Apam Nasi Sejuk Lembut Dan Gebu, Resipi Mudah Ini Elakkan Pembaziran Di Dapur Rumah Anda!

Share

Tak susah nak buat apam nasi sejuk ni. Bahan asasnya dari lebihan nasi sejuk di dapur rumah anda. Biasanya lebihan nasi tu kita buat nasi goreng atau campurkan dalam cekodok jagung. Ini ada satu lagi idea best yang suri boleh praktik. Mudah saja nak membuatnya.

Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.

Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”

Bahan-bahan

1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula (saya guna gula perang)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering.

Caranya

1.     Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2.     Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3.     Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.

Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini

Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Sumber/Foto: Norazizah Hj Ruslan via Mingguan Wanita

IKLAN