Anak cemerlang pastinya jadi kebanggaan mak ayah. Semua mak ayah nak anak-anak cemerlang dalam hidup. Sebab itu zaman sekarang mak ayah sanggup buat apa saja demi memastikan cahaya mata kesayangan berjaya dalam akademik. Sanggup hantar kelas tuisyen mahal. Tapi, kita terlupa untuk didik anak jadi insan beradap yang tak biadap!
Didik Anak Proses Sepanjang Hayat
Mendidik anak adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Setiap fasa kehidupannya merupakan fasa baru dalam pembelajaran kita sebagai ibu bapa. Ilmu dan pengalaman adalah dua guru penting yang memandu setiap gerak geri kita sebagai pendidik.
Oleh yang demikian, terus-meneruslah mencari ilmu dan berkongsi pengalaman. Yakinlah dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ada Allah yang merencanakannya. Sudah pasti wujud hikmah dan pedoman yang Dia ingin untuk kita kutip dan pelajari. Bukalah minda dan pandanglah dengan mata hati insya-Allah, kita akan temui.
Rakan penjaga yang dihormati, antara perkara penting yang sering menjadi bualan adalah persediaan minda anak-anak. Setiap ibu bapa mahu melihat zuriat mereka cemerlang dalam pembelajaran. Bahkan kita sentiasa meletakkan prestasi akademik sebagai penanda aras kepada kecemerlangan seseorang.
Persepsi ini menyebabkan kita tercari-cari tempat yang terbaik untuk anak belajar malah lebih cepat dia boleh belajar secara formal, lebih cepatlah mereka akan dihantar ke pusat-pusat pembelajaran. Ia tidak salah, malah tuntutan zaman ini memerlukan persediaan awal daripada segi membaca, menulis dan mengira sebelum masuk ke sekolah rendah lagi.
Ads
Jika tidak, mereka ini terpaksa menduduki kelas-kelas pemulihan yang dengan mendengar namanya sahaja boleh mendatangkan persepsi-persepsi negatif terhadap anak-anak yang baru ingin belajar. Maka untuk itu, anak-anak harus diberikan pembelajaran asas ini agar dia berjalan beriringan dan tidak ketinggalan. Hal ini bertujuan bagi mengelak emosi anak-anak tercalar dan motivasinya untuk belajar terganggu.
Pembelajaran Adab Untuk Anak
Namun demikian, pembelajaran ini haruslah diiringi dengan pembelajaran adab yang merupakan buah kepada ilmu. Orang yang berilmu dapat dilihat dengan tingkah lakunya yang beradab. Manakala orang yang beradab sudah pasti dia adalah orang yang berilmu. Zuriat yang sedang kita didik bukan sahaja memiliki akal untuk dijaga dan diberikan makanan. Malah dia juga adalah rangkuman roh, hati, nafas dan jasad yang perlu diraikan selaku seorang insan.
Insan yang beradab akan lahir apabila akal, hati, roh, nafas dan jasadnya mengenal Tuhan yang Esa dan mengetahui kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Dengan penjelasan dan pemaknaan ini seseorang itu akan mengetahui teritori kehidupannya sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang melampui batas dan bersikap adil iaitu meletakkan sesuatu kepada tempat yang sepatutnya. Dalam apa jua keadaan dia akan tahu meletakkan dirinya pada posisi yang sepatutnya. Perkara inilah yang dipanggil adab.
Sudut Pandang Islam
Jika kita ingin melahirkan insan yang beradab, anak-anak kita harus diasuh untuk melihat kehidupannya dengan cara pandang Islam. Mereka harus diberitahu tentang hakikat diri mereka sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Sebagai langkah awal, pembelajaran harus dimulai dengan pelaziman daripada persekitaran.
Ads
Kita sebagai orang dewasa harus mencorakkan persekitaran ubudiyyah (kehambaan) dalam persekitaran rumah kita. Bersegera menunaikan solat, menitik beratkan solat berjemaah, lazimi doa dan pengharapan kepada Allah. Percaya setiap perkara yang berlaku adalah aturan Allah dengan melazimi bersangka baik kepada Allah.
Batasan Sebagai Hamba Allah
Rajin berusaha kerana sebagai hamba kita harus rajin berusaha kerana kita adalah hamba, termasuklah mengenal ABC, membaca, mengira dan menulis, ia adalah sebuah usaha untuk mendapatkan ilmu. Dapat atau tidak bukan urusan kita kerana sebagai hamba, limit kita adalah berusaha dan berharap namun dengan bersangka baik kepada Allah, pasti Allah akan berikan hajat kita pada masa dan kesesuaiannya. Sebagaimana hadis Qudsi menyebut; “Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman, Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba-Ku”.
Pelaziman ini akan disimpan ke dalam minda bawah sedar anak-anak kita kemudian akan diprogramkan. Program ini akan dilancarkan apabila terdapat situasi yang hampir sama terjadi dalam kehidupan mereka. Ditambah pula dengan pemaknaan iaitu menerusi ilmu yang sentiasa diberikan akan meneguhkan pelaziman yang diperoleh oleh anak-anak tadi.
Oleh yang demikian, sama ada adab atau ABC? Kedua-duanya harus diberikan secara beriringan kerana anak-anak kita adalah hasil cantuman komponen akal, roh, jasad, emosi dan hati yang perlu diraikan kesemuanya untuk membentuk dirinya selaku insan. Malah membentuk insan yang beradab adalah rangkuman kesemua komponen insan. Wallahualam…
Sudah ajalnya, satu lagi kes melibatkan bayi lelaki maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di Dungun, semalam.
Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.
Maknya Solat Asar, Anak Ralit Bermain
Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.
Bayi yang berumur setahun lapan bulan itu pula bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.
Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.
Zul yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menunggu proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: Astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Sales beratus ribu, tapi culas bayar nafkah.” Lelaki patut tahu anak adalah tanggungjawab ayah.
Perkara ini memang tak boleh lari, biarpun telah bercerai dengan bekas isteri, tanggungjawab lelaki kepada anak-anaknya sama sekali tak terputus.
Bab nafkah jangan dibuat main-main, tersilap langkah menjawablah. Jika tidak di dunia, tunggu balasannya di akhirat kelak.
Sales Beratus Ribu, Tapi Culas Bayar Nafkah
Kongsi Kheyr Hameed, kata sales beratus-ratus ribu, tapi nafkah anak pun semput nak bagi. Boleh ya macam tu???
Perkara ini adalah berkait dengan tanggungjawab. Tanpa campur tangan mahkamah pun, patutnya orang lelaki tahu bahawa anak itu tanggungjawab seorang ayah. Tak kiralah siapa yang bela (jaga). Mak atau ayah, tanggungjawab nafkah tetap pada ayah.
Lelaki Patut Tahu
Kalau mak bela, ayah patut kiralah belanjawan besarkan anak berapa untuk sebulan. Kalau anak lima orang, kau bagi RM 500. Kau agak-agak dapat apa seorang RM 100?
Lepas tu acah-acah tuduh mak guna duit anak. Kelakar sungguh, mak kena top up duit ada lah. Celah mana hendak guna duit nafkah anak yang sememangnya tak cukup pun.
Kalau ayah bela, jangan bangang pula minta duit bekas isteri konon nafkah anak. Mak tu nak belikan baju atau apa-apa makanan lain, semua tu ihsan. Bukan tanggungjawab mak.
Orang lelaki jenis ego, bodoh, sombong memang semua acah-acah cakap, “biar mahkamah tentukan”. Lepas tu mahkamah tetapkan seorang anak RM 300, pun merayu minta kurangkan.
Masa itulah bagi alasan bini baru hendak bersalinlah, anak dengan bini baru nak masuk sekolahlah. Habis tu anak-anak dengan ex-wife tu bukan berbin/binti kau ke? Alahai…
Kes nafkah ini tak akan bertimbun dekat mahkamah syariah kalau ramai lelaki bertimbang rasa dan faham agama. Ini setakat sembang dekat facebook dan share video Azhar Idrus je lebih, pelaksanaan entah ke mana? Zero. Tapi dekat media sosial, dia lah paling hero bab share ceramah agama.
Mingguan Wanita : Ramai bekas isteri berdepan bab nafkah setelah berlaku penceraian. Sesetengah kes memakan masa yang lama untuk diselesaikan apabila bekas suami tidak memberi kerjasama dan menuduh bekas isteri dengan pelbagai fitnah. Semoga mak-mak yang berdepan dengan isu sebegini segera menemui jalan penyelesaian.
Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella. Menerima tawaran dari beberapa sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN) hasil kecemerlangan akademik Bella, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar akhirnya mengumumkan di Instagram mereka sekeluarga memilih Kolej Permata Pintar bagi anak sulungnya itu meneruskan pendidikan di peringkat menengah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dirinya dan keluarga sudah membuat pelbagai perbincangan termasuk melakukan solat istikharah, akhirnya sepakat memilih pusat berprestij tersebut untuk anak sulungnya, Sophea Isabella, 13.
Dr Sheikh Muszaphar Pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella
Menulis di instagram rasminya, kata angkasawan negara ini, walau menerima beberapa tawaran sekolah berprestij lain, namun ada pelbagai faktor diambil kira oleh dirinya dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sebelum membuat pilihan ini.
Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.
“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.
“Hasil Berbincang, Berfikir Panjang & Solat Istikharah
“Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar), kongsinya.
Tambahnya, hal ini didorong oleh persekitaran yang bakal menggilap bakat dan kemampuan anaknya.
“Sekolah KPPN yang mencabar minda Bella, bercampur dengan rakan sebaya yang cemerlang membuatnya mampu menunjukkan potensi sebenar.
Jelasnya lagi, memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella, kata bapa kepada tujuh anak ini.
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.Akui Linda...