Sebenarnya tak kiralah anak hisap susu botol atau susu badan, mak-mak kena tahu macam mana cara nak elakkan gigi rosak.
Bukan hanya berpunca daripada hisap susu, ada banyak lagi punca lain yang menyebabkan terjadinya karies gigi.
Hah, malam ni anak dah hisap susu ke belum? Kalau sedang atau bakal hisap susu sebelum tidur, jom semak dulu perkongsian ilmu yang dikongsikan Doktor Iqbal Rosli tentang penjagaan gigi.
ADAKAH SUSU IBU BOLEH MEROSAKKAN GIGI?
Pertama, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Kedua, mari kita belajar bagaimana mekanisme ketika anak minum susu.
Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Semasa menyusu dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Ads
Ketiga, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Faktor 1 Gigi
Gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Faktor 2 Makanan
Apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut terutamanya yang berasid dan manis, termasuklah susu, berpotensi menyebabkan karies kepada gigi
Faktor 3 Bakteria
Bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Faktor 4 Masa
Jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku.
Ads
Apabila ada keempat-empat faktor ini, karies akan terjadi.
Keempat, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies.
– Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi.
– Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point ketiga, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Ads
Contohnya, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Contoh lain, tidak membersihkan semua permukaan gigi si anak dengan betul terutamanya pada kawasan antara gusi dan gigi (seperti dalam gambar)
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
Nota:
Sapuan berwarna koko itu ialah sapuan flourida untuk membantu menguatkan gigi dan mengelakkan karies menjadi lebih besar.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sepanjang malam, mungkin mak ayah terperasan bila anak tidur gigi bergesel. Rasa nyilu pun ada. Tak adalah setiap malam berbunyi dan ada malam-malam tertentu.
Dari istilah perubatan ada maksud-maksud tertentu. Tapi dari sudut pandangan ustaz berbeza pula. Mak-mak dulu cakap anak yang tidur gigi bergesel, anak degil dan bermasalah. Sejauh mana kebenarnya, kita tak pasti.
Bagi Dato’ Ustaz Sharhan Shafie ini pula, ini pandangannya dari apa yang beliau belajar daripada maksud anak tidur gigi bergesel.
Tidur Gigi Bergesel, Tanda Anak Bermasalah & Sensitif
Persoalan daripada seorang ibu yang bertanyakan tentang anaknya yang berusia 4 tahun. Masa tidur, dia terdengar gigi anak bergesel. Bagaimana cara untuk elakkan perkara ini.
Penjelasan Ustaz:
Kebiasaan anak ini bermasalah degil, dia boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Kadang-kadang anak ini susah untuk mengalah dengan adik beradik dan juga ada gangguan.
Bagi elakkan keadaan ini, jangan lupa baca satu doa atas kepala anak. Dengan ayat ini mudah-mudahan anak jadi orang yang baik dan sentiasa taat pada Allah SWT.
Bacalah ayat ini:
Allahumma yassir wala tu’assit.
Ya allah, mudahkanlah dan janganlah engkau persulit.
Ini sebagai satu ikhtiar.
Walau bagaimanapun, bunyi ini biasanya pada kanak-kanak, bukannya suami, isteri atau orang dewasa. Ini tiada kaitan.
Berbunyi Tapi Bukan Anak Yang Dikatakan
Terdapat juga komen-komen yang diterima daripada ustaz ini yang mengatakan anaknya tidur gigi bergesel tapi bukanlah seperti yang diperkatakan, degil atau sensitif.
Jelasnya, apa yang beliau belajar dari guru, KEBIASAANNYA begitulah, tapi kalau bukan, ia tidak menjadi masalah pun. Membesarlah anak itu sebaiknya.
Mingguan Wanita : Pandangan dan oenjelasa berbeza dari guru agama dan perubatan. Sekadar untuk ikhtiar dan moga anak-anak membesar dengan sebaiknya.
Normal ke anak tantrum dan mengamuk apabila masuk umur 2 tahun? Mungkin kebanyakan mak ayah dah lali dengan karenah anak nak buat perangai tetapi tak semua berjaya hentikan anak yang sedang tantrum.
Lebih teruk ramai ibu ayah yang mengambil jalan mudah dengan memukul dan menjerit dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Nak tahu macam mana cara yang betul, baca perkongsian dari Dr Jaa Fauzi ini…
Umur 2 tahun adalah waktu yang nightmare buat sesetengah ibu bapa. Its called as the terrible twos. Ketika umur 2 tahun biasanya anak-anak akan mula tantrum seperti menangis sambil menggelupur, bertempik, lempar barang atau mungkin pukul ibu!!
Umar tidak terkecuali. Pertama kali kami ke occupational therapy, sesi temuramah tidak berjalan dengan baik kerana saya di pukul dan dilempar barang oleh umar. Buntu memikirkan apakah caranya… pelbagai yang dicuba alhamdulillah minggu lepas ditegur therapist umar, En din; ‘eh, umar dah tak pukul ummi?’
Nah, ini tip dari therapist.
Kalau Anak Tantrum Dan Mengamuk
1. Jangan rotan ketika anak mengamuk, biarkan sekejap anak layan perasaan.
2. Peluk anak kuat kuat, rapatkan badan tangan, rangkul sekali dengan kaki.
3. Bisikkan kata kata yang baik seperti ibu sayang, ibu minta maaf atau apa saja, atau doa dan selamat buat 1-3min.
PALING PENTING!
4. Duduk sama level dengan badan dan mata anak, tengok dengan kasih sayang kerana pasti ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan anda.
5. Setelah anak reda, bercakap cakap la dengan anak tentang rasa hati nya. Tanya nak apa, kenapa marah, kenapa kita tak izinkan dan sebagainya, jangan marah anak sewaktu baru reda amuk.
Hamzah selalu amuk jika tak bermain atau kurang perhatian atau jika saya lama tak dukung dia.
Bagi ibu bekerja, pulang ke rumah, dah beribu plan dalam otak; keluarkan ayam, angkat baju, nak masak apa, sampah belum buang, nak ambik anak di taska dan sebagainya.
Realitinya… walaupun ada sejuta tugas menanti, berikan 15-30min pertama adalah dengan melayan anak-anak dengan permainan atau senda gurau. Jika perhatikan, 2 jam lepas itu dia tidak memerlukan anda lagi dan boleh bermain sendiri.
Cuba untuk seminggu, buat setiap hari anda akan nampak perbezaannya. Kerana apa yang anak perlukan adalah sentuhan mak ayahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh.. nak menjadikan seorang anak itu menjadi manusia, bukanlah kerja mudah untuk mak ayahnya. Banyak yang perlu dikorbankan, tapi jangan sampai mak ayah tak sedar yang anak juga berkorban untuk mak ayahnya.
Perkongsian Da’i Hamidah ini banyak benarnya. Mak ayah claim, mereka sudah mencurah segala-galanya. Mahu anak-anak iktiraf pengorbanannya. Walhal anak-anak juga ‘kehilangan’ masa dan belaian kasih sepanjang perjalanan itu.
Anak sebenarnya cuma mahukan perhatian mak ayahnya.
Pengorbanan Anak
Kita selalu berbicara soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tapi jarang kita sentuh pengorbanan anak kepada ibu bapa. Sedangkan dalam memastikan segala urusan ibu ayah selesai dengan baik.
Anak-anak lah yang banyak berkorban. Mereka terpaksa mengikut rutin harian kita yang kadang kala mereka kurang ada masa dan perhatian dari kita. Mereka anak kecil yang punya perasaan tetapi sukar untuk meluahkan perasaan melainkan hanya dengan menangis.
Lama kelamaan mereka akan senyap dan terpaksa berusaha membiasakan diri untuk menerima realiti. Realiti terpaksa berjauhan dengan ibu ayah yang punya kesibukkan tersendiri.
Oleh itu kita sebagai ibu bapa jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Andai kita rasakan pengorbanan mereka terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan kita yang terpaksa keluar mencari rezeki, maka kita kena renung kembali andai mereka tidak memberi kerjasama yang baik, maka sudah tentu segala kerja kita juga akan jadi berantakkan.
Pendek kata hargailah mereka, utamakan masa dengan mereka kerana mereka kian membesar dan proses itu tidak akan berulang kembali. Paling penting kita kena tahu bahawa semua anak- anak inginkan belaian kasih sayang, perhatian dan pendidikan dari kita untuk menjadikan mereka hamba yang diredhoi Allah.
Anak Menjadi Atau Tidak, Bergantung Usaha Mak Ayah Dengan IzinNya
Sungguh tanggugjawab ibu bapa terlalu besar. Anak- anak menjadi atau tidak ia bergantung dengan usaha ibu bapa dengan izin Allah dan sesungguhnya Allah Taala menilai setiap dari usaha kita.
Andai kita meletakkan matlamat kita untuk menjadikan mereka khalifah Allah yang berkualiti di atas muka bumi ini nescaya kita akan lupakan perkara remeh temeh yang lain.
Akhir kalam setiap ibu bapa akan disoal kelak tentang anak- anak yang mereka lahirkan. Semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk kita mampu menjadi ibu bapa yang terbaik, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
MW :Masih belum terlambat untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Terutama anak isteri.
Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.