Pernah bukan anak yang dikandung, wajahnya mirip ahli keluarga kita. Ada juga anak yang mukanya saling tak tumpah neneknya, mungkin juga mirip ibu saudaranya. Tetapi mungkin ada juga; dalam kes terpencil anak kita mirip muka orang yang kita tak sangka-sangka. Kisah ‘anak aku, tapi iras dia…’ merungkai satu kisah perselingkuhan yang disimpan rapi oleh Mia, isteri kepada Adam. Menurut Adam, sebal didadanya sukar digambarkan apabila status DNA anak ketiganya…memecah kebuntuan yang sering dilafazkan dalam doanya kala solat tahajud di sepertiga malam. Berikut adalah kisah Adam, lelaki berkerjaya yang berusia 40-an.

Jodoh aku dan Mia datang secara tiba-tiba. Setelah kekasih hatiku, Seroja pergi menghilangkan diri…seminggu sebelum majlis akad nikah berlangsung. Bagai nak gila Adam dibuatnya. Mana tidaknya gaji kerani disebuah syarikat firma guaman sekitar tahun 90-an berapalah sangat.

Demi menghalalkan Seroja, pelbagai kerja dilakukan bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Sesekali, ibunya di kampung merayu Adam pulang ke kampung kerana terlalu rindukannya. Adam sebaliknya menolak lembut pelawaan ibunya kerana dia tekad mahu memperisterikan Seroja selekasnya. Dalam tulus Adam mencari ringgit Malaysia buat hantaran Seroja, diam-diam Seroja menjalin cinta dengan abang angkatnya.

Putus tunang

Tanpa ada kata putus, Seroja hanya mengirim surat beserta cincin pertunangan ke kampung halaman Adam. Hanya cucuran air mata dan getar sedih mengiringi suara ibunya dicorong telefon mengkhabarkan berita Seroja memutuskan pertunangan kepada satu-satunya anak lelaki tunggalnya, Adam.

Hampir lima tahun melalui fasa pilu itu. Hati Adam tertaut kepada keayuan wajah Mia. Kebetulan atas urusan tertentu, Mia hadir ke pejabat Adam bertugas. Jika dahulu Adam seorang kerani,  dia kini menjawat jawatan yang lebih baik.  Sambil bekerja, Adam menyambung pengajiannya di kolej swasta terdekat disebelah malamnya. Gajinya kini lebih dari dahulu. Hubungan Adam dan Mia berlangsung pantas.

Rakan-rakan saling mengusik, bila agaknya kiriman kad walimatulurus Adam dan Mia akan menyusul. Ibu di kampung juga meminta Adam menyegerakan pernikahan. Serbanya berlangsung lancar dan restu kedua pihak menyatukan Adam dan Mia sebagai pasangan yang sah.

Cinta terlarang

Masa berlalu, Adam dan Mia bahagia dikurniakan dua cahaya mata comel.Hujung minggu lazimnya Adam akan mengundang teman-teman rapat ataupun jiran terdekat untuk menikmati air tangannya. Adam lelaki yang hebat memasak. Mia pula hanya membantu apabila Adam memerlukan bantuannya di dapur. Selebihnya Mia menghabiskan masa melayan keletah dua permata hatinya.

Tanpa diduga kerancakan Adam meraikan tetamu, membuka ruang Mia berkenalan dengan lelaki lain tanpa sengaja. Sejak mempunyai anak dua, Mia memilih untuk bekerja dari rumah…memandangkan anak keduanya mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian. Adam merestui permintaan Mia. Segalanya bermula apabila Adam mengundang Reen dan suaminya Razif ke rumah. Kebetulan mereka baru sahaja berpindah ke rumah yang letaknya bersebelahan dengan kediaman mereka.

Reen dan Razif belum mempunyai cahaya mata meskipun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Razif sungguh ramah, berbeza pula dengan Reen yang lebih senyap orangnya. Razif pantas memenangi hati anak-anak Adam dan Mia. Sesekali dia melirik mesra memandang Mia. Walaupun usianya menjelang ke angka 50-an, wajahnya masih tampan dan segak.

Pernah sekali ketika Adam bertugas diuar kawasan…Adam meminta, Razif meminta menumpangkan Mia ke klinik sambil ditemani Reen. Kebetulan ketika itu anak-anaknya demam panas. Atas nama berbuat baik sesama jiran, keakraban Razif dan keluarga Adam tidak dapat disangkal lagi. Dalam berseloroh Razif memuji kecantikan anak-anak Adam yang mewarisi kecantikan Mia. Pada Adam,ia sekadar pujian normal. Mana mungkin Razif menyimpan perasaan terhadap Mia apatah lagi mereka mempunyai hubungan baik.

Anak ketiga

Hampir dua bulan lamanya, Adam perlu keluar negara atas urusan kerja. Sepeninggalannya, Mia sihat-sihat sahaja. Sekembalinya dia ke rumah, Mia kelihatan lemah dan kerap muntah-muntah. Telahan Adam mungkin Mia hamil zuriat mereka yang ketiga. Adam melonjak gembira, apabila doktor di klinik mengesahkan kehamilan Mia. Sebaliknya wajah Mia hambar dan tidak mempamerkan riak gembira.

Sembilan bulan berlalu, bayi ketiga mereka lahir. Mia melahirkan bayinya kali ini menerusi pembedahan. Menurut doktor kesukaran dan komplikasi kesihatan Mia membuatkan pembedahan alternatif terakhir. Ketika menemani Mia dikamar bedah, mulut Mia tidak henti-henti melafazkan kata maaf. Bimbang benar kalau-kalau umurnya tidak panjang.

Tetapi yang merimaskan Adam apabila orang yang bertandang asyik menyamakan muka anak mereka seiras dengan jiran mereka, Razif. Razif pula sejak akhir-akhir ini seperti melarikan diri apabila bertembung dengannya. Mia pula menyatakan adalah normal wajah anak merek seiras orang lain, maklumlah kerap nampak muka jiran mereka.

Jauh disudut hati, Adam merasakan ada keanehan antara cerita Mia dan kelakuan Razif.Usai usia si kecil mereka lapan bulan…Adam membawa si kecil ke sebuah klinik swasta untuk melakukan ujian DNA. Dalam diam Adam mengambil sampel rambut Mia yang gugur di bantal dan menyerahkan sampel dirinya. Setelah beberapa ketika, panggilan dari klinik memaklumkan laporan DNA anak ketiganya.

Laporan menunjukkan si ibu adalah Mia, sebaliknya DNA Adam tiada kaitan langsung dengan bayinya. Lelaki X dinamakan sebagai individu yang berkaitan dengan bayi itu. Jadi anak siapa? Mia panik apabila menjumpai laporan DNA itu. Dalam tangis sendu, dia mohon maaf merahsiakan hal yang satu ini daripada Adam. Adam pula merasakan dirinya benar tertipu dengan perbuatan Mia. Tiada maaf buat Mia. Secara rasminya Adam melepaskan Mia dengan talak satu, dua anak-anak mereka Adam pastikan hak penjagaannya dibawah tangannya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI