Amyra kehilangan bayi dalam kandungan. Salam takziah diucapkan buat Amyra Rosli yang kehilangan bayi dalam kandungan. Kisah sedih itu dikongsi sendiri oleh pengacara dan pelakon yang juga isteri kepada Amar Baharin menerusi akaun Instagramnya.
Amyra memaklumkan kehamilan berkenaan adalah kehamilan kimia atau chemical pregnancy kerana ia hilang tanpa disedari.
Malah alat penguji menunjukkan keputusan positif sebelum bertukar negatif.
“Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy lepas tu awak pergi. Comel lah awak ni.
“Tidak ada rezeki.
Ads
“Tidak mengapalah, kita fokus rezeki yang ada sekarang dan shooting dahulu! Lets go,” kongsi Amyra,
Untuk makluman Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7, dan Aura Aryssa, 4. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Ads
Percaya Pada Qada & Qadar
Manakala Amar pula memberikan kata-kata semangat buat isteri tercinta.
“Allah sebaik baik perancang uNTUK perjalanan hidup dan mati hambaNya. Percaya pada Qada Qadar ketentuan Allah, insyaallah terjaga iman Mommy. Love u sayang, be strong Mommy!” luah Amar.
Kumpul harta untuk anak-anak! Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak lokek berbelanja ‘mewah’ dan menghadiahkan dua buah kondiminium sempena hari lahir dua anak mereka, Soffya dan Fahri sebagai persediaan masa depan mereka.
Menurut Wawa, kediaman berkenaan dibeli hasil daripada perniagaan yang diusahakan bersama suami tersayang. Selain meraikan sambutan hari lahir anak-anak, Wawa turut meraikan kelahiran ‘produk terbarunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor baru-baru ini.
“Kami memang sediakan rumah untuk setiap anak-anak. Selain rumah, kami juga membuat simpanan pendidikan dan kecemasan untuk mereka.
“Simpanan dibuat sejak mereka kecil. Contohnya kami membuat tabungan untuk anak sulung kami, dari kecil sampailah umurnya 11 tahun kami tak pernah gagal menyimpan.
“Sedar tak sedar duit simpanan mereka sudah banyak dan silap-silap apabila dewasa, mereka sudah bergelar jutawan,” kata Wawa.
Katanya, wang yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan serta kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa. Malah Wawa sering berkongsi tentang pentingnya menabung untuk masa depan . Wawa juga percaya merancang kewangan dan menabung sejak awal adalah langkah yang bijak untuk memastikan kesejahteraan dan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.
“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah.
“Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set. Sebanyak 100,000 unit diperuntukkan untuk kempen kali ini.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
Gadis dibunuh kenalan lelaki, suspek mengaku terdesak duit mahu tonton aksi Harimau Malaya di Vietnam. Seorang suspek yang terlibat dengan kehilangan seorang gadis Nurul Asikin Lan di Tabuan Jaya, Sarawak yang ditemui mereput dalam longkang membuat pengakuan membunuh mangsa kerana terdesak perlukan wang untuk menonton aksi Harimau Malaya di Vietnam.
Dalam kejadian menyayat hati, Nurul Asikin yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah pada 7 Disember lalu namun akhirnya hanya jasad mereputnya ditemui selepas hebahan orang hilang dilakukan ahli keluarganya seminggu selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, motif pembunuhan itu diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman, mengaku melakukan perbuatan itu.
Ujarnya, lelaki berusia 23 tahun itu mendedahkan terdesak memerlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu sekali gus menjadikan ia motif pembunuhan.
“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak Kemboja,” katanya.
Terdahulu ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Krismas 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini, Mancha berkata, beliau yakin polis kini hampir berjaya menyelesaikan kes berkenaan.
“Selepas polis berjaya menahannya dan melakukan siasatan, suspek membuat pengakuan memang dia yang membunuh mangsa dan berdasarkan bukti yang diperoleh, polis percaya kes itu hampir selesai.
“Malah suspek juga menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang sehingga membawa kepada penemuan mayat reput yang sudah reput baru-baru ini,” katanya.
Tangisan ibunya ketika diziarahi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri di kediaman mereka di Sarawak cukup meruntun hati ramai.
Saudara terdekat kepada arwah, Satila Layla turut berkongsi perasaan geramnya di atas berita pengakuan tertuduh yang membuat pengakuan membunuh kerana bermotifkan duit hanya kerana mahu menonton aksi Harimau Malaya di Vietnam.
Kuatnya seorang wanita! Fasha Sandha berkongsi tentang kekuatannya ketika mengharungi fasa perceraian bersama bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari 2016 melalui temubual eksklusif bersama Majalah NONA baru-baru ini.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia tetap meneruskan penggambaran seperti biasa pada hari yang sama perpisahannya bersama bekas suaminya itu. Dalam masa yang sama, Fasha turut meminta seluruh produksi drama tersebut untuk tidak meluahkan rasa simpati terhadap dirinya.
Hari saya bercerai, hari itu juga saya shooting drama dan saya tak minta cuti.
“Saya dah pesan kepada team produksi untuk tidak sesekali peluk saya dan buat seperti biasa sahaja.Macam hari yang normal. Jangan buat saya seperti saya mahukan simpati. Itulah kekuatan saya pada ketika itu,”ujarnya.
Malah aktres berusia 40 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan perceraian terutamanya wanita yang tidak mempunyai pekerjaan dan simpanan wang. Fasha menasihati rakan-rakannya untuk mempertahankan rumah tangga andai ia tidak memudaratkan mereka.
“Ada beberapa orang teman yang minta nombor telefon peguam saya untuk memfailkan perceraian. Saya kata kepada mereka, tak semua orang kuat untuk menjadi ibu tunggal.
Pemikiran saya sedikit berbeza, saya kata mereka tidak boleh menjadi ibu tunggal kerana mereka tidak bekerja dan tiada simpanan,”ujarnya dalam temubual tersebut.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9 tahun. Fasha kini bahagia bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz yang dinikahinya pada Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.