Tak dapat bayangkan perasaan seorang ayah yang menanti kehadiran anak-anak untuk dijemput pulang setiap hari, tetapi akhirnya kecewa. Hingga ke akhir hayatnya anak-anak tetap berdegil tidak mahu luangkan masa mengambil ayahnya yang negatif covid-19.
Apalah kesalahan sang ayah hingga diperlakukan demikian rupa, bukannya dia positif, kalau bimbang dijangkiti sekali pun dia tetap darah daging kalian.
Kelmarin tular di facebook apabila seorang jururawat memuat naik status tentang betapa kesalnya dia dengan kejadian yang berlaku. Setiap hari berdepan dengan pesakit sudah tentu membuatkan jururawat ini muak dengan segelintir sikap sambil lewa anak-anak terhadap kebajikan mak, ayahnya.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Berkali-kali hubungi anak beritahu ayah nak balik tak mahu datang ambil, bila meninggal tiga anak datang serentak.
Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ini dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient sudah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.
Ads
Call relative (anak lelaki), beritahu tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja. Seterusnya call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.
Call esoknya pun sama hingga kita ugut hendak report polis, tapi still tidak ada feedback… So terpaksa tunggu plan doctor.
Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative beritahu ayah diorang sudah tiada, tiba-tiba tiga orang anak boleh saja datang serentak cepat-cepat…
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tiada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak dia ada call ke tak.. Come on Malaysian…
Ads
Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan peringatan buat diri kita dan keluarga. Sayangilah mak, ayah selagi mereka masih ada. Bimbang bila mereka tiada mereka di dunia, kita kesal buat selamanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selebriti antara golongan yang menjadi perbualan sensasi para warganet. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, segelintir dari mereka mengadakan projek amal kepada mereka yang memerlukan.
Jika ramai selebriti yang menyumbang pelbagai barangan dan makanan buat frontliners, berbeza pula dengan pelakon dan model cantik, Bella Dally dan suami.
Pasangan ini telah mengambil keputusan untuk melakukan kerja amal, projek CSR yang berkaitan dengan proses sanitasi awam.
Malah mereka juga mahu membantu melakukan proses sanitasi nyah cemar di Masjid dan Surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Seperti mana yang dipetik menerusi status yang dimuatnaik oleh Bella Dally menerusi akaun instagramnya @belladally
“My husband and I have decided to do CSR (public sanitisation) for mosques / surau in KL & Selangor areas for free. Kalau korg tau any AJK masjid / surau please share this massage with them and ask them to DM me their telephone number, my husband will contact them personally. Kami akan tanggung semua cost termasuk chemical dan peralatan.
P/S: Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Just DM me with your contact details.
“Thank you 🙏🏻❤️
“My husband’s team did public sanitisation today! They started at a flat in Rawang. It’s not an easy task for sure! Doing sanitisation in their PPE suits in this kind of weather, carrying the machine, going up and coming back down without lifts to refill the chemical 🥵 May Allah protect them all 🙏🏻”
Semoga pasangan ini dirahmati Allah. Segala kerja-kerja murni ini diharap dapat dijalankan dengan lancar. Malah MW juga mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Petikan dan foto dari Instagram @belladally
Setiap orang Allah uji cara yang berbeza. Begitu juga keadaan yang berlaku dalam dunia sekarang ini. Covid-19. Tiada siapa yang menduga akan berlaku pada diri lelaki ini. Kekuatan untuk melawan penyakit ini telah menguatkan diri, Reza Huzairi Zayn dan membuka hati untuknya membantu pesakit-pesakit yang lain.
Dia terpilih menjadi lelaki pertama untuk menderma plasma darah untuk dijadikan serum bagi menyembuhkan pesakit Covid-19. Harapan agar ujikaji ini berjaya untuk pesakit di luar sana.
Berikutan itu, dikongsikan bersama catatan pengalamannya sebagai bekas pesakit Covid-19.
Ikuti rentetan daripada itu, isteri Reza, Zuraita Mohd Anua turut berkongsi pengalamannya apabila suami dan anak bongsunya disahkan positif Covid-19.
Dua tiga hari ni, perkakasan elektrik pelbagai guna Thermomix berlegar-legar di media sosial. Dikatakan boleh memasak sehingga 50 ribu resipi dan mempunyai 20 fungsi tersendiri. Punyalah hebat, sehinggakan ramai yang berangan dan bercita-cita untuk memiliki Thermomix di dapur rumah sendiri walaupun harganya boleh tahan juga mahalnya.
Namun itulah, orang kata ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan, memang duit berkepuk tak tau nak beli apa, tiada salahya. Namun demikian jika kita dikalangan golongan M40, B40 dalam keadaan ekonomi sekarang, sebelum berhasrat meneruskan untuk membeli Thermomix ini ada baiknya, simpan je duit RM7,000 tu untuk keperluan lain yang lebih penting nanti.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, 10 air fryer jenama bagus, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? 😊 Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak berniat pun nak halang sape nak beli, beli jangan tak beli. Siapa yang berkepuk-kepuk duit tu boleh je pi beli cumanya kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak? Haa gitew..
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang berhasrat nak beli Thermomix viral ni, fikirkanlah sebaiknya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena lebih berjimat dan bersedia. Betul, perkakasan canggih kita guna mudahkan kerja, tapi air tangan dan kesungguhan kita rajin memasak di dapur, lebih mengikat kasih sayang keluarga.
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.