Ada mak-mak menganggap anak masih kecil dan tidak sesuai untuk buat kerja rumah. Sedangkan inilah masa untuk beri anak peluang rasa tanggungjawab dalam melakukan kerja rumah dan didik mereka untuk galas tanggungjawab pada keluarga.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, tidak salah ajar mereka. Bukan hanya di dapur tapi hal-hal yang berkaitan tugas di rumah. Jika mak ayah biarkan ia boleh jadi ‘kebas rasa’ yang tidak mampu membantu apa-apa untuk keluarga seperti yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi ini.
Beri anak peluang rasa tanggungjawab, kelak bila dewasa nanti tidak kekok dalam uruskan rumah tangga sendiri, lebih-lebih lagi bagi seorang anak lelaki. Tak perlu rasa kasihan kerana anak masih kecil dan mengharapkan anak akan sedar dengan sendiri akan tanggungjawab itu.
Sebenarnya, dengan mengajar anak dari kecil inilah mampu menyenangkan mak ayah terutamanya dalam keadaan terdesak, mak demam, tidak sihat atau sebagainya. Dengan beri peluang rasa tanggungjawab sebelum ini, ia mampu digunakan dalam keadaan sebegini.
Jangan biarkan anak jadi ‘KEBAS RASA’. Kebas maksudnya sarafnya ada tapi TAK RASA!
Ya,
Jom semak, anak-anak kita sekarang,
Jangan biar mereka yang sempurna fizikal, lengkap sistem sarafnya, punya hati tapi KEBAS RASA!
Tertonggeng-tonggenglah si emak menyapu bawah sofa yang dia duduk
Sampaikan kaki si bujang hampir tersentuh dahi mak nya
Nak tolong tu jauh sekali atau nak bangun atau beralih pun jauh sekali..
Si emak bawa bakul dari tingkat atas, bakul penuh baju si anak saja. Sedangkan si anak buat tak nampak
Sambung terus tengok cerita korea
Si emak demam panas, bangkit juga masuk dapur memasak, sedangkan si anak bukan nak bantu. Sebaliknya disuruh buatkan milo panas untuknya.
Ini usia anak sekolah rendah hingga belia
Bukan yang setahun dua yang belum faham apa-apa
Kena beri anak peluang rasa kerja rumah itu juga tanggungjawabnya.
Tak kisahla anak lelaki attau perempuan. Bukan bermakna kita mahu mereka bantu.
Bukan sebab kita nak perguna mereka macam hamba atau kita tak mampu cari orang gaji
TAPI,
Hanya kerana semoga anak itu peroleh kemuliaan dan redha Allah SWT.
Selalu ini berlaku bertahap, 1. Anak tak rasa tugas di rumah tanggungjawabnya 2. Kemudian melawan 3. Setelah melawan dia perbudakkan mak dan ayahnya..
Sebab kita bukan hanya didik anak kita tetapi saat ini kita sedang mendidik cucu cicit seluruh keturunan kita
Anak kita ini akan jadi bapa atau ibu suatu hari nanti, kalau sekarang KEBASnya begitu sekali,
Bagaimana zuriat keturunan kita kelak..
Entah,
Tiba-tiba terfikir tentang ini..
#randomthought
#drana
MW: Tepat sekali. Dengan keadaan sekarang yang sesetengah mak turut bekerja, sekurangnya dengan anak membantu buat kerja rumah yang sesuai pun dah cukup meringankan beban mak.
Bab rezeki anak, mampu ke nak cepat dan lambat? Semua dari Ilahi. Tapi baru sebulan kahwin, orang dah ‘tembak’ anda bertubi-tubi dengan soalan bila nak dapat anak. Mahu tak stres? Yang lontar soalan pula sanak-saudara terdekat, nak pergi kenduri bertentang mata pun boleh trauma kalau berdepan ‘soalan cepu emas’ tersebut.
Tetapi sebenarnya tak perlu ambil hati dengan kata-kata diorang sebab anda boleh pujuk hati dengan nota kecil ini, in syaa Allah anda akan rasa lebih bahagia…
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sangat kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda-tanda akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak-anak buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita.
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, sampai kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah
Kalau anak batuk dan selesema, mak-mak pasti tak senang duduk dengan kesihatan anak-anak. Biasanya peyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus. Jadi tak bolehlah nak biar sembuh sendiri.
Ok, memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelakkan semakin berlarutan tetapi mak-mak juga boleh cuba petua tradisional ini di rumah.
Orang kata, ubat bagi tapi petua pun boleh cuba. Andai kata nak cuba, mak-mak boleh cedok petua hilangkan batuk daripada Puan Ummu Umar Ali ini.
Petua Hilangkan Batuk Anak
Bismillahirrahmanirrahim.. Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah… Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba.
Cara buat pun tak susah..
Langkah pertama
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan wrna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah kedua
Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah ketiga
Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah.. Mudahkn?
Nota:
Saya guna minyak telon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berkorban demi anak-anak dengan melepaskan kerjaya tetap sebagai jururawat, sememangnya itulah keputusan yang drastik yang telah diambil oleh usahawanita berjaya Ayda Rashidah Abd Rahman, 32 yang juga Trainer Usahawan & Pemilik Butik Mamadil Pulau Pinang.
Wanita ini telah mengharungi turun naik dalam kehidupan. Secara realitinya, Ayda akui tidak lari pernah diuji hidup susah. Hingga satu saat dia dan suami terpaksa jual motor untuk meneruskan kehidupan dan supaya anaknya tak kelaparan.
Ayda Berkorban Demi Anak-Anak
Ternyata ujian demi ujian memberi banyak pengajaran berharga buat ibu muda ini, malah dia sama sekali tidak pernah lokek berkongsi perjalanan susah senangnya selepas berhenti kerja sebagai seorang jururawat atau pembantu pembedahan pergigian (DSA).
Sewaktu berkongsi kisahnya menerusi MW Live, Kisah Inspirasi & Sukses (KIS) menerusi tajuk “Pernah Susah Sampai Jual Motor Supaya Anak Tak Kelaparan”. Ayda merungkai mengapa dirinya begitu drastik mengambil keputusan berhenti kerja tetap semata-mata untuk anak, keluarga dan kini bergelar seorang usahawan.
Sememangnya bergelar seorang usahawan bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi buat mereka yang sudah punya kerjaya tetap dan berniaga sebagai pendapatan sampingan.
“Pada mulanya, saya tak minat pada bisnes. Disebabkan kami ada masalah kewangan, bila jadi tekanan, saya mula berjinak-jinak buat kek dan suami cari bisnes yang boleh membantu.
“Titik pertama kami buat bisnes. Bila mana saya diuji, fahamlah kan orang kerja kerajaan memang senang buat pinjaman. Disebabkan kesilapan yang saya buat dan tak boleh patah balik. Pada waktu itu saya tak ada pendapatan tambahan untuk membantu saya membayar pinjaman, jadi saya dan suami jadi terbeban,” ungkap Ayda yang pada masa itu sangat gigih mencari pendapatan sampingan bagi meneruskan kehidupan.
Pernah Sorok Kereta Di Kampung, Tak Mampu Bayar
Akui Ayda lagi sewaktu menghadapi masalah kewangan dia dan suami terpaksa menjual motor dan sorokkan kereta di kampung dari dikesan oleh pihak bank.
“Pada awal, saya dan suami buat bisnes tak ada ilmu dan mentor. Mujurlah suami, suka selongkar apa yang ada dalam Facebook. Buat marketing sendiri dan membuat penambahbaikan dalam bisnes.
“Malah kami terpaksa jual motor untuk meneruskan kehidupan. Kereta pula sebenarnya mama punya dan saya guna dan sambung bayar, kereta kami itu kemudia dihantar kat kampung selama enam bulan sebab tak ada duit nak bayar.
“Bank pihak bank telefon mama, kata nak tarik. Kami sorok kereta enam bulan di kampung. pada waktu itu, kami hanya guna motor. Suami akan hantar dan ambil saya untuk ke tempat kerja,” ungkap Ayda yang terpaksa mengharungi kehidupan yang getir sebelum berjaya.
Nekad Berhenti Kerja
Akui Ayda kini baru empat bulan menjadi suri rumah dan rasmi berhenti kerja.
“Sewaktu ambil keputusan, saya nekadkan hati berhenti kerja. Saya serahkan surat pada doktor yang menjaga klinik. Dalam hati saya berkata, “ini keputusan yang aku dah buat. Serahkan pada Allah, mungkin ini aturan dari Allah.”
“Untuk mengambil keputusan berhenti bukanlah satu perkara yang mudah. Saya fikirkan anak-anak.
“Anak-anak adalah anugerah dan hadiah. Saya sanggup lepaskan kerja sebab anak-anak. Sebelum ini, bila balik kerja memang tak ada masa untuk famili. Saya kena selesaikan tugas 12 tengah malam dan esok dah nak kerja.
“Pada waktu itulah, nak layan anak dan pelanggan. Memang penat jadi saya tak nak jadikan anak-anak sebagai mangsa. Kita tak nak kita punya masalah kita lepaskan pada anak-anak. Dalam hati saya berkata, “Tak apalah aku berkorban demi anak-anak. Lagipun anak-anak membesar cuma sekali saja depan mata kita.” Apa yang saya lakukan demi kebaikan mereka,” terang Ayda.
Terpaksa Guna Duit Simpanan Bayar Gaji Pekerja
Menyentuh tentang perniagaannya apatah lagi dengan Pandemik Covid-19, Ayda akui pada awal Pandemik bisnesnya juga turut terjejas.
“Masa awal dulu bisnes seperti biasa. Tak sangka bila Pandemik Covid-19 ni rasa terkejut dan menjejaskan juga kesihatan bisnes. Masa awal-awal bisnes jatuh teruk. Kita fokus pada ejen-ejen yang menjual. Kita utamakan orang yang memerlukan dulu. Kita bayar pekerja guna duit simpanan kita. Kami fikir macamana nak naikkan bisnes. Pada waktu itu saya sangat sedih, ditambah pula ayah pula meninggal dunia. Alhamdulillah segalanya kami daoat atasi dengan baik. Malah saya dan suami sentiasa berbincang macamana nak kembangkan bisnes dengan lebih baik.
“Matlamat utama saya dalam berbisnes nak bantu orang, bukan nak kaya seorang. Kalau boleh nak orang di sekeliling ada apa yang kita ada. Bila kita ada ilmu kita bantu orang lain, orang akan rasa seronok. Saya punya impian nak jadi pembayar zakat terbesar di Malaysia,” kata Ayda yang turut menasihati mereka yang ingin berniaga boleh saja memulakan berniaga walaupun dengan menjual barang terpakai di rumah.
Jangan Buat Keputusan Melulu Boleh Makan Diri
Ibu kepada tiga orang anak ini juga, menasihati pada wanita di luar sana yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan janganlah buat keputusan untuk berhenti kerja secara melulu.
“Saya nasihatkan pastikan perjalanan bisnes itu betul-betul kukuh. Jangan fikir majikan tak boleh bagi sokongan, terus ambil keputusan berhenti kerja. Jika bisnes yang anda rancang boleh pergi jauh tak ada masalah. Jika buat keputusan berhenti melulu kerana nak berbisnes, janganlah buat begitu kerana boleh makan diri. Untuk mulakan perniagaan, pilihlah bisnes yang punya modal yang rendah. Untuk yang bertanya nak jadi ejen Mamadil, saya akan bagi panduan,” akhiri Ayda.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.Pelakon senior, Rita Rudaini...