Ads

Amyza Aznan Tetap Berjuang Di Pentas, Suami Masih Dirawat Rapi Di HKL

Amyza Aznan

Amyza Aznan terus menunjukkan ketabahan apabila tetap meneruskan perjuangan di pentas Kilauan Emas Selebriti walaupun dirinya kurang sihat dan suami masih menerima rawatan rapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pelakon dan penyanyi berusia 50 tahun itu dilaporkan mengalami demam sejak minggu lalu. Namun, keadaan tersebut tidak menghalangnya daripada menjayakan persembahan minggu kedua Kilauan Emas Selebriti baru-baru ini.

Amyza Aznan tampil menghiburkan penonton menerusi lagu Bulan Ditutup Awan, nyanyian asal Rokiah Wanda.

Menurut Amyza Aznan, keadaan kesihatannya ketika ini ditangani dengan mengambil ubat.

Baca juga: Suami Amyza Aznan Masih Ditidurkan, Cuma Dah Kurangkan Extubate Sikit

Suami Amyza Aznan masih dirawat rapi

Amyza Aznan

Ads

Dalam masa sama, Amyza turut berdepan ujian apabila suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, kini menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum ini, suaminya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke HKL pada 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun, terdapat sedikit perkembangan positif apabila Khairil dilaporkan sudah membuka mata dan menunjukkan pergerakan pada tangan, walaupun masih memerlukan bantuan pernafasan dan pemantauan rapi.

Ads

Amyza berkata, urusan penjagaan suaminya kini dilakukan sepenuhnya oleh pihak hospital. Ahli keluarga pula perlu mematuhi waktu lawatan yang ditetapkan kerana keadaan pesakit masih dalam pemantauan.

Tetap teruskan komitmen

Di sebalik pelbagai ujian yang dilalui, Amyza terus berusaha memenuhi komitmennya dalam Kilauan Emas Selebriti.

Ketabahan beliau ini turut mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas beliau melalui tempoh sukar dalam kehidupan keluarga sejak beberapa bulan lalu.

Ads

Bagi Amyza, setiap perkembangan positif suaminya ketika ini menjadi satu harapan besar buat keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

Semoga Khairil Izhar terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan proses rawatan, manakala Amyza turut dikurniakan kesihatan serta ketabahan untuk menghadapi ujian yang sedang dilalui.

Perkembangan terkini yang dilaporkan menunjukkan suaminya masih berada di bawah pemantauan rapi, dengan doktor mengurangkan bantuan pernafasan secara berperingkat berdasarkan tindak balas fizikalnya.

Baca juga: Anak Amyza Aznan Berkongsi Situasi Terkini Kesihatan Bapa, “Ayah Masih Kritikal Tapi Stabil…”

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dr Sindhujah sebak lepaskan jawatan di KKM

Dr Sebak Lepaskan Jawatan Di KKM, Akui Banyak Momen Penting Bersama...

Dr Sindhujah sebak melepaskan jawatan sebagai Pegawai Perubatan di KKM selepas banyak momen penting bersama keluarga terlepas kerana tuntutan kerja.