Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban, Doktor Terang Sebabnya

Pesanan ini disampaikan oleh Occupational Health Doctor, Dr Rosli Abdul Jalil akan kesan bahaya bungkus daging korban dengan plastik sampah hitam.

Berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula, Dr Rosli menjelaskan, “Di Malaysia memang tiada kajian, tapi di negara-negara Barat seperti USA, Canada, beberapa negara Eropah ada kajian dilakukan dan mereka mendapati kandungan Bromin dan plumbum yang tinggi dalam plastik hitam kitar semula (recyled palastik) tersebut.”

BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab kanser.

Di negara berkenaan telah mengharamkan penggunaan plastik hitam sampah kitar semula tersebut untuk tujuan pembungkusan makanan.”

Tiada Paksaan Untuk Tak Gunakan Plastik Sampah Hitam Kitar Semula

Pesannya lagi,

Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban!

IKLAN

Pesan kepada AJK Masjid,
pesan kepada AJK korban,
dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha,
JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.

Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah,
BUKAN untuk bungkus daging atau makanan,
ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan
proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!

Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemerosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.

Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan merbahayakan pada tubuh badan kita.

IKLAN

Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.
Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban.
Islam menggalakkan kebersihan.

 

Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban, Doktor Terang Sebabnya

IKLAN

Plastik Sampah Hitam Yang Digunakan Sebagai Alas..

Betul, dalam suhu bilik tiada tindakbalas kimia yang berlaku. Tetapi biasanya masyarakat Islam kita akan gunakan plastik hitam tersebut sebagai alas untuk meletakkan daging selepas disembelih di luar bilik, di bawah khemah atau di tempat-tempat terbuka yang panas sebelum daging diagih-agihkan.

Atas faktor di atas juga, Negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging korban.

Sumber/Foto : Dr Rosli Abdul Jalil

Artikel berkaitan :

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI