Selalunya kalau kita nak lakukan sesuatu, ada amalkan doa tertentu yang dikhaskan. Contohnya, doa makan, menaiki kenderaan, doa tidur dan sebagainya. Doa supaya kita sentiasa dalam lindunganNya.
Namun, tanpa kita sedar, setiap doa itu tidak hanya khususkan pada apa yang ingin kita lakukan. Kita boleh saja baca bila-bila masa. Yang penting kita faham maksud, insya Allah akan makbul dengan izinNya.
Begitu juga dengan doa makan, jangan hadkan doa untuk makan saja. Mustajabnya sesuatu doa bika kita yakin dan faham maksudnya.
Inilah antara perkongsian daripada Sharifah Nurzehan tentang apa yang dikatakan doa makan bukan hanya sekadar doa makan.
Istighfar adalah permohonan ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang kita lakukan. Maka, ia perlu disertai dengan niat bertaubat yang ikhlas serta dilafazkan dengan penuh harapan supaya dosa tersebut dapat diampunkan Allah SWT.
Kita boleh mengucapkan istighfar seringkas ‘Astagfigrullah hal Azim‘. Manakala lafaz istighfar yang lebih sempurna adalah ‘Astagfirullah al-‘Aziim, al-lazi la ilaha illahu, al-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih’.
Bagaimanapun, ada lagi yang lebih sempurna dan afdal. Ia dinamakan ‘Sayyidul Istighfar’ iaitu mengucapkan;
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari)
Antara Kelebihan Mengamalkan ‘Saiyyidul Istighfar’
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( Riwayat Imam al-Bukhari )
Sangat besar manfaatnya ‘Saiyidul Istighfar’ ini apabila diamalkan dengan yakin setiap hari iaitu termasuk dalam penghuni syurga. Patutlah ia juga menjadi salah satu amalan buat selebriti popular Neelofa, 31 yang turut mengamalkannya terutama jika terjaga sebelum masuknya waktu Subuh.
Perkara ini dikongsikan oleh usahawan berjaya ini sendiri dalam [LIVE] Eksklusif bersama NEELOFA – Power Of DOA yang dikelolakan oleh Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad baru-baru ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita merebut manfaat yang dijanjikan dengan mengamalkan dengan yakin ‘Saiyyidul Istighfar’ ini setiap hari.
Ramai wanita yang kecewa bila ‘cuti’ atau datang haid dalam 10 malam terakhir Ramadan. Rasa rugi sangat kerana terbatas nak lakukan ibadah. Sebenarnya ada cara untuk wanita mengumpul pahala.
Mira Filzah berkongsi cara wanita ‘cuti’ mengumpul pahala menerusi Instagramnya. Semua perkongsian ini berdasarkan IG Live Ustazah Asni Mansor yang mengupas topik tentang wanita ‘cuti’ mengejar Lailatul Qadar. Sila hadam perkongsian ini.
1-Sebut Alhamdulillah Walaupun ‘Cuti’
Tak semua wanita ‘cuti’ setiap bulan. Ramai wanita yang tidak datang haid setiap bulan disebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, sebut Alhamdulillah meskipun haid datang pada 10 malam terakhir Ramadan atau ketika sedang menunaikan umrah dan sebagainya kerana ini adalah pemberian Allah dan Alhamdulillah kita sihat.
2-Pahala Diganda
Apa sahaja amalan yang kita lakukan pahala diganda 1000 bulan. Simple amalan contohnya hidangkan makanan untuk orang berbuka seperti suami, mak abah dan keluarga.
3-Bersedekah
Bersedekah sikit pun tak apa. Ikut kemampuan.
4-Berzikir
Isi masa dengan berzikir, banyak zikir yang boleh kita amalkan.
5-Doa
Doa paling hebat adalah minta ampun pada Allah. Doa lah, tadah tangan dan berdoa meskipun dalam Bahasa Melayu. Kalau Allah ampunkan kita maka tertunailah hajat kita di dunia dan akhirat.
6-Amalkan doa hari pertama datang haid. (rujuk gambar di bawah).
Doa hari pertama datang haid.
7-Kalimah Hebat
Berat lagi timbangan kalimah ini daripada timbangan bumi dan seluruh isinya.
Amalkan doa ini.
8-Empat bacaan hebat, zikir dan doa yang perlu diamalkan dan dibaca ketika 10 malam terakhir. ( Rujuk gambar di bawah).
Amalkan pada 10 malam terakhir Ramadan.
9-Doa ‘BORONG’ Ustazah Asni Mansor kata. Doa seperti di bawah yang bermaksud, “Ya Allah, berikan lah kepada kami kebaikan di dunia, berikan lah pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka”.
Malaysia sedang memasuki fasa kedua PKP. Bagi mereka yang mata pencarian utamanya melalui cara berniaga, pasti sedikit sebanyak terasa kesempitannya. Tak kiralah Mak Kiah yang jual goreng pisang di simpang PPRT, Uncle Muthu jual roti sambil naik motosikal pusing satu pekan Tampin, Daniel Lim buka kedai handphone dan jual prepaid…semua pasti bimbang memikirkan macam mana nak meneruskan hidup, kerana pendapatan utama mereka samar-samar nampaknya.
Ketahuilah sekalipun anda usahawan berskala kecik-kecilan mahupun besar-besaran, masing-masing ada skala ujiannya. Kisah kurma busuk Abdul Rahman bin Auf ini mungkin boleh dijadikan iktibar. Jangan terlalu dibimbangkan hal kerugian, kerana dalam kerugian itu kita mungkin lupa ada rezeki lain yang Allah S.W.T kirimkan. Ingatlah La Tahzan, yang mana maksudnya, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah S.W.T bersama kita.
—————————————————————————————————-
Kisah Abdul Rahman bin Auf r.a seorang saudagar kurma kaya raya di zaman Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bahawa orang terpaling akhir yang akan memasuki syurga Allah nanti, adalah manusia bernama Abdul Rahman bin Auf r.a. Kerana kekayaannya membuatkan dia dihisab paling lama.
Sebaik mendengar sendiri khabar mengenai nasib dirinya nanti dan disampaikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W, Abdul Rahman bin Auf r.a mula memikirkan cara apa yang boleh dilakukannya, bagi memastikan dia masuk syurga lebih awal daripada sepatutnya. Beliau ingin menjadi miskin seperti sebelumnya supaya dia tidak perlu menunggu lama, memandangkan kalau hidupnya masih kaya sampai bila-bila, dia perlu dihisab bersama harta-harta kekayaan yang mengambil masa.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan para sahabat menjadi busuk. Harganya jatuh teruk. Abdul Rahman bin Auf r.a nekad menjual semua harta bendanya dan membeli kesemua kurma busuk itu dengan harga yang baik. Tindakan beliau itu membuatkan para sahabat yang bimbang rugi teruk, kembali tersenyum lega. Kesemuanya memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki dalam waktu mereka rasa mereka bakal berdepan kerugian teruk. Sebaliknya Abdul Rahman bin Auf r.a pun turut tersenyum gembira, kerana misinya untuk masuk syurga dulu bakal terlaksana.
Maka pulanglah Abdul Rahman bin Auf r.a dengan kurma busuknya itu dengan hati berbunga riang. Terbayang-bayang indahnya syurga seperti mana yang disampaikan Rasulullah S.A.W. Namun benarlah, Allah itu sebaik-baik perancang. Dalam kita berfikir nak diapakan buah kurma busuk yang banyak itu, Allah hantarkan satu utusan dari Yemen yang membawa khabaran, Raja Yemen mencari kurma busuk dalam kuantiti yang banyak dan segera.
Rupanya di Yemen, rakyat di negara itu sedang dilanda wabak penyakit yang rancak menular. Ajaibnya, ubat yang boleh menyembuhkan wabak ini adalah dengan makan kurma busuk! Hanya Abdul Rahman bin Auf r.a sahaja satu-satunya peniaga yang mempunyai banyak kurma busuk. Subhanallah dan dengan izinNya, ke semua kurma busuk itu habis diborong oleh Raja Yemen itu dengan bayaran 10 kali ganda daripada harga kurma biasa.
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).
Ya Allah, ketika MW menaip artikel ini kembali rasa kerdilnya diri ini. Dengan keadaan semasa yang ramai peniaga bimbangkan menanggung kerugian besar. Allah dorong MW untuk temui kisah penuh inspirasi daripada kurma busuk Abdul Rahman bin Auf r.a.
Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhlukNya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhlukNya. hal itu dijealskan Allah SWT menerusi firmanNya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikendakiNya dengan tidak dikira.: (Surah Ali ‘Imran, ayat 37. )
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
Ibrah daripada kisah kurma busuk ini boleh kita perhalusi sebaiknya. Bacalah umpama mata lebah yang melihat madu, jangan pula jadi mata lalat yang hanya menilai dari sudut busuk dan buruk. Di dalam situasi sekarang, keberserahan kepada Allah adalah sebai-baiknya. Yakinlah dalam kita runsing mengenangkan sales waktu-waktu getir sebegini, mungkin Allah nak kirimkan rezeki lain dalam kita tak sedar.
Kadang-kadang kita mengeluh dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang juga kita berputus asa dengan apa yang telah kita lakukan. Segala yang dirancang tak semuanya menjadi. Jadi di mana silapnya.
Yakinlah setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia dan tidak sesekali menzalimi hambaNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dialah yang mencipta kira. Didiklah hati untuk selalu bersangka baik dengan ketetapanNya, kerana sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.