anak main mekap

Konon belikan anak main mekap sendiri sebab tak nak anak kacau barang mekap mak punya tetapi sebenarnya ini boleh mengundang bahaya kepada anak kecil.

Nah, nak apa sebabnya jemput baca perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini, mesti mak ayah boleh hentikan sikap ‘biarkan anak dengan duniannya’ sekejap dan bertindak apa yang patut!

Bagi Anak Main Mekap

Anak kecil bermain makeup mungkin dilihat comel oleh ibu bapa. Habis muka sendiri diconteng, bahkan ada juga seluruh badan.

Bahkan ada ibu bapa sampai beli makeup versi kanak-kanak punya kerana percaya kepada label yang terdapat pada produk yang sentiasa menyatakan ianya produk yang selamat.

Benarkah ianya ‘safe for kids’? Kerana ketahuilah mana ada syarikat mahu mengaku bahawa produk mereka tidak selamat. Sebab itu sudah banyak kes alahan melampau berlaku, bibir anak bengkak, susah untuk bernafas, kemerahan dan banyak lagi dilaporkan media.

IKLAN

7 bahan yang kita perlu tahu bahayanya jika terdapat dalam makeup.

1. Lead

Kebiasaanya terdapat dalam face paints dan juga lipsticks. Lebih banyak lead, lebih bahaya kesannya kepada anak-anak. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Centres for Disease Control and Prevention (CDC), keracunan bahan lead terhadap anak-anak boleh membawa kepada kesan bahaya kepada otak dan saraf anak. Juga, mengundang masalah perkembangan perlahan dan pembelajaran anak.

2. Arsenic

Ini pun banyak terdapat dalam face paints, dan kada bahaya mengikut kadar dari 1.1 sehingga 1.9 ppm. Ianya sangat dikenali sebagai bahan penyebab cancer dan juga boleh menyumbang kepada muntah, cirit-birit, pening kepala dan dehidrasi.

IKLAN

3. Cadmium

Kebiasaanya terdapat pada face paints yang berwarna gelap atau lebih dikenali sebagai ‘Holloween face paints’. Terdapat beberapa jenis lipstick turut mengandungi bahan ini. Berdasarkan kajian CDC juga, kesan terhadap anak kecil sama seperti terhadap ibu bapa, iaitu rosak buah pinggang dan paru-paru. Juga terhadap tumbuhbesaran dan seterusnya mempengaruhi sikap anak.

4. Parabens

Aku fikir ini ialah bahan yang paling popular. Sepatutnya ibu bapa semua menang wajib tahu bahaya parabens. Ia mampu menyebabkan ketidakstabilan hormon, dan imuniti badan anak.

IKLAN

5. Talc

Satu bahan mineral yang sangat biasa dan mudah dijumpai dalam alat kosmestik. Ianya akan jadi lebih bahaya jika turut tercemar dengan bahan lain yang dikenali sebagai asbestos (bahan penyebab cancer). Bahkan jika mineral ini masuk malalui sistem pernafasan pun sudah cukup untuk menyumbang kepada masalah pernafasan yang bahaya dan inflamasi melampau.

6. Fragrance

Hampir separuh daripada produk kecantikan di dunia terkandung bahan ini. Lebih-lebih lagi jika ianya pewangi tiruan yang kebiasaanya mengandungi bahan-bahan penyebab cancer seperti acetaldehyde, benzophenone, styrene, dichloromethane, dan juga titanium dioxide. Bahan-bahan inilah yang akan menyebabkan iritasi pada kulit anak dan lebih teruk lagi boleh membawa kepada kerosakan organ dalaman.

7. Silica

Ini pula ialah antara bahan yang sangat senang dijumpai di dalam produk kecantikan. Kerana ianya penyerap kelembapan yang baik, dan mampu membuatkan produk nampak lebih tebal dan mahal. Namun sepertimana bahan-bahan di atas, silica juga amat bahaya kepada paru-paru, hati dan juga sistem pernafasan.

Nota:

Jadi ibu bapa, lepas ini jika mahu beli make up untuk diri sendiri atau anak, tolong semak 7 bahan di atas. Kalau ada, tolong jangan ambil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI