menunggu di tepi katil mak ayah yang sedang sakit.

Bila kita tanya: ‘Mak dah makan?’

IKLAN

anak: ‘mak tak mau makan’
atau ‘pagi tadi mak dah makan’

(sedangkan sekarang jam 12.30 tengah hari. Makanan hospital hantar pon belum terusik)

Saya nasihatkan si anak:
Belikan minuman sejuk (berais); belikan buah atau puding atau agar-agar, disuapkan dulu bagi mak rasa manis di mulut.

Cuci muka dan lap badan ibu, agar dia berasa segar sedikit. Mungkin selera akan terbuka bila terasa badan sejuk dilap dengan tuala basah. Maklumlah kat wad .. bila terbaring lama, kadang-kadang badan berpeluh dan kita merasa tidak selesa.

Banyak Bersabar Menjaga Orang Sakit…
kena banyak bersabar dan kita perlu rajin serta kreatif.
Bila pesakit tak lalu makan, kita kena fikirkan bagaimana nak bagi ‘selera mereka terbuka’.

IKLAN

Selalu mak ayah masa jaga anak-anak yang tak mahu makan, macam-macam kita buatkan.

Sebagai anak, kita pastikan makanan ada ‘warna yang ceria’
kita pastikan menu dipelbagaikan
kita beri apa yg anak-anak suka makan.

Begitu jugak kaedahnya apabila kita menyantuni ibu ayah yang sedang sakit
Kita suapkan ibu ayah, mungkin portion nya kecil dan sedikit, tapi kita kena rajin suapkan dia makan berulang kali. Kalau boleh biarlah berjadual.

Keperluan Susu

Susu adalah makanan tambahan yang lengkap nutrisi. Jika pesakit kelihatan kurus dan kurang makan makanan pejal maka elok ditambah dengan susu.

Kalau pesakit tak lalu minum susu, maka susu itu boleh dicampur dengan milo,teh, buah-buahan atau bijirin.

IKLAN

Pelbagaikan cara ambilan susu.

Blend susu dengan aiskrim atau air batu dicampur buah-buahan.
Pastinya lebih menyelerakan dan rasanya lebih enak.

Menjadi penjaga kepada ibubapa yang sedang sakit, kita tidak boleh ambik mudah dan kita jangan malas.

Kita jangan sekadar menunggu. Tunggu mereka cakap nak makan
Tunggu depa kata nak mandi

Jangan Tunggu mak ayah suruh baru nak buat.

MW: Sedihnya bila mengingatkan kesakitan mak ayah. Buat ingatan dan panduan untuk anak-anak.

Sumber: Zuraini Kamal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI