Ads

Anak Baru Lahir Melihat Dunia, Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital

ibu dijemput Ilahi
ibu dijemput Ilahi

Berita pemergian seorang ibu dijemput Ilahi dalam pantang, Haridatul Bahiyah Amsuri benar-benar meruntun jiwa ramai netizen yang mengikuti kisah ibu muda ini.

Hari yang sepatutnya bergembira menyambut kelahiran insan baharu, namun takdir Allah menentukan arwah dijemput pulang ke negara abadi selepas 25 hari bertarung nyawa di hospital.

Anak Baru Lahir Melihat Dunia

Anak Baru Lahir Melihat Dunia, Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital

Arwah dilaporkan mengalami komplikasi selepas bersalin sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot apabila berlaku pendarahan di kepala. Ujian yang lebih berat hadir apabila beliau disahkan menghidap kanser choriocarcinoma tahap empat.

Baca Artikel: Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga, Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Ads

Sepanjang menerima rawatan, arwah menunjukkan semangat juang luar biasa. Dalam keadaan tubuh semakin lemah, beliau tetap kuat melawan kesakitan demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Setiap hari menjadi perjuangan yang penuh harapan agar dapat kembali memeluk zuriat yang baru dilahirkan.

Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital

Anak Baru Lahir Melihat Dunia, Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital

Ads

Namun, selepas 25 hari berjuang, Allah lebih menyayanginya. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata, meninggalkan suami serta empat orang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Anak Baru Lahir Melihat Dunia, Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital

Ads

Sungguh, pemergian Haridatul Bahiyah menjadi bukti besarnya pengorbanan seorang ibu. Pertaruhan nyawa membawa kehidupan baharu ke dunia, namun akhirnya pergi meninggalkan insan tersayang buat selama-lamanya.

Anda mungkin berminat dengan

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber gambar: Mohd Aminudin Mohamad Subki

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

rahsia kulit glowing

9 Rahsia Kulit Glowing Macam Wanita Zaman 80an

Rahsia kulit glowing wanita zaman 80an kembali viral! Ini 9 cara tradisional yang bantu kulit lebih cerah, lembap dan tak kusam secara semula jadi.