Sungguh pandemik Covid-19, memberi kesan besar buat ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, diberikan cuti tanpa gaji mahupun tiada lagi sumber pendapatan. Ada yang memulakan inisiatif dengan menjadi penjaja, peniaga jalanan malah peniaga kecil di tepi jualan dengan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman, demi kelangsungan hidup.
Jika kita daripada golongan yang kurang terjejas, masih ada makanan dan minuman diatas meja untuk disuap, masih ada menanti gaji tetap setiap bulan, inilah masalah untuk kita membantu golongan yang terkesan ini.
Bantulah peniaga jalanan, ikhlaskan hati untuk belajar ‘memberi’ kepada mereka walaupun sedikit. Semoga dengan cara ini dapat memberi kebahagiaan, harapan dan keazaman buat mereka untuk terus berniaga, mencari rezeki halal dan meneruskan kelangsungan hidup.
Jika kita adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk kita.
Tips ‘belajar’ membantu peniaga jalanan;
1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.
2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10.
BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.
Ads
3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya.
Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.
4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.
BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.
Ads
5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.
Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.
Begitulah rakan-rakan yang baik, belajar memberi walau sedikit.
Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.
Peniaga jalanan, mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha.Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.
Ads
Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama.
Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!
MW: Ada benarnya. Belajarlah untuk lebih banyak ‘memberi’ kepada sesiapa sahaja. Walaupun nilainya tak banyak, namun besar ertinya pada yang menerima dan benar-benar memerlukan. Semoga setiap usaha kecil kita dapat memberi kebahagiaan pada orang lain.
Bila dah jadi mak-mak ni segalanya nak kena cepat, mudah dan paling penting jimat masa baik nak uruskan anak-anak dan rumahtangga, mahupun nak buat kuih raya! Jika pernah buat kuih siput, bahagian yang paling ‘renyah’ nak buat ialah bab menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.
Menerusi perkongsian Nana Ereena ini cara senang dia buat ‘kuih siput’ ekspress dengan menggunakan pasta je. Siap buat jual! Tak perlu gentel tepung, pastanya pula tak perlu direbus.
Berikut antara perkongsiannya:
“Kuih raya pertama ku yang paling senang di abad ini.Dah siap kena sorokkan kalau tak sekejap licin”
Pasta Crispy Black Pepper / ‘Kuih Siput’ Ekspress
Bahan-Bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pakai ketiga-tiganya)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Serbuk Lada Hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air paip. Cuci bersih.
2.Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak lah ye.Asal melekat dekat makaroni/spiral/small shell tu.Kalau tak lekat tambah air sikit.
3.Gaul sebati.
4.Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
5.Angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper.Siap.
Siap! Selamat mencuba!
Senang sanang kan, mak-mak bolehlah cuba untuk kudap-kudapan masa raya nanti.Gerenti laku keras!
Ada pelbagai jenis diet yang menjadi amalan untuk menurunkan berat badan.Antara jenis diet yang cukup popular terutamanya buat golongan wanita adalah jenis Diet Rendah Karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan sebagainya.
Meskipun kesan penurunan badan dapat dilihat dengan cepat, rupanya amalan diet jenis ini adalah membahayakan kesihatan, tidak selamat dan boleh meningkatkan kadar kematian.
Perkara ini didedahkan oleh Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, menerusi kajian yang diperolehi daripada Medical University of Lodz.
Berikut antara perkongsian beliau;
AMARAN : DIET RENDAH KARBOHIDRAT (“LOW CARB DIET”) ADALAH TIDAK SELAMAT
Ramai yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan lain-lain lagi untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang percaya diet ketogenik boleh mencegah dan merawat kanser.
Tingkatkan Risiko Kematian
Satu kajian prospektif yang besar telah dilakukan ke atas beribu-ribu orang oleh Professor Maciej Bonach daripada Medical University of Lodz mendapati individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (“premature death”). Risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Hasil kajian ini baru sahaja dibentangkan semasa Kongres ESC* 2018 pada 28hb Ogos 2018.
Satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlaku PENINGKATAN RISIKO KADAR KEMATIAN iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.
Elak Diet Rendah Karbohidrat
Walaupun untuk jangkamasa pendek, diet rendah karbohidrat berkesan menurunkan berat badan, tekanan darah dan gula darah tetapi kesan jangkamasa panjang sangat membimbangkan. Ia juga mempunyai kesan negatif kepada kesihatan untuk jangkamasa pendek. Jadi pada pandangan Ahli Sains Perubatan diet rendah karbohidrat lebih baik dielakkan.
Bagi pesakit kanser, saya menasihati supaya jangan mengamalkan diet ketogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula/karbohidrat yang terlalu rendah bersama dengan diet tinggi lemak dan protin. Tiada bukti saintifik yang mengesahkan ianya dapat membantu pesakit kanser samada mencegah ataupun merawat penyakit mereka. Kemudaratannya lebih besar, jangan terpedaya dengan pendapat pengamal rawatan alternatif ataupun petua-petua yang palsu ini. Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor yang berkelayakan jika ingin mengamalkan diet tertentu.
Dato Dr. Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ahli Medical Mythbusters Malaysia
31hb Ogos 2018
Jadi buat golongan wanita yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini untuk menurunkan berat badan, seeloknya hentikanlah. Tukar kepada gaya hidup dan amalan pemakanan yang seimbang demi kesihatan jangka panjang.
Sebagai mak ayah, kadangkala luluh hati tengok perjalanan persekolahan anak-anak. Terkejar sana sini, bagai tak cukup waktu. Pagi ke sekolah lain, petang sekolah lain. Itulah cara terbaik membentuk jati diri dalam diri anak, menjadikannya seorang yang kental dan tahan cubaan di masa depan.
Proses ‘memanusiakan’ anak ini, sebenarnya memerlukan pengorbanan bukan saja anak, malah mak ayah juga. Kena sama-sama ambil peranan, barulah anak-anak melalui rutin wajib mereka dengan hati kental dan lapang.
Sama seperti anak-anak yang lain, tak terkecuali anak-anak Angkasawan Negara ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mereka juga melalui rutin persekolahan yang padat. Baik Sophea Isabella mahupun Sophea Natasha sejak kecil ayah ini sudah menerapkan konsep pendidikan dan pembelajaran yang begitu baik buat anak-anaknya.
Dalam rutin yang kental, anak-anak ini tetap positif setiap kali perlu berdepan persekolahan, peperiksaan mahupun aktiviti outdoor mereka.
Tetap, hati ayah ini yang mengambil berat akan perihal anak-anak sedikit sebanyak tersentuh jiwa. Ketika melihat anak keduanya tertidur dalam perjalanan ke sekolah agama, ini doa dan pengharapan yang Dr Sheikh Muszaphar titipkan untuk anak keduanya itu.
“Hati mana tak luluh melihat si anak bekejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Balik rumah makan tengahari … salin pakaian dan terus bergegas ke sekolah . Lebih lebih lagi ni minggu exam . Kertas Akhlak, Tajwid dan Feqah Sayu menyucuk kalbu … Ikut kehendak ingin dibelai dan dipeluk erat. Tapi inilah hakiki Demi kebaikan mu wahai Si anak Supaya kuat dan tabah Terus berjuang untuk Ummah Suatu hari kamu akan mengerti Mengapa Ayah mendorongi Harapan si Ayah agar Tasha memahami Dan pastinya akan mensyukuri Amiinn.
Be strong my beloved Sophea Natasha Daddy will always be there for you.”
Malah, Dr Sheikh Musaphar juga tidak putus mendoakan kemudahan menjalani urusan harian untuk anak-anaknya yang lain. Sentiasa positif untuk menjadikan anak-anak lebih positif menjalani rutin harian mereka.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar, 48 dan isteri, Datin Dr Halina, 39 tahun dikurniakan enam cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, sepasang kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.