Ayah, tanggungjawabnya cukup besar pada keluarga. Malah, boleh dikatakan dia menjadi contoh dan idola buat -anak-anak. Meskipun, ada sesetengah ayah garang tapi jauh di lubuk hati, dia tak akan sampai hati melihat anak-anaknya.
Kasih dan pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingnya. Tak kisah ayah garang tapi dia menjadi role model untuk anak-anak contohi terutamanya anak lelaki.
Ada sesetengah berpendapat, anak perempuan rapat dengan ayahnya. Manakala anak lelaki pula rapat dengan ibunya. Betul. Tapi dari segi tanggungjawab dan role model, anak lelaki lebih merujuk pada ayahnya.
Sebab itu, ayah garang pun, waima anak mula menyorok di belakang ibunya. Tapi, akhirnya dalam bab-bab melakukan perkara fizikal mesti akan cari ayanhya juga.
Sebagai ayah, layanlah anak lelaki dan ajar mereka aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kasih sayang. Jadilah idola buat anak-anak lelaki.
Saranan yang diberikan oleh Dr Redza Zainol tentang anak lelaki yang suka lakukan dan tiru aktiviti dengan ayahnya.
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
Ads
1. Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
a) Memeluk ayah
b) Bermain lawan-lawan
2. Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
3. Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
4. Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
a) Membaiki sesuatu
b) Ajarkan subjek matematik
c) Ajar cara menyepak bola
d) Ajar main badminton
e) Ajar melompat
5. Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
Momen Indah Dengan Ayah
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Ads
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.
Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Ayah kena tunjuk contoh pada anak. Itulah yang akan dijadikan idolanya bila besar.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Awalnya Abby Abadi menulis kapsyen yang dia sedang mencari bayi baru sebagai anak angkat di laman Instagam miliknya semalam, dan dalam hari yang sama Allah tunaikan kehendaknya untuk memiliki bayi lelaki.
Cukup mudah urusannya, hari ini dia lalui hari yang berbeza dengan kehadiran bayi lelaki baru itu malah nampak begitu teruja menguruskan persiapan dan kelengkapan anak kecil itu bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Apa yang menarik, Norman Hakim dan Memey serta anak-anaknya juga menyambut kedatangan bayi itu dengan baik melalui perkongsian video yang dirakam oleh Norman sendiri.
Kehadiran Bayi Lelaku Baru Abby Abadi
Assalamualaikum. Pagi ❤️
Sahabat, boleh tolong saya tak?
Saya nak mencari baby untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh share info di mana saya boleh ambil/ pergi tengok dan sebagaiya.
Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas nak menjaga anak itu sebaiknya. Apa pun buleh bincang dulu. Mohon ye share info disini. TQ.
Pesanan:
Yang sedang mengandung sekarang pun dialu-alukan DM saya kalau tak nak baby tu ye. Jangan dibuang dik. Kesian dia.. Meh bagi kita. Kita akan bagi sikit belanja unutk ibunya kembali dapat pulihkan kehidupannya ya.
Akhirnya Dah Dapat Bayi Yang Dicari
Rezeki. TQ ALLAH ❤️
Dah dapat. Baby Boy.
Bila ALLAH nak bagi… Syukur.
Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan
Pesanan:
Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Nama pun tak ada lagi ni. Nanti-nantilah saya share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang.
Ambil Baby yang baru berusia 9 hari ni terus gi shopping beli barang-barang Baby. Terserempak Oman, Memey dan anak-anak kat Wangsa Walk. Oman terus ambil video dulu. Walaupun rasa tak aci, tak apa lah, kita pun tak nyempat nak ambil.
Rupa Bayi Baru Abby Abadi
Cakkkkk!
Sipi-sipi la dulu ye. Maluuuuuuu….
Masa baru bangun tidur tadi. Tangan tu memang tak suka dibedung.
Tangan lepas takpe, kaki kena bedung juga ya, biar jalan segak dah besar nanti.
Pesanan:
Kakak Baby nya nak gi sekolah pun susah pagi ni, nak pegang babylah, nak ciumlah, nanti balik sekolah nak dukunglah. Ni adik kakak Baby lah, comel. Takde dengki-dengki pun. Baik hati dia, macam…
Abby Tunjuk Muka Bayi
Ini dia bayinya.
Berubah-berubah muka dia sebab baru 10 hari.
Semalam susah nak tengok dia buka mata. Pagi ni macam dah besar je tetiba.
Jangan jadi juri ya kat sini cakap Baby begitu begini . Asal Baby sihat, syukur dah kami.
Nama siapa?
Muhammad F________ F_________
Atau mungkin
Muhammad D________ F_________
Belum final lagi sebab beberapa urusan pun tak dpt diselesaikan lagi.
Doakan ye urusan baby dan kami dipermudahkan. Semoga Baby ini membesar menjadi anak yang soleh, bergelar Al Hafiz macam Abang Danish dan menjadi hamba yang kuat membantu agama ALLAH. Semoga ALLAH redha Baby ni jadi Baby kami suami isteri.. Aminnn #tolongaminkanjuga
Sehari Selepas Diambil
Ok dah tidur balik.
Abahnya lepas mandikan Baby, dah gi mandikan Atuk, belikan makan Opah (Mak Ayah kita) Mamanya baru nak mandi ni.
Chop chop, ada yang tanya, kata suka kak Abby ada baby, nak hadiahkan Baby saya ni itu ini. Sya alu-alukan. Baby takde pantang. Benda free Mama terima je, DM ye. Saya jawab bila free nanti.
Pesanan:
Oklah, Sambung nanti. Nak berkemas ni. Business tergendala hari ni sebab adik-adik pembantu kita gi daftar untuk semester baru. Tunggu akan dijawab nanti order-ordernya ye. Love U, Bye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun hanya sekadar suka-suka, tetapi tolonglah jangan tayang aurat percuma di laman media sosial. Kaum suami kena cakna bab ini, perlu check phone dan kalau nampak video isteri dan anak-anak mula terjebak, tariklah balik.
Ya, kadang kaum perempuan tak sedar yang dia sedang memalukan suaminya sendiri. Walau konon hanya gerakkan bibir dan senyum-senyum, tetapi percayalah pandangan kaum lelaki di luar sana tak sama. Ada yang lebih dahsyat sanggup gelek body semata-mata nak tunjuk dia boleh menyanyi dan berwajah cantik.
Allahu… janganlah terjebak!
Nah, kalau masih belum sedar dengar perbuatan buruk ini, jemput buka hati dengan teguran daripada Puan Intan Dzulkefli. Nak terima atau tidak, terpulang.
Tayang Aurat Melalui Apps Mengarut
Kalau suami kita bukan phone-addict, kaki apps merapu seperti tiktok, bigo, wechat serta kaki explore instagram, maka BERSYUKURLAH wahai isteri. Sebab apps yang disebutkan tu umpama marketplace menayang segala aurat dan kecantikan wanita.
Satu persatu gambar, video aurat, tarian wanita dengan bangga dipertonton demi likes berpuluh ribu, ibarat seperti tempat lelong maruah wanita, maaf saya cakap.
Sampai ada pernah terbaca komen, “tiktok, bigo dan tumblr antara tempat ‘pelacuran online’.”
Astaghfirullah.
Saya mula-mula blur juga sebab tak pernah ada pun apps tersebut, tetapi bila ramai pendakwah muda yang menegur kaum wanita ini, barulah saya sedar, the world is changing. Sebagai ibu, saya tidak boleh naif, kena cakna dan peka.
Rasa nak migrate ke hutan tetapi hutan pun satu persatu dimusnahkan demi nafsu manusia. Sedangkan National Park Pulau Kukup pun bakal degazetted. Maksudnya inilah cabaran akhir zaman ini teman-teman, suka atau tak kita kena tempuh juga, walau dengan iman senipis bawang, dengan doa & ilmu orang alim yang satu persatu ‘diangkat’.
Inilah Peranan Suami
Suami, check telefon isteri. Takut isteri antara wanita yang mempamer aurat melalui apps tersebut. Yang penting kalian pun bukanlah kaki stalker aurat wanita, kaki video lucah.
Ingat, suami itu cerminan isteri, cerminan anak-anak. Nak betulkan isteri dan anak-anak, suami pun kena bertaubat dulu, jaga solat, perbaiki akhlak dulu.
Ibu bapa yang ada anak perempuan yang meningkat dewasa, check telefon anak. Takut kalau mereka antara gadis yang menayang tubuh dan aurat di media sosial dan apps merapu ini.
Walau kita tak pernah ada apps semua itu tetapi hal sebegini kita kena cakna.
Perempuan, Jangan Sampai Hilang Malu
Dunia akhir zaman, nak bermaksiat tak perlu melangkah keluar pun dari rumah, bahkan hanya sedekat hujung jari menjadi jalan menuju kemurkaan Allah.
Dajjal belum keluar tetapi kebanyakan dari kita telahpun menggadai keimanan dan akidah demi kefanaan dunia.
Nauzubillah min zaliq. Astaghfirullah.
“Ya Allah tetapkanlah iman kami..”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari, celik-celik mata mak-mak sudah ligat berfikir dan terus ke dapur untuk siapkan sarapan untuk keluarga terutamanya anak-anaklah. Hari pertama, kedua dan ketiga mungkin mak-mak boleh susun pelbagai menu dari pagi hinggalah ke malam tanpa gagal.
Tetapi menjelang minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mak-mak semakin letih dan penat apatah lagi mereka yang masih bekerja dari rumah dan dalam masa menguruskan keluarga serentak. Memang mencabar sungguh.
Mak-mak perlu ingat, walaupun dapur rumah kita kecil tetapi ia sebenarnya menjadi medan mujahadah kita dalam menjana pahala. Jadi walaupun kecil, besar ganjarannya lagi-lagi time PKP ini sebab kita asyik keluar masuk dapur saja.
Lepas Subuh tadi dengar ceramah Ustazah Asma Harun tentang adab makan yang dipetik daripada Kitab Riyadussolihin. Selain tazkirah, ustazah buat demo masakan Laksa Lemak Terengganu Style.
Ya Allah terliurnya saya. Dan kagum dengan ustazah. Katanya sebelum ni ustazah biasa masak banyak-banyak laksa ini. Ambil tempahan, buat jamuan jemput jiran makan. Masyaallah.
Saya teringat beberapa perkara yang ustazah sebut. Dapur dalam rumah kita, biar pun ruangnya kecil sahaja. Ia adalah medan mujahadah, ruang bakti dan kasih sayang seorang ibu. Bila kita niatkan kerana Allah, ia akan menjadi sumber pahala. Begitu juga bila kita mengemas rumah semua tu.
Mulakan Dengan Bismillah
Subhanallah. Tiba-tiba saya rasa ringan sangat perasaan. Ya, ini kita ibu-ibu fahamkan. Waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anak-anak asyik lapar. Kita pun masak dan masak. Kadang-kadang itu teruji letih, hilang idea hendak masak apa. Lepas itu hendak mengemas pula.
Bila kita memasak ni, mulakan dengan Bismillah. Semua itu membawa banyaknya keberkatan pada hidangan. Yang menjadi darah daging keluarga. Mudah-mudahan asbab makan apa yang kita masak. Kasih sayang keluarga bertambah erat, anak-anak elok hatinya.
Begitulah. Terasa sebuah indah dalam hati bila dengar bicara ustazah. Lalu saya gigih menyiapkan Wanpaku versi Makcik Kiah, eh Makcik Jibah untuk sarapan pagi ini. Guna apa yang ada sahaja di rumah. Biarpun rupa tak berapa cantik, syukur ia rezeki pagi ini.
MW: Walaupun kadang-kadang buntu dan stres setiap hari nak fikirkan menu untuk anak-anak, tetapi ketahuilah setiap penat lelah mak-mak pahala ganjarannya. Insyallah… semoga PKP tidak dipanjangkan lagi iya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...