Bukan semua suami gemar memancing ya. Ada lelaki yang memang tak begitu minat memancing. Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Demi memenuhi minat isteri memancing, rela dia turutkan berkelah di tepi sawah bendang.
Pergerakan rentas negeri yang masih belum dibuka, cuma rentas daerah saja dibenarkan ketika ini. Jadinya, suami ini ambil peluang berkelah di tepi bendang dekat Sekinchan, Selangor.
Haa.. siapa kata Selangot tiada tempat menarik untuk dilawati. Banyak sebenarnya, kena rajin mencari. Macam BroOhsem kita ini, dia kongsikan apa bestnya di sini.
Tempat Best Bawa Isteri Memancing
Saya nak bagitau rahsia ni. Tempat yang best kalau nak pergi memancing dan santai-santai dengan keluarga tanpa rentas negeri Selangor ialah di Sekinchan.
Dah la cantik pemandangannya, tenang je tak ramai orang. Tapi kena datang pagi sebab panas terik kat tengah bendang ni. Bawa khemah, bawa makanan, tikar semua.
Ads
Berkelahlah kat tepi bendang tu. Bukan senang nak melepak kat tepi sawah padi ni tau.
Memang unik pengalaman ni. Saya sebenarnya tak minat sangat nak memancing. Tapi isteri saya suka dan ipar duai saya pun memang minat memancing.
Tanggungjawab Saya Gembirakan Hati Isteri
Mula-mula dia macam takut nak tanya, takut saya tak setuju sebab isteri saya tahu saya kurang minat bab mancing ni. Saya tak fikir banyak, terus setuju je. Ini minat dia, ini apa yang buat dia seronok buat dengan keluarga dia. Jadi tanggungjawab saya untuk gembirakan mereka.
Bergembiralah untuk pasangan. Support apa yang mereka suka. Yang penting, kita pun seronok sama.
Sewaktu isteri masih ada hargailah kehadirannya, biar pun bentuk tubuh isteri tak lagi ‘selim melim’ seperti dulu. Jangan bila dah tiada, baru suami menyesal mahu meminta maaf.
Perkongsian kisah menyayat hati ini, diceritakan semula oleh penulis ini, Eddie Dieanna. Sebenarnya, dia juga berasa hiba menyenangkan keadaan rakannya yang menyesali kekhilafan sendiri sewaktu hayat isteri rakannya itu masih ada.
Ketika marah, tanpa sedar menegur bentuk badan isteri yang sudah berubah. Rupanya isteri terkesan dengan kata-kata suami. Sehingga ke akhir hayat arwah isterinya sedih terluka. Sudahnya suami menyesal sampai ke akhirnya.
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption.
“Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yang telah tiada.”
Sebagai seorang sahabat yang mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata-kata semangat pada beliau.
“Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa. Semoga roh arwah tenang di sana.”
“Thanks Eddie, kebetulan kau text aku. Boleh aku call kau?.”
“Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya.
Sedang rancak berbual di talian. Tiba-tiba Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat-sekat dan seolah-olah sedang bersedih.
“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising-bising. Aku pun terus lah cakap.
‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam.
Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon.
‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’
Allahuakbar,
terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata-kata semangat kepada Zack.
“Allah, sedihnya aku dengar Zack. Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?”
“Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. ”
“Tapi kenapa bro”
Sahabat saya terus mendiamkan diri.
Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.”
“Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi.
Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.
Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.”
“Kau jumpa apa bro?”
Aku tengok apa yang dia search dekat YouTube dia.
‘Cara-cara untuk kurus dalam tempoh sebulan.’
‘Cara-cara untuk turunkan berat badan.’
‘Cara-cara bakar lemak.’
‘Cara buat air Detox untuk kurus’
‘Cara-cara tahan lapar.’
Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni.
“Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak-banyak kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”
“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat.
And aku harap kau tulis apa yang aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi,
Kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yang patut supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yang sepatutnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yang aku buat sebelum ni.”
Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni.
Setuju dengan apa yang kau cakap.
Setiap orang metabolisma dia tak sama.
Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemuk-gemuk. Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin.
Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*
Mingguan Wanita :Belajarlah untuk berkata-kata yang baik-baik dengan pasangan. Walaupun ketika perasaan marah sedang menguasai. Jangan suami menyesal bila pasangan sudah tiada.
Siapa pun apabila terlalu lama duduk rumah, tidak boleh keluar jalan-jalan macam sebelum-sebelumnya. Boleh jadi stress emosi. Wanita ini pilih bersahabat dengan alam untuk redakan perasaan sedemikian.
Bagi Firda Ashaary, dia ada cara tersendiri. Akuinya, bersabahat dengan alam membuatkan hati jadi lebih tenang.
“Bila berkurung terlalu lama, ramai yang kemurungan dan stres. Selain berzikir, cubalah bersahabat dengan alam. Jiwa pasti tenang.” Kongsinya dengan Mingguan Wanita.
“Aku ada ni.
Korang janganlah risau sangat kalau aku tak reply komen tu.
Aku selamat.
Walau EncikHulubalang cuti semalam dan hari ni, tapi tak mengapa.
Aku dah hapuskan bahan bukti minggu ni.
Minggu depan cerita lain.
Korang,
Kalau rasa semak, serabut, murung atau stres berterusan. Buntu hinggakan dah tak tahu nak rawat macam mana.
Sudah-sudahlah mencari ketenangan dengan berkawan dengan manusia. Berhenti sekejap mencari teman.
Selain dari tingkatkan amalan harian dan berzikir.
Cuba korang bawak-bawak berkawan dengan alam. InshaAllah kau pasti tenang setenang tenangnya.
Tenang yang sukar nak dijelaskan.
Tenang yang payah nak digambarkan.
Tenang yang kau takkan jumpa dalam dunia tipu-tipuan ni atau dalam hubungan sesama manusia.
Tenang yang sangat mendamaikan, malah begitu mengasyikkan.
Tenang yang mendekatkan kau pada Sang Pencipta.
Tenang yang buat kau sentiasa mengagumi setiap seinci ciptaanNya.
Tenang yang buat kau lebih mengenali erti kesabaran dan kebesaranNya.
Tenang yang buat kau hanyut dengan keindahannya dan tak lagi peduli pada hiruk pikuk dunia luar.
Tenang yang akhirnya perlahan-lahan membuatkan kau berdamai dengan hati sendiri.
Allahu.
Aku sendiri dah temui ‘ketenangan’ tu, selepas ‘berkawan baik’ dengan alam.
Sebab tu korang tengok aku mampu gelak, mampu bergurau, ketawa bagai. Seolah tak terkesan apa-apa walau haritu burnt out gila aku dengan pkp kali ni. Tepu.
Jom lah weii, sama-sama.
“Tenang is good,” bak kata BrownEyesBrader.
#SuffianSuffiya
Senyum itu kekuatanku, ketawa tu hobi aku!
Mingguan Wanita : Tak rugi sebenarnya bersahabat dengan alam ini. Nanti dengan sendirinya aura positif itu terbit dalam diri.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Penghijrahan Anzalna Nasir di hari lahir suami, cantik dan manis berhijab. Alhamdulillah syukur, tahun ini sahaja ramai selebriti wanita yang berhijrah.
Malah perubahan mereka juga cukup mengejutkan namun masing-masing begitu cantik dan ayu tatkala bertudung antaranya, Izara Aishah, Mawar Rashid, Siti Elizad, Nana Mahazan dan Vicha Saywho.
Pelakon yang juga isteri kepada Hanif dan ibu seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun membuat kejutan istimewa buat suaminya, menerusi penampilan berhijab ketika majlis meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33 baru-baru ini.
“Semoga terus istiqomah. Selamat hari jadi Hanif Zaki,” tulis Anzalna ringkas sebagai kapsyen video menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Menerusi rakaman video pendek yang dikongsi juga suami Anzalna, Hanif kelihatan terkejut dan teruja dengan penampilan baharu isterinya itu.
“InsyaAllah, sama-sama kita berdoa. Amin,” balas Hanif pada ruangan komen hantaran tersebut.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kanak-kanak lelaki didakwa dipaksa minum air cili di sebuah taska di Kluang. Kes kini disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.