Awas! Setiap Individu Berisiko, Doktor Ini Kongsi 6 Tips Bantu Merencatkan Sel Kanser

Share

Bila sebut kanser, ramai yang ‘gerun’ dengan penyakit yang boleh mengakibatkan kematian ini. Kenyataan yang perlu diterima ialah setiap individu sebenarnya berisiko untuk menghidap penyakit kanser. Namun ia bergantung pada persekitaran, gaya hidup dan pelbagai faktor lain yang boleh mengaktifkan sel kanser ini.

Ada beberapa tips yang kita boleh amalkan bagi membantu merencatkan sel kanser menjadi aktif.

Jemput baca perkongsian daripada Dr. Malinda Mohd Ali
ini sebagai rujukan;

SETIAP INDIVIDU BERISIKO
Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1. Berhenti/Kurangkan Ambil Gula

Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia, manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternative kepada penggunaan gula.

2. Kurangkan Makan Daging Merah

Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik juga. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah pilihan yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

3. Kurangkan Minuman Ada Kafein

Kurangkan kekerapan minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, minumlah minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

4. Amalkan Diet Sihat

Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan makan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali.

5. Amalkan Makanan Tambahan Mengandungi Sistem Imun

Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

6. Senaman Berkala

Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.

Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik.

Sayangi Diri. Maafkan semua yang lain.

Dr. Malinda Mohd Ali

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Amalkanlah tips yang dikongsikan ini bagi mengelakkan risiko penyakit kanser, sekaligus menjaga kesihatan diri.

Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

IKLAN