‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian 5 Tahun Lalu

Enam tahun lalu tragedi MH370 meninggalkan ingatan sedih untuk rakyat Malaysia. Tarikh ini, 8 Mac 2014 pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar.

Seorang isteri yang sedang sarat mengandung, Intan Maizura Othaman menanti pengesahan berita penuh debar. Kerana hidup mati suaminya, Mohd Hazrin Hasnan (Rain), pramugara MAS yang ada dalam pesawat itu dipertaruhkan.

Bila disahkan pesawat itu benar-benar hilang. Sukar untuknya terima hakikat. Suami yang elok sihat, hilang tiba-tiba. Intan yang hamil ketika itu melalui emosi kesakitan yang berat.

Doa orang ramai buatnya kuat, “Intan kuat! Ya, itu yang selalunya statement orang akan cakap bila jumpa dengan Intan.”

Alhamdulillah, makin ramai yang cakap, makin kuatlah Intan tu.. Doa yang baik-baik sure akan jadi punya.”

Alhamdulillah, syukur.. terima kasih.” luahnya.

Saya pernah mimpi Rain yang menyuruh saya redha dan move on. Kerana dia memang telah ditakdirkan untuk pergi selamanya.” Itulah titik tolak Intan bangkit dari kesakitan. Sehingga hari ini, semangatnya kian kuat.

 

‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian Lalu

Menangis Tak Henti, Hingga Mata Putih Jadi Merah

Lima tahun lalu, ini yang Intan lalui. “Ya, Intan menangis tapi sekarang dah jarang sangat-sangat. Penat dah nak menangis pun. Buat apa menangis selalu. Tak elok juga.”

Intan berkongsi gambar dirinya 5 tahun dulu pada 8 March 2014. Gambar yang dirakam oleh anak sulungnya, Iman. “Terbukti betapa kembangnya dan merahnya hidung Intan dek kerana menangis tak henti-henti satu hari tu.”

Itulah kali pertama dalam hidup Intan menangis hingga mata putih jadi merah. Urat-urat pun stress agaknya.”

Makan? Intan makan jugak tapi tak teringat pun mengunyah nasi. Tapi Intan ingat Intan telan nasi. Iyalah, tak makan kang diri tengah sarat kan. Anak pulak tak dapat zat. Seriously, memang tak rasa lapar langsung.”

Penangan dek kerana sedih dan tidak ketahuan nak buat apa.”

Masa ini mengandung 7 bulan, tapi otak pun tak center. Bila orang tanya, Intan cakap 5 bulan. Walhal dua bulan lagi nak beranak.”

IKLAN

 

‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian Lalu

Allah Nak Saya Kembali PadaNya – Intan Maizura Othaman

Esok harinya baru emosi dan kekuatan slowly bertambah. Berkat kesedaran yang bahawa semuanya Allah dah tentukan. Semuanya pinjaman semata-mata.

Orang cakap ujian itu rahmat. Tapi mana rahmatNya? “Saya memang tak nampak pun rahmatNya awal-awal tu. Iyalah diri ini jahil.. bodoh dan sombong kerana tak nak cari ilmu.”

Ujian dan musibah datang kerana kita LALAI! Allah nak kita kembali padaNya.”

Lama kelamaan, satu demi satu rahmat yang terbentang depan mata. Dan terus membuatkan diri ini sedar dan percaya rahmat itu lebih luas sebenarnya.”

Ujian Allah berikan, datang jugak jalan penyelesaiannya. Macam mana nak nampak semua tu? Pertamanya kena redha, tawakal, ikhtiar dan sabar.”

Akhirnya PERCAYA dengan kuasa Yang Maha Esa. Jangan bersangka buruk dengan Allah.. remember that!”

 

‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian Lalu

IKLAN

Muhammad Kenal Papa Dia..

Anak kedua Intan, Muhammad semakin bijak berceloteh. Muhammad inilah dulunya, bayi yang dikandungkan Intan semasa hilangnya pesawat MH370.

Terbaru dalam laman instagram, Intan berkongsi video Muhammad yang mengundang sebak di hati.

Muhammad kenal papa dia.. tahu yang papa dia sudah tiada. Tapi perkara sebenar yang berlaku dia masih belum boleh untuk fahami.” Kata Intan ketika dihubungi MW.

Dalam video itu, Muhammad maklumkan ayahnya berada di kubur iaitu di Shah Alam.

Dan di penghujung video, surah Al Fatihah disedekahkan oleh Muhammad untuk arwah ayah yang pergi meninggalkannya ketika anak ini masih dalam kandungan ibunya.

 

‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian Lalu

Ini Yang Buat Intan Move On, Tak Toleh Lagi Ke Belakang

1. Saya selalu ingatkan diri yang semua ini adalah ujian Allah. Hanya redha sahaja boleh membuatkan Intan kuat.

2. Percaya Qado dan Qadar

IKLAN

3. Jangan tinggalkan solat

4. Think positive

5. Intan sertai aktiviti hiking. Seorang rakan ajak Intan join aktiviti ini atas tiket untuk intan boleh release stress. Akhirnya memang jatuh cinta. Kerana dengan hiking ni secara tak langsung kita dapat saksikan kebesaran Allah dan juga dapat membuatkan mental dan fizikal kita kuat.

6. Intan terus memperbaiki diri, mahu berjaya membesarkan, menyekolahkan dan menjadikan anak-anak, Iman dan Muhammad.. anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

 

‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya Move On’ Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian Lalu

Bawa Anak-anak Hiking Bersama

Hiking kini bak dunia Intan. Kecintaannya terlalu kuat untuk aktiviti yang satu ini. Selalunya, Intan akan plan jadual hiking refer pada jadual anak-anak sekolah.

Pertamanya, Intan akan tengok gunung-gunung mana yang belum pernah Intan pergi. Kemudian, kena pastikan tarikhnya sesuai dan akan liase dengan mak untuk take over duty Intan menjaga anak-anak.

Kerana hiking ini paling pendek ialah 2 hari 1 malam. Ada yang membawa kepada 2 ke 3 minggu. Untuk marathon dan trail run lebih mudah kerana tak makan masa panjang.

Yang selalunya berlangsung hujung minggu sahaja.

Banyak kali juga, Intan bawa anak-anak hiking bersamanya.

Sempena Hari Wanita, Intan meraikan para wanita dengan ucapan,
Wanita oh wanita, happy wanita day to each and everyone of you..
Keep your head up and walk and move forward! Take the negative and turn it into positive! Never underestimate the power and strength that you have!! Salute!!”

MW : Bukan saja Intan, ramai di kalangan waris mangsa MH370 mahukan jawapan di atas kehilangan pesawat MAS. Semoga suatu hari nanti misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dibongkar.

Sumber/Foto : Intan Maizurah Othaman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI