“Demi anak-anak saudara, saya ambil tanggungjawab ini,”-Kaka Azraff.
Penyanyi Kaka Azraff ternyata masih terkesan dengan pemergian mengejut kakaknya, Noor Afida Noor Azraff, 39, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman empat hari sebelum menjelangnya Ramadan tahun ini.
“Arwah kakak demam lebih daripada dua minggu dan jangkitan kuman telah sampai ke otak. Pemergiannya sangat mengejut.
“Jadi, sekarang saya bersama adik membuat keputusan membesarkan anak saudara bersama-sama kerana bapa mereka sibuk bekerja.
4 Anak Buah Masih Kecil
Tambah Kaka, apa yang membuatkan hatinya sayu adalah kakaknya meninggalkan empat orang anak yang masih kecil berusia antara 3 sehingga 14 tahun. Sebagai ibu saudara, Kaka sememangnya rapat dengan anak-anak saudaranya dan memberi sepenuh kasih sayang terhadap mereka yang merindui ibu mereka.
Ads
“Alhamdulillah, suami saya pun mengizinkan dan bersama-sama mahu membesarkan mereka. Anak arwah memang rapat dengan saya dan sudah anggap seperti anak sendiri,” Kaka Azraff.
Kehilangan ahli keluarga sememangnya memberi kesan yang mendalam terhadap Kaka apatah lagi emosinya masih belum stabil dengan pemergian ibu tersayang, Redida Aziz yang meninggal dunia pada 7 Mei tahun lalu akibat serangan jantung. Pemergian mengejut kakaknya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik pada 8 Mac lalu turut menambah duka di hatinya.
Dalam tempoh selang setahun, Kaka Azraff kehilangan kakak dan ibu tersayang
“Emosi saya masih belum stabil, bila bercakap tentang arwah kakak air mata saya laju keluar saya tidak boleh kawal. Itu antara sebab mengapa saya tidak aktif dalam media sosial sekarang ini. Saya bersyukur saya memiliki sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang sekeliling.
Bekerja Untuk Keluarga Yang Semakin Bertambah
Tambah Kaka lagi, dirinya kini bukan sahaja bekerja untuk keperluan diri dan keluarga kecilnya, malah rezeki turut dikongsi untuk anak-anak arwah kakaknya.
“Aturan Allah sangat cantik, sekarang apabila bergerak sendiri rezeki semakin banyak dan ada lebih banyak masa bersama keluarga,” luah Kaka.
“Sejujurnya saya hanya kuat kerana suami, anak-anak dan anak arwah kakak.
Ads
“Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk beraya supaya mereka juga ada kenangan,” kongsi Kaka dengan linangan air mata.
Bercerita mengenai karier seni, Kaka turut terlibat dalam program The Hardest Singing Show. Program berkenaan bakal menyaksikan Kaka akan berentap dengan lapan penyanyi popular tanah air iaitu Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
The Hardest Singing Show akan mula ditayangkan pada12 Mei, setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).
“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Mohon Rahsiakan Nama & Wajah
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
“Salam sayang dari kami bertiga.”
@fattzuralovelife
Rakan Artis Ucap Tahniah
Menerusi komen di entri tersebut juga ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Selamat menjalani tempoh berpantang kepada Fazura dan menempuhi hari baru sebagai seorang ibu.
Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz. Pergolakan rumahtangga pasangan sensasi Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof masih belum berakhir.
Terbaru Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap Syamsul Yusofdi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,.
Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz
Ibu kepada dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 itu jugaturut memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadap dirinya.
Seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian, Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir menerangkan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din telah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.
“Kedua-dua pihak tidak hadir hari ini kerana sudah menerima pengecualian dan kami juga sudah diberikan kebenaran.
“Jadi, kami sudah memfailkan pembelaan kepada tuntutan nusyuz dan dalam masa sama, kami juga sudah memasukkan tindakan balas.
“Jadi, mahkamah sudah memberi tarikh baharu untuk memasukkan pembelaan. Seperti Syamsul, Puteri Sarah juga alasannya berkenaan sikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
“Kami kena akui masing-masing ada pembelaan dan anak guam kami menafikan terhadap tuduhan dilemparkan oleh Syamsul terhadapnya,” ungkap Datuk Akberdin.
Syamsul Akan Meneliti Tuntutan Balas – Peguam Syamsul
Manakala Peguam Syarie yang mewakili Syamsul Azmi Mohd Rais juga turut mengesahkan perkara berkenaan.
“Syamsul akan meneliti tuntutan balas dan akan memasukkan jawapan serta pembelaan. Dan tarikh seterusnya adalah pada 14 Jun depan. Pada tarikh akan datang mereka perlu hadir.
“Dan untuk pengetahuan, sekiranya tiada penyelesaian global kes ini masih diteruskan,” kongsinya.
Azmi turut menerangkan Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.
“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan.
“Jadi, kami akan serahkan saman kepadanya dalam masa terdekat ini.
“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.
“Antaranya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” jelasnya.
Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan. Itulah antara perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang kini masih dipantau di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu juga dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.
Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan
Berkongsi perkembangan kesihatan Nad, pelakon, Ungku Ismail menyatakan doktor belum dapat mengenal pasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Ungki Ismail turut memberitahu Nad dipantau empat doktor dan diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan.
“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.
“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik.
“Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” katanya.
Ungku Aziz turut memaklumkan, doktor juga tidak pasti sama ada jangkitan berpunca daripada kencing tikus atau bakteria lain berikutan Nad tidak mempunyai gejala yang boleh dikaitkan.
“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha
Menerusi ruangan komen, pelakon Fasha Sandha juga menitipkan doa buat rakan seperjuangannya agar terus kuat berjuang demi anak-anak.
“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha
Difahamkan turut melawat ke hospital adalah Sharifah Amani, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz, Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Selain itu, bekas suami Nad, Faliq Amiruddin hadir bersama dua anak mereka, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...