
Isi Kandungan
ToggleBiskut semperit gebu ini memang sedap bila dimakan macam itu je. Bak kata orang cair di mulut. Lagi-lagi kalau tukang buat itu pandai hasilkan biskut semperit gebu.
Mahunya satu balang tu hadap sorang-sorang. Silap-silap tak sampai esok dah habis satu balang. Waktu musim perayaan, biskut semperit sememangnya menjadi pilihan ramai.
Kongsi wanita ini, Nana Fiana tak ramai yang berjaya membuat kuih semperit enak seperti yang diinginkan. Sebab itulah peniaga ini kongsikan tip menghasilkan biskut semperit ini. InsyaAllah menjadi.
“Tengok ramai yang gagal buat semperit lately. Ni saya kongsikan resepi boleh buat kat rumah masing-masing ya. Saya buat niaga ni.”
Bahan-bahan Biskut Semperit Gebu
- 340g butter
- 250g susu pekat
- 80g tepung kastard
- 600g tepung jagung
Ini Tip Nak Bagi Biskut Menjadi
Nak flavour lain tambah je esen pandan ke, rv ke choc ke dalam 10gram.
Uli sampai jadi doh.
Nak guna mixer kelajuan rendah,
Atau guna senduk, atau uli guna tangan jela.
- Sebelum bakar set dulu dalam 30 minit
- Bagi kene angin biar tak jadi arnab bunga tu
- Bakar suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit
- Ikut oven masing-masing.
- Nak buat semperit panjang-panjang tu pun boleh.
Semoga bermanfaat, doakan saya ye. Siapkan 500 balang sorang-sorang ni.
Baca : Mudahnya Buat Brawnies Kedut, Terbukti Resepi Ini Gerenti Menjadi
Nak lebih banyak resepi boleh follow fb saya.
InshaAllah saya kongsi lebih banyak resepi akan datang
Sumber/Foto : Nana Fiana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Viral Taiwan Cheese, Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai & Tak Bau Hanyir Telur

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar cheese, inilah masanya untuk anda cuba buat kek viral taiwan cheese. Punyalah senang! Paling best rasanya yang cukup sedap dan tak rasa hanyir telur. Ok, resepi yang dikongsikan oleh Puan Munna Miracle ini confirm mampu pukau selera suami dan anak-anak, jom tengok bahan dulu…
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A asingkan kuning & putih (resepi asal 6 biji telur omega saiz B
1 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder
1/2 caw minyak masak
1/2 caw gula caster (resepi asal 3/4 caw)
1/4 caw susu cair
6 keping cheese (ikut nak letak byk mana)
1 sk creamy esen vanila (benda wajib utk elakkan hanyir telur)
Cara buat:
1. Putar telur putih & gula caster sampai jd meringue dalam 1 bekas.
2. Panaskan minyak masak dalam 1 bekas loyang. Saya guna periuk kukus, panaskan dalam 2-3 min saja.
3. Angkat loyang yang dah panas tu terus masukkan 1 cawan tepung + baking powder
4. Masukkan telur kuning skit demi sedikit.. time ni bancuhan da pekat.
5. Masukkan susu cair.
6. Masukkan 1 senduk meringue ke dalam bancuhan loyang tadi.
7. Masukkan bancuhan dr loyang ke dlm bekas meringue. Kaup balikkan.
8. Dalam loyang lain (saya guna 8.5 x 8.5 ) alas dengan parchment paper.
9. Masukkan separuh adunan bancuhan tadi. Kemudian susun cheese selapis, kalau nak banyak pun boleh. Terpulang.
10. Last skali tuangkan lebihan adunan tadi atas cheese sehingga menutup cheese tu.
11. Bakar dlm over guna teknik water bath menggunakan api atas bawah. Suhu 160 selama sejam. Siap.
12. Makan panas-panas sedap weii.. tak muak.
Kek yang saya buat tak fluffy macam beli kat kedai taiwan cheese cake tu tapi tak la mampat sangat, sedap kat tekak. En. Suami kata sedap lagi dari beli kat kedai taiwan tu sebab tak bau hanyir telur.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Rendang Dendeng Turun Temurun, Ketua Chef Dedah Rahsia Sedap ‘Dagingnya Kena Ketuk Dulu’

Isi Kandungan
ToggleResepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.
Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.
“Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”
“Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”
Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.
“Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.
“Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”
Nota
Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.
Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.
Bahan-bahan
Daging segar – 6kg
Bawang kecil
Halia
Bawang putih
Cili kering – 300gram
Kicap manis
Kicap masin
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Cara Membuat Diterangkan Secara Detail Pada Gambar
Rebus daging selama 30 minit sahaja.
Daging potong saiz macam ni.
Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.
Petua: Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.
Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.
Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.
Bawang kecil muda.
Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.
Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.
Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.
Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.
Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.
Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.
Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.
Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.
Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.
Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.
Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.
Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.
Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)
Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!
Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.
Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.
Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!
Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.
Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Buat Sagu Gula Melaka 3 Layer Sedap, Cantik Tak Bergumpal!

Isi Kandungan
ToggleBulan puasa biasanya mak-mak memang lebih rajin ‘beraksi’ di dapur, sediakan hidangan berbuka untuk keluarga. Setelah seharian berpuasa memang sedap dapat menikmati sagu gula melaka sebagai pencuci mulut. Manis lemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap!
Namun, jika tak ikut cara yang betul, tekstur sagu yang telah direbus jadi tak cantik dan bergumpal-gumpal. Menerusi perkongsian tip oleh Puan Zaini Talib, rupanya sagu yang telah direbus perlu dilalukan dengan air terlebih dahulu bagi mengelakkan iya bergumpal.Malah cantik sepert
Berikut perkongsiannya;
“Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir-sebutir..puas hati”
Untuk panduan yang nak cuba membuatnya, takda resepi spesifik ni just agak-agak ya..
Resepi #SaguGulaMelaka
Bahan-Bahan:
Sagu RM1
Air
Pewarna
Susu Cair
Gula Melaka
Cara Membuat:
1.Sagu direndam sekejap, dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air.Agak-agak ya kang hancur abes plak sagunya hihi.
2.Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak-agak seinci dari paras sagu tu.
3.Kemudian masak atas api macam biasa.Sentiasa kacau supaya sagu masak serata.Bila sagu dah jadi jernih takdak biji-biji putih maknanya dah masak.
4.Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan-lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya.
5.Kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.
Untuk hidangan:
1. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
2. Susu cair.
Untuk menghidang masukkan air gula melaka, kemudian sagu berselang seli. Kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu.
Selamat Mencuba..Semoga bermanfaat.
Sumber:Zaini Talib
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI