Bangkit Cheese, Bakar Garing Baru Sedap Bila Gigit Terasa Keju Parut!

Share

Cuti panjang seharian di rumah, mak-mak boleh bakar biskut Bangkit Cheese ni, buat dengan anak-anak. Sedapnya aroma biskut yang baru dibakar dengan campuran keju parut dan teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Sebotol makan pun tak perasan habis!

Boleh cuba resipi Bangkit Cheese yang dikongsikan oleh Puan Elyani Khai
ini.

“Bangkit Cheese gabungan cream cheese + cheese cheddar parut”

Bahan-Bahan:

Adunan A
150gm cream chesse Tantura (suhu bilik)
250gm buttercup (seketul)
1 cawan gula halus/100gm
2 biji kuning telur

▶Mixer gula dan butter sampai putih , masukkan cream chesse,telur sampai sebati )

3 cawan tepung ubi kayu (sangai)
2 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
(**ayak semua)

1 sudu kecil esen vanilla
30gm Chesse Cheddar parut. (Timbang yang ketul, baru parut halus)

Cara Membuat:

1. Masukkn bahan-bahan ayak ni dalam adunan A. Kacau sebati dan uli sampai tak melekat di jari. Jika adunan lembik tambah sikit-sikit tepung ubi, masukkan chesse parut.

2. Dah uli, biarkan dalam bekas 30 minit. Terapkan dengan acuan yang anda suka.

3.Bakar suhu 170 api atas bawah selama 30 minit. Betul garing ye, baru sedap, bila gigit terasa cheese parut.

Baca Lagi Di Sini:
Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi


‘Biskut Kuarantin’ Namanya, Resipi Campak-Campak Campur Je Semua Kacau Guna Senduk!

MW: Sedapnya. Terasa lemak keju biskut bangkit cheese ni. Nak buat pun mudah, mak-mak memang kena cuba di rumah nanti.

Sumber: Elyani Khai

IKLAN