Datin Paduka Eina Azman mohon doa, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 26, menerusi entri di akaun Instagramnya mendedahkan sebelum ini dirinya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016.
Pembedahan biopsy merupakan satu prosedur pembedahan dengan mengampil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.
Eina Azman Mohon Doa
Malah Eina juga tampil berkongsi situasi kesihatannya yang terkini. Menurut isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini, dirinya baru tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan, semalam.
“Salam semua, alhamdulillah selepas lebih enam jam akhirnya saya bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej bertanyakan kenapa saya tidak berkongsi apa-apa berita di Instagram.
“Dan ramai yang ingin tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya akui kurang sihat.
“Saya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016. Dan sakit saya masih tidak hilang.
Ads
Sebelum Ini Masih Bengkak & Sakit
“Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.
“Saya berharap selepas pembedahan ini sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya,” mohon Eina seperti mana yang ditulis di akaun Instagramnya.
Geramnya. Sudahlah tidak bayar sewa selama enam bulan, penyewa dari neraka ini juga tinggalkan rumah dengan lautan sampah dan timbunan najis.
Sekurangnya jika tidak mampu membayar sewa sekalipun, janganlah tinggalkan rumah dalam keadaan yang amat kotor. Perkara ini amat menyusahkan tuan rumah.
Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.
Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan
Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah.
Malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.
Najis Dibuang Merata-rata
Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.
“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.
“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!
“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.
Mingguan Wanita : Harapnya penyewa ini mendapat pembalasan sewajarnya kerana tidak menghormati harta orang lain. Tuan rumah bukan sahaja sakit hati, malah terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membersihkan rumah yang ditinggalkan sebegitu rupa.
HijrahBetty Rahmad, pelakon dan penyanyi ini telah berkongsi kisah hijrahnya yang kini sudah lengkap bertudung sejak awal minggu ini.
Adik kepada aktres terkenal Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini seperti mana yang diluahkan menerusi Instagram Live menyatakan kini dia tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam.
Malah menurutnya lagi pemergian rakan artis Almarhumah Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon ini melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Malah Betty juga memohon doa agar dirinya menjadi lebih baik.
“Hidayah milik Allah.
“Terima kasih semua yang selalu mendoakan saya dan keluarga saya. Terima kasih Ustazah Nafisah, geng mengaji, @kelas_mengaji.personal Facebook group. Doakan saya jadi lebih baik InshaAllah.
“Saya doakan yang sedang mencari akan dapat rasa apa yang saya rasa. Aamiin,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagramnya.
Wanita yang kini sudah berinjak ke usia 40 tahun, turut menyatakan terdetik melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira, 2, sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
“Semuanya saya lakukan untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.
“Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” luahnya.
Kongsinya lagi, “Saya mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumah.
“Setiap pagi, saya akan membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hati melakukan perubahan.
“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama. Alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” tambahnya lagi.
Sambil mengelap air matanya, Betty turut menyatakan antara salah satu sebab pemergian Almarhumah Siti Sarah Raissuddin membukan dirinya berubah ke arah yang lebih baik.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.
“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada.
“Saya sayu bila memikirkan betapa sayangnya Allah kepada saya, ada saja rezeki yang dipermudahkan oleh yang Maha Esa,” ungkapnya, malah hijrah Betty turut mendapat sokongan dan doa dari kakak-kakaknya Erma Fatima dan Umie Aida.
Jangan ingat Datuk Azizulhasni Awang cuma handal di gelanggang velodrome semata. Ketika di dapur pun, Azizulhasni pandai masak. Bak kata isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, suaminya itu sangat pandai memasak.
Ketika berkongsi jawapan pertanyaan peminat di DM instagramnya, Athiah yang ketika ini sedang hamil anak ketiga memaklumkan akan hebatnya suami di dapur.
Dan disebabkan kelebihan yang ada itu, membuatkan Athiah tidak risau waktu berpantang nanti. Ini kerana, suaminya boleh memasak apa saja malah menjaganya dengan baik sepanjang berpantang.
Apa benda yang paling suka dengan Dato Azizul? (Soalan from DMs)
Selain seorang yang sangat displin. Suami saya sangat pandai memasak. Suruh je dia masak apa sekalipun dia boleh buat. Sebab tu saya tak berapa risau kalau dia yang jaga saya time pantang nanti. Roti canai dia memang terbaik ! Saya sendiri tak reti nak menebor . @azizulhasniawang
Sememangnya bahagia bila suami tidak kekok masuk dapur ini. Isteri pun jadi tenang saja bila di rumah. Sebab ada orang tersayang yang sudi membantu.
Bagaimana pun, ketika ini Athiah dan anak-anak belum lagi dapat bertemu dengan Azizulhasni. Malah, isteri ini tetap percaya dan redha dengan ketentuanNya.
Lagi-lagi melayari bahtera perkahwinan secara jarak jauh ini. Tentulah perlu kekal positif sentiasa. Agar terus cekal dan kuat.
Mana-mana pasangan yang berPJJ (perhubungan jarak jauh) boleh kutip pesanan yang dikongsikan Athiah ini.
Macam mana kekal positif bila keluarga dan suami jauh berbenua?
I recevied so many Dms asking me this. Benda pertama yang saya accept ialah “Redha”. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku. Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian. Ujian ini perlukan kesabaran.
Saya harus berusaha untuk mendekatiNya. Saya percaya walau dimana pun saya berada, Allah akan menjaga saya dan anak-anak. Mintalah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan.
Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya.
Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Mingguan Wanita :Sekali lagi tahniah buat Datuk Azizulhasni di atas kemenangan pingat perak untuk negara, dan bakal menerima kehadiran cahaya mata ketiga. Semoga dapat bertemu kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Ini kisah kematian Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yang telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib.