Ana Nayla ramai puji miliki sepasang mata yang sangat cantik. Menerusi perkongsian di akaun Instagram pasangan pelakon popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka buat tatapan peminat.
Ana Nayla Ramai Puji Miliki Sepasang Mata Yang Sangat Cantik
Nama yang indah diberi buat puteri sulung, Ana Nayla binti Ahmad Nabil. Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen ramai yang memuji bayi mereka yang sangat comel dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik.
Bukan itu saja malah penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan doa agar Ana Nayla menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.
“Assalamualaikum uncles and aunties!
“Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda yang sangat bersyukur selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang begitu comel.
Pasangan selebriti popular ini telah mengumumkan tentang perkhabaran kelahiran anak mereka sebelum ini. Malah Nabil juga memanjatkan rasa bersyukur segalanya dipermudahkan dan proses kelahiran cahaya mata pertamanya itu berjalan lancar.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” tulis Nabil.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari lalu selepas bertunang secara atas talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayda sebelum itu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya memaklumkan akan bersalin seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ayda Jebat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dialah bapa dan ibu kepada anak-anak.” Pelakon Badrol Shah kini pikul tanggungjawab besar selepas kehilangan isteri disebabkan Covid-19.
Bukan satu tugas yang mudah bagi seorang bapa menguruskan keperluan empat orang anaknya selepas kehilangan isteri tercinta.
Pelakon Badrol Shah atau Bad mengakui memikul tanggungjawab besar sebagai bapa dan ibu terhadap empat anaknya selepas kematian isteri, Allahyarham Farah Shila Mazlan pada 26 Ogos lalu.
Menurut Badrol, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang, dia sedaya upaya memastikan yang terbaik buat anak-anak yang masih merindui ‘ummi’ mereka.
“Setiap malam mereka pasti akan menatap gambar ummi mereka. Malah, saya juga akan bawa mereka pergi kubur sebagai cara untuk menghilangkan rindu.
“Saya kena teruskan perjuangan hidup demi anak-anak. Saya turut menasihati dan mengajar mereka perkara baik-baik.
“Saya sentiasa ingatkan agar selalu berdoa untuk arwah ummi mereka, sebab kalau kita sedih dan asyik menangis ummi pun akan menangis di sana nanti,” katanya.
Bad memastikan akan mengajar anak-anaknya mengaji setiap malam, memantau pelajaran mereka secara sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan memujuk anak-anak setiapkali mereka sedih.
“Saya minta mereka berdoa agar ‘di sana’ nanti kami semua dapat jumpa ummi semula. Jadi mereka boleh terima.
“Mengenai perasaan sendiri, saya kena sentiasa bersabar dan pegang amanah Allah untuk sentiasa mendidik anak-anak hingga akhir hayat,” katanya.
Nama Bad menjadi tumpuan apabila dia menerusi media sosial memaklumkan isterinya disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos lalu. Namun, pada hari sama dia tampil membetulkan keadaan apabila memberitahu berlaku salah faham dalam perkara itu.
Memandangkan tiada aktiviti penggambaran, Bad kini meneruskan kerjaya tetapnya sebagai pemandu grab.
“Saya kena cari rezeki buat anak-anak terutamanya untuk susu, makan dan kelengkapan pembelajaran mereka. InsyaAllah rezeki ada saja di mana-mana.
“Semasa isteri masih ada, gajinya RM600 sebagai guru sekolah agama. Dia pula ada sakit asma kritikal, kanser darah tahap tiga dan jantung tahap tiga. Kos perubatan untuk dia masuk darah dan cuci darah memang tinggi.
“Sekurang-kurang RM5000 sebulan kena ada, termasuk untuk bayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) RM124 sebulan, manakala sewa kereta grab sebulan RM1600,” katanya.
Dia juga perlu menyediakan susu anak kecilnya berharga RM180 setin yang keseluruhannya memerlukan empat tin sebulan.
“Susu ini adalah saranan doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Itu sebabnya saya kena ada kewangan yang cukup. Bagaimanapun, alhamdulillah dengan segala rezeki yang saya dapat.
“Bahkan, saya sentiasa amalkan bersyukur dengan apa yang ada. Namun, saya berasa amat bersyukur lagi sekiranya ada mana-mana pihak sudi menghulurkan bantuan.
“Apapun, saya beruntung kerana anak sulung yang berusia 12 tahun, sudah boleh jaga adik-adik yang lain ketika saya bekerja. Dia memang dah diajar berdikari untuk memasak dan buat pelbagai kerja rumah yang lain,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Badrol kuat dan sabar untuk membesarkan anak-anaknya. Bukan sesuatu yang mudah dan amat berat memikul tanggungjawab ini. Semoga Allah membantunya. Insyallah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ramlah Ram pinta doa kesembuhan ibu, adik Positif Covid-19. Hati anak mana yang tidak keruan apabila mengetahui ibu nun jauh di kampung kini dijangkiti wabak Covid-19.
Begitulah yang menjadi kerisauan penyanyi evergreen, Ramlah Ram, 56 mengesahkan ibu dan adiknya positif Covid-19.
Menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Instagram penyanyi wanita ini memohon supaya peminat mendoakan kesembuhan mereka serta saudara-maranya yang lain.
“Assalamualaikum, saya hamba yang tidak berdaya ini mohon bantuan semua. Tolong doakan mak dan juga adik saya Shafiei cepat sembuh dan semua keluarga saya di Kluang. Mohon mereka dijauhkan dari penyakit ini.
“Baru semalam disahkan positif Covid-19. Saya tengah tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya teramat risaukan keadaan mak.
“Dengan keadaan mak umur sudah mencecah 80 tahun. Sekali lagi mohon tolong doakan kesembuhan mak dan adik saya. Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda berlipat kali ganda. Aamiin,” tulisnya.
Menerusi hantaran tersebut rakan artis dan melahirkan simpati dan mendoakan agar ibu dan keluarga Ramlah diberikan kesembuhan segera.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Ramlah Ram
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Insiden tertukar bayi di hospital selepas melahirkan cahayamata umpama mimpi ngeri bagi mak ayah. Meskipun jarang berlaku namun ia pernah terjadi. Akibat kecuaian pihak yang bertanggungjawab, ia mampu merubah untung nasib anak dan bayi tersebut.
Bagaikan kisah dalam drama sinetron, apabila seorang bayi daripada keluarga berada tertukar dengan keluarga miskin. Malah ia kisah benar yang berlaku baru-baru ini.
Seorang wanita di Arab Saudi menerima pampasan sekurang-kurangnya dua juta riyal (RM2.2 juta) dalam satu kes bayi tertukar di negara itu. Dia yang tidak sengaja ditukar dengan bayi lain selepas dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga miskin selama lebih tiga dekad.
Middle East Monitor melaporkan, wanita berusia 35 tahun itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya.
Menurut akhbar tempatan Al-Watan, ketika kejadian berkenaan, dia dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah.Bagaimanapun, seorang jururawat yang memandikan bayi yang baru dilahirkan secara tidak sengaja menyerahkannya kepada ibu yang salah.
Laporan itu menyatakan, wanita itu mula merasakan bahawa dia berbeza daripada keluarganya ketika proses kehidupannya dari masa kecil sehingga meningkat dewasa. Dia dapat merasakan perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup. Itu mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Wanita itu menjalani ujian berkenaan tidak lama selepas dia berkahwin dengan saudara dari keluarga bukan kandungnya dan melahirkan seorang anak lelaki.
Selepas mengetahui mempunyai hubungan dengan ayahnya, dia melakukan pencarian rekod hospital. Ia kemudian menunjukkan identiti sebenar saudara kandungnya. Bagaimanapun, ibu wanita itu sudah meninggal sebelum sempat mengetahui kebenaran mengenai pertukaran bayi itu atau berpeluang bertemu dengannya.
Sehubungan itu, sebuah mahkamah di Makkah memutuskan mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang harus ditanggung oleh kedua ibu bapa dan wanita itu. Ia kerana mereka kehilangan peluang untuk menikmati hubungan antara ibu bapa dan anak.
Wanita lain yang terbabit dalam pertukaran bayi itu juga diberikan pampasan 1.7 juta riyal (RM1.8 juta) oleh mahkamah di Jeddah.
Mingguan Wanita: Sungguh macam dalam drama sinetron. Siapa sangka, akibat tertukar semasa bayi, lebih 3 dekad membesar dengan bukan dengan keluarga sendiri. Meskipun diberikan pampasan, emosi pastinya terjejas seumur hidup dengan keadaan ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.