Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Bukan Mahu Dilihat Baik, Tak Tergamak Tak Buat Apa-Apa. Urusan rumahtangga bukanlah tanggungjawab isteri semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama. Beruntung jika mempunyai pasangan yang tahu erti kasihan dan empati serta menghargai penat lelah dan pengorbanan dalam menguruskan rumahtangga.
Tak banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dapat serba sedikit menolong pun dah dapat meringankan urusan rumahtangga.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop.Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan.
Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi.
Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri. Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5.
Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan.
Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Ads
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Pakaian dalam dryer dikeluarkan dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat.
Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun.
Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya.
Dan begitulah rutinnya setiap hari.
Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja.
Ads
Tak Tergamak Pura-Pura Tidur
Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja?
Tak tergamak weh.
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal?
Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya.
Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi.
Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat.
Ads
Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Tak ada doa paling tinggi yang saya minta dekat Allah, melainkan masukkan isteri saya ke dalam syurga.
Mingguan Wanita: Memang bertuah jika mempunyai pasangan yang sama-sama menolong membantu meringankan urusan rumahtangga ni. Bukan sebab nak dilihat ‘baik’ tapi sebab kasihan dan tak tergamak tak bantu buat apa-apa kerja rumah, sedangkan isteri bertungkus lumus uruskan pelbagai perkara.
Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
Seminggu sebelum kejadian simbah asid, kedai mereka dibakar
Angkara Dengki Kedai Makan Laris
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy telah memohon maaf kepada semua kerana berita tentang perkahwinannya telah tular sebelum dia sempat mengeluarkan kenyataannya sendiri.
Menurut Lizzy dia sememangnya ingin membuat pengumuman perkahwinannya namun apabila dia sudah bersedia.
“Lizzy minta maaf sebab berita pasal ini (kahwin) tular sebelum sempat keluarkan kenyataan sendiri.
“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” jawab Lizzy menerusi sebuah kenyataan rasmi kepada media menerusi pihak Warner Music Malaysia.
Elizabeth Tan Pilih Lelaki Keturunan Cina
Penyanyi dan pelakon, ini juga mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan berbangsa Cina bernama Siew Jim, 30.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja.” ujarnya lagi.
Lizzy telah melangsungkan perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,’ tambahnya.
Bapa menetap di US kongsi silibus grade 1 di USA, level tadika jer. Di Malaysia macam exam nak jadi PTD. Isu silibus mata pelajaran yang dilihat tidak sesuai dengan usia kanak-kanak terutama di tahap satu masih banyak diperdebatkan oleh ibu bapa.
Ramai mak-mak mengeluh meski pun punya degree mahupun master namun untuk memberi penerangan kepada anak adalah perkara paling sukar hingga ada merasakan mahu membakar scroll mereka miliki.
Isu ini bertambah panas dengan tindakan yang bakal berlaku terhadap guru cemerlang, Cikgu Mohd Fadli yang mengejutkan lena di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu silibus terlalu tinggi, tak sesuai dengan usia selain beg berat, kelas terlalu ramai dan lain-lain lagi.
Isu ini menarik perhatian Saif Suhairi yang kini bermastautin di Amerika Syarikat mengenai silibus bagi tahun 1 di mana tahapnya sama macam budak tadika berusia empat tahun di Malaysia.
Ternyata, Malaysia lebih “terkehadapan” dalam silibus pendidikan, barangkali mengikut standard Pegawai Tinggi Diplomatik kerana pada usia 7 tahun, pelajar perlu belajar sifir enam. Barangkali penggubal dan penulis buku teks sekolah ini mahu menjadikan anak-anak ini golongan korporat pada usia tujuh tahun.
Inilah silibus gred 1 di USA, macam level tadika di Malaysia saja sebab nak bagi kanak-kanak seronok ke sekolahKita punya level standart tinggi macam budak darjah satu nak ambil exam jadi pegawai PTD
Baca perkongsiannya mengenai BEZA silibus di US dan Malaysia, ada pro dan kontranya.
Silibus Grade 1 USA mcm level Tadika Malaysia.
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June) Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk. Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :-
1. Silibus: Kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh. Darjah 1 dah kena hafal sifir 6. Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika. Bagus ke tidak? Macam slow sangat pula kan. Yang ni aku atas pagar.
Agak-agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat. Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba-tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot Tapi kalau ada budak advanced, dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level.
2. Bag sekolah berat :- Tiada buku untuk bawa balik rumah. Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu), file kerja rumah atau kerja hari ini. Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni. Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents.
3. Bilangan murid. Standard dalam kelas ada 20. aling banyak 25. Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham, bagi kertas, minta budak behave etc. Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat fokus dekat perkembangan budak budak.
Apa apa pun, sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar, aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it. Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah . #broUSAshares#uShopUS#fashrevo
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...