Misi bantuan banjir Sabah berakhir tragedi, suami sempat paut tangan isteriĀ dihanyut arus deras. Banjir buruk melanda Sabah waktu ini. Jumlah mangsa banjir setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan mangsa iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga semalam.
Misi Bantuan Banjir Sabah Berakhir Tragedi
Namun apa yang menyedihkan, di sebalik ujian banjir itu, niat seorang sukarelawan yang membuat agihan makanan kepada mangsa banjir berakhir dengan tragedi.
Ads
Suami Sempat Paut Tangan Isteri Dihanyut Arus Deras
Monica Ting Siew Kwong adalah hero yang seharusnya dijulang. Niat membantu mengagihkan makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir pada jam 1.40 pagi dekat Pekan Donggongan berakhir dengan tragedi di mana dirinya dihanyutkan arus deras.
Difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, Monica dikatakan dihanyutkan arus deras. Mayatnya ditemui di Kampung Hungab, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.
Mayat Monica selamat ditemui sekaligus menjadi korban pertama banjir yang melanda Sabah.
Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.
Berehatlah srikandi, semoga setiap jasa dibalas dengan kebaikan.
Ads
Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima AnugerahĀ Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Kalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan PuanĀ Rohaizan Saari sangat mudah!
Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.
Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!
Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.
Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!
Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.
Mayonis
Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
Minyak masak 2 cawan.
Ketahui Cara Buat:
Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!
Resepi sos black papper
2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
Tepung gandum 3 sudu besar
1 biji Bawang holland dicincang
Kiub ayam seketul
Air secawan
3 sudu besar butter
Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)
Ini cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!
Buat Sos Cili Thai
Lada besar 10biji (buang biji)
Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
Bawang putih 3 @ 5 ulas
Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
Garam sdikit
Cuka 2 sudu besar
Air 4 cawan
Cara Untuk Buat:
Lada diblend dengan bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kedua bayi kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya ini iras arwah ibu mereka, Allahyarham Siti Nur Nasuha, 23 yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Kebesaran anugerah Ilahi ini, dirasai oleh ayah mereka, Syazwan Najmi Zulkarni, 23.
Maklumnya, kedua kembar perempuannya membesar dengan baik. Malah, mereka ada iras wajah isterinya. Biarpun keduanya dilahirkan pra-matang pada penghujung Mac lalu, kedua-duanya semakin montel.
Diam tak diam, sudah dua bulan rupanya arwah isteri Syazwan meninggalkannya dan bayi mereka. Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Dalam tempoh dua bulan itulah, bayi kembar ini menerima kasih sayang daripada ayah dan kedua nenek mereka yang tinggal saling berdekatan.
Suami ini tak pernah sedikit pun melupakan pengorbanan isteri. āPengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah. Dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.ā
Sungguh setiap momen bersama anak kembarnya akan diabadikan di laman facebook miliknya. Pasangan kembar ini pun dah ada peminatnya yang tersendiri.
Akui bapa ini lagi, gelaran bapa memberinya satu perasaan yang cukup istimewa. āSaya tak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Mahu dengar dia ucapkan Hari Bapa kepada saya.ā
Anak Kembar Iras Arwah Isteri Dijaga Secara Bergilir
Selepas pemergian isteri tercinta, kedua anak kembarnya di bawah jagaan Syazwan dengan dibantu secara bergilir oleh ibu dan ibu mentuanya.
āBuat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah mereka tak jauh antara satu sama lain.ā
Memandangkan dia bekerja bersama ibu dan ayah di kantin hospital dekat Tumpat, anak-anaknya itu lebih kerap ada di rumah mentuanya.
Malah, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43 pun tak keberatan menjaga cucu-cucu mereka. Menatap wajah cucu-cucunya itu membuatkan rindunya pada arwah semakin terubat.
Kedua kembar ini ibarat anugerah yang tak ternilai, yang tuhan berikan selepas pemergian anak keduanya itu.
āPemergian (arwah) Nasuha agak mengejutkan. Tapi kami redha kerana itu adalah asbab kematiannya. Dia tinggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami. Dan kami takkan sia-siakannya.ā
Malah, ada juga yang menyatakan keinginan mahu mengambil si kembar ini menjadi anak angkat.
“Ya Allah rindunya pada dia, tiada kata yang mampu aku luahkan, rindu yang aku pendam, rindu nak kucup tangan itu, rindu nak berbantalkan lenganmu wahai suami. Ya Allah, kau terus berikan aku kekuatan untuk aku lalui liku-liku kehidupan ini. Tenanglah di sana wahai suamiku. Doa isterimu sentiasa mengiringmu tiap masa. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat kebahagiaan sebagai isteri bersama dia walaupun hanya sementara,” itulah antara doa yang sentiasa dititip oleh Nurzawani Mohd Ismawi, 25 (Wanie) terhadap arwah suaminya, Mohamad Arsyad Azhar, 24 yang telah kembali ke ramahtullah pada 26 September 2017 akibat kemalangan jalan raya.
Melepaskan suami kesayangan bukanlah satu perkara mudah apatah lagi baru 10 bulan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Namun aturan Allah tiada siapa yang dapat sangkalkan.
“Tarikh 26 September akan menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 26 November 2016 kami dinikahkan dan 26 September 2017 selepas 10 bulan pernikahan kami, Arsyad kembali kepada penciptaNya. Segala aturan Allah itu ada hikmahnya, saya ada terbaca mesej arwah kepada rakan-rakannya iaitu nak bercinta selepas kahwin. Padanlah baru saja kenal arwah terus ajak kahwin. Walaupun kami tak sempat bercinta sekejap saja selepas berkahwin namun saya reda dan akan sambung bercinta sampai ke jannah. Saya reda atas semua ini,” luah Wanie ketika penulis bertemu dengannya di kediaman wanita ini yang terletak di Klang.
Bagaikan tidak sampai hati untuk menemubual wanita bertubuh kecil ini untuk mengimbau kembali nahas yang menimpa arwah suaminya. Namun dek kerana tugas penulis terpaksa lontarkan persoalan kepada dirinya. Wanie yang kelihatan tabah, menceritakan segalanya termasuklah menjaga Arsyad dalam keadaan koma selama tiga bulan.
Motosikal yang ditunggang arwah ketika kemalangan, motosikal ini juga merupakan kesayangan arwah.
Arsyad Tak Banyak Cakap
Menurut Wanie nahas berlaku pada 13 Jun 2017 hampir dua minggu umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Tiada kelainan yang berlaku malah Arsyad juga sewaktu keluar dari rumah melangkah ke pejabatnya seperti kebiasaan dengan menunggang motosikal miliknya.
“Beberapa hari sebelum kejadian dia tak banyak bercakap, bila ajak berbual-bual dia lari-lari. Sebenarnya kami baru saja tinggal bersama, selepas bernikah kami tinggal berasingan Arsyad tinggal di Seremban dan saya di Klang. Sebabnya dia bekerja dengan bapanya, saya pula bekerja di Selangor dan hujung minggu saya perlu hadiri kelas (menyambung pengajian separuh masa) di UiTM Shah Alam. Dia kemudiannya bertukar kerja di Petaling Jaya dek kerana tak nak duduk berjauhan dengan saya.
“Pada 13 Jun lebih kurang pukul 6 petang saya cuba hubungi telefon bimbitnya namun tak berjawab dan saya mesej pun tak berbalas. Hati saya semakin risau, sebab pada kebiasaanya dia keluar pejabat jam 5 petang. Kemudian saya dapat panggilan dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) yang menyatakan Arsyad terbabit dalam kemalangan. Dia telah terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Kesas. Mengikut cerita dia baru keluar dari jalan motor dan terlanggar belakang lori. Kecederaan yang dialami cukup teruk kerana terkena bahagian kepala dan pendarahan berlaku di otak.
“Sewaktu di hospital saya tak perasan Arsyad padahal banyak kali lalu lalang di katil dia ditempatkan. Bila jururawat tunjuk terus saya terkedu dan langsung tak mengalirkan air mata. Kepala dia berdarah kemudian doktor lakukan pembedahan untuk membuang darah di kepalanya. Selepas pembedahan dia langsung tak ingat kerana otaknya cedera, tak boleh bercakap cuma yang memberi tindak balas hanya dari reaksi mata, kaki atau tangan. Sepanjang dia koma, saya sentiasa bercakap dengan dia. Doktor tak bagi harapan tapi Arsyad sentiasa menunjukkan respon yang positif.
“Hati isteri mana yang tak sayu bila suami yang disayangi tiba-tiba ditimpa musibah. Kepalanya tinggal kulit dengan otak. Doktor pesan kalau nak dia pulih cepat kena banyak bercakap dengan dia. Masa saya pegang kepala dia tak rasa apa-apa lama kelaamaan otak dia mula bertindak balas. Doktor pakar mata pula beritahu sebelah mata tak nampak. Saya sering berbisik pada Arsya selama ini Allah dah bagi pinjam nikmat melihat selama 24 tahun jadi bersyukurlah dengan keadaan yang ada. Doktor suruh saya beritahu semua yang berlaku agar bila dia sihat nanti, dia tak terkejut melihat keadaannya. Doktor anggarkan Arsyad boleh pulih tetapi mengambil masa yang agak lama lebih kurang tiga atau empat tahun.
āDalam tempoh, tiga bulan menjaga Arsyad saya berasa hilang penat bila berada di sisi dia. Saya sentiasa berdoa agar Arsyad pulih seperti sedia kala. Pada ketika itu saya tak kisah susah sikit janji saya boleh beri yang terbaik buat suami saya. Jika saya bekerja abang Arsyad akan menjaga dia. Sehinggalah satu hari doktor memberitahu Arsyad kena sawan. Keadaannya bertambah kritikal dan dipindahkan dari HTAR ke Hospital Sungai Buloh. Di sini saya tak dapat jaga di sepanjang masa kerana tak dibenarkan menunggu pesakit. Saya sambut raya pertama dengan suami di hospital. Saya sentiasa berdoa agar Allah berikan kekuatan untuk Arsyad lawan kesakitan yang ditanggungnya dan permudahkan urusan pemulihannya,ā ujar Wanie yang tidak membeli sebarang persiapan baju raya kerana dia dan Arsyad sebelum itu telah merancang untuk memakai baju nikah mereka.
Wanie akan membelek album perkahwinan mereka tatkala rindu menyelubungi dirinya.
Allah Lebih Sayangkan Arsyad
Ketika keadaan Arsyad kritikal doktor telah memberitahu Wanie, dengan tenang wanita ini menghadapinya dengan cukup tabah.
āSelepas tiga bulan menjaga suami, doktor beritahu keadaan Arsyad tidak stabil. Kemudian saya terus menggigil dan terus tunaikan sembahyang Maghrib. Selepas solat saya lihat langsir di sekeliling katilnya ditutup. Jururawat meminta maaf dan beritahu jantung Arsyad berhenti sekejap. Bila lihat keadaan dia lemah, saya cakap dengan kalau awak nak pergi tak apalah pergilah, dia tak sedar ketika itu tetapi saya tahu dia dengar apa yang saya katakan. Dan saya beritahu saya sudah maafkan dia dan halalkan makan minum dia, air mata dia terus meleleh,ā ungkap Wanie sambil menahan air matanya daripada mengalir.
Wanie juga menjelaskan dia reda dengan pemergiaan arwah walaupun tidak sempat meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama namun dia sentiasa berdoa agar arwah tenang di sana. Ungkap Wanie buat arwah Arsyad;
āMelepaskanmu walau bukan mudah bagiku untuk lalui semua ini, buat Arsyad 26/9/17 tarikh yang sayang takkan pernah lupa. 26/11/16 hingga 26/11/17 genap 10 bulan pernikahan kita. Cantik sangat aturan Allah tu. Baba tunggu sayang di pintu syurga ya. Kita sambung bercinta sampai jannah. Sayang reda atas semua ini. Sayang bangga dengan baba. Baba dah fight habis baik. You always be my superhero sayang. Kebetulan juga plat no motosikal 9392 nombor kesukaan baba. Amat bermakna buat sayang. Kebetulan nombor itu tahun lahir kita brdua. Terima kasih baba dah jadi suami yang terbaik, sanggup korban ape saja untuk sayang. Semuanya akan jadi kenangan untuk sayang. Baba rehat di sana. Senyuman baba tu akan sayang ingat, sayang akan cuba jadi macam baba. Senyuman yang tak lekang dekat di bibir.ā
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...