Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas Guna Enam Bahan Saja, Anak-Anak Gerenti Suka!

Resipi Penkek Souffle Jepun ini pasti dapat memenuhi selera seisi keluarga termasuk anak-anak. Bila anak-anak semua ada di rumah, masalah yang sama sedang dihadapi oleh mak-mak; apa lagi  yang boleh disediakan di rumah untuk anak-anak dan suami. Antaranya penkek, macam-macam jenis penkek dah cuba. Ha…apa kata kali ni cuba buat Penkek Souffle Jepun pula. Sangat gebu dan lembut kejadiannya, pasti anak-anak suka.

Resipi ini telah dikongsi oleh puan Raihatul Wardah di facebook miliknya; https://www.facebook.com/wardah7474. Resipi ini adalah versinya sendiri selepas menggabung dan mengolah beberapa resipi yang diperolehnya di media sosial.

Cubalah, Resipi Ini Guna Enam Bahan Saja!

Bahan A:

3 biji Kuning Telur

2 sudu besar susu segar @susu penuh krim@susu sejat

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar tepung gandum

Dapatkan resipi lain di sini:

Masak Sedap-Sedap, Hias Bento Cantik-Cantik..Anak Mesti Tertarik!

IKLAN

Resipi MUDAH Kek Span Cuci Pinggan VIRAL, Guna Loyang 9×11 Dapat 6 Biji

Bahan B:

3 biji putih telur

3 sudu besar gula

Bahan Lain:

Sos coklat

Minyak masak

IKLAN

Cara Memasak:

Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas, Guna Enam Bahan, Mudah jer.

1.Gaul sebati bahan A di dalam mangkuk menggunakan hand whisk/senduk.

  1. Pukul bahan B menggunakan mixer sehingga adunan betul-betul kembang ( soft peak). * adunan kelihatan seperti bertanduk dan apabila adunan diterbalikkan ianya tidak akan tumpah daripada mangkuk.
  1. Campurkan adunan A dan adunan B. Kacau perlahan sehingga adunan sebati.

Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas, Guna Enam Bahan, Mudah jer.4. Letakkan sedikit minyak ke atas frying pan dengan rata. Kemudian tuang sedikit adunan tersebut ke atas frying pan, menggunakan senduk bulat atau plastik nozel.

5. Tutup sebentar frying pan (1-2 minit) untuk mendapat penkek naik dengan cantik. Gunakan api sederhana untuk memasak penkek tersebut.

IKLAN

Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas, Guna Enam Bahan, Mudah jer.6. Terbalikkan penkek untuk mendapat tekstur dan warna yang sekata.

Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas, Guna Enam Bahan, Mudah jer.7. Bila semua telah masak, bolehlah hidangkan dengan sos coklat untuk menambah lagi keenakannya. Atau boleh gunakan sos lain yang disukai oleh keluarga seperti sos strawberi dan sebagainya. Penkek ini sangat lembut dan sedap…sesuai dimakan bila-bila masa. Selamat mencuba.

Resipi: Dapur Mawar Merah

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita