Bahaya Kerap Korek Telinga Guna Putik Kapas, Boleh Sebabkan Gegendang Bocor

Derita telinga tiba-tiba tak boleh mendengar dengan baik, disebabkan ada ‘sesuatu’ seolah-olah halang pendengaran.. Ya Allah.. amat memeritkan. Rasa tak seimbang nak buat semua benda. Selagi tak korek telinga.. tak puas.

Rupanya sakit telinga sebegini ada juga perkaitannya dengan tabiat kita yang suka atau kerap mengorek telinga dengan putik kapas, pencungkil besi atau apa saja yang tajam dalam telinga. Yang disebabkan oleh kegatalan atau sakit.

Hadamkan baik-baik apa yang Dr Ezairy M. Sallih ini terangkan. Jangan sesekali cuba buang sendiri ear wax atau tahi telinga dengan putik kapas, atau apa saja yang tajam.

Kerana Kerap Korek Telinga Guna Putik Kapas

Beliau berusia tiga puluh lima tahun. Sudah tiga hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Pendengaran rasa tersumbat. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Pedih. Perit.

Hari itu sudah ada cecair kuning yang keluar daripada telinga. Katanya, ia bermula dengan rasa gatal teramat sangat, menyebabkan beliau menggunakan putik kapas, cotton bud sehingga kemudiannya menggunakan pencungkil besi untuk mengorek telinga. Lega. Sedap.
Namun, rasa itu hanya bertahan seketika. Lagi kerap ia dilakukan, semakin sering cuba dikorek dan dibersihkan, ia perlahan-lahan bertukar menjadi sakit. Berdenyut-denyut.

Keadaan ini kami sebut sebagai ‘otitis externa’ iaitu jangkitan atau keradangan yang belaku pada salur telinga luar pesakit ‘external auditory canal’.

Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tidak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

 

Bahaya Kerap Korek Telinga Guna Putik Kapas, Boleh Sebabkan Gegendang Bocor
Kredit : beritapantas.blogspot.com

 

Jangan Buang Tahi Telinga, Melainkan..

Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras, disebut sebagai ‘impacted ear wax’
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini :
1. Lakukan pemeriksaan telinga bersama doktor.
2. Ubat titis telinga akan diberi jika doktor mendapati ‘ear wax’ terlalu keras.
3. Rujukan ke Klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital boleh dilakukan jika perlu.
4. Di klinik ENT, saya akan lakukan pembersihan telinga dengan bantuan alatan seperti otoendoscope atau microscope. Lebih selamat dan rendah risiko kecederaan pada telinga.

 

Bahaya Kerap Korek Telinga Guna Putik Kapas, Boleh Sebabkan Gegendang Bocor

Akibatnya Bila Kerap Korek Telinga

Nasihat saya, jika anda ada sebarang masalah pada telinga, sama ada gatal, tidak selesa dan sakit, jumpalah kami untuk diperiksa. Kalian akan dibantu.

Moga bermanfaat. Sila #kongsi jika anda rasa tulisan ini berharga.

Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘tympanic membrane’ boleh mengalami kebocoran!

Sumber/Foto : Dr. Ezairy M.Sallih

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI