Mata merupakan antara daya penarik bagi seseorang individu. Memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian ramai orang, terutamanya kaum wanita. Penjagaan mata yang sihat sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup.

Jangan mempermudahkan penjagaan mata atas alasan ingin menjimatkan kos belanja bulanan. Kos penjagaan mata adalah berkali kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan kos rawatan. Bagi menjaga kesihatan mata adalah sangat penting menjaga pemakanan.

Makanan sihat bermaksud mengutamakan amalan pengambilan makanan berzat tinggi seperti buahan, sayuran, bijirin, susu, daging, ikan, kekacang dan telur. Bagaimanapun, semua makanan berkenaan perlu dipastikan bebas daripada sebarang jenis partikel plastik, bahan kimia serta mengandungi tahap lemak, kolesterol, garam serta gula yang rendah.

Penyelidikan oleh Institut Kajian Mata Kebangsaan Berkaitan Usia di Amerika Syarikat mendapati pengambilan makanan yang menggabungkan unsur antioksidan berserta vitamin A, C dan E dan mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata.

Antara makanan berkenaan yang patut diambil untuk menjaga dan merawat mata ialah ikan salmon, bunga kubis, bayam, salad, buah teen, tomato, telur, kismis, bawang putih, avokado, lobak merah, delima dan biji bunga matahari.

Sesetengah orang mengamalkan pengambilan vitamin dan makanan tambahan untuk masalah rabun mata. Secara dasarnya, adalah lebih baik dan selamat jika anda dapatkan nasihat dari doktor mata terlebih dahulu.

Ramai Berhabis Wang Ringgit, Demi Dapatkan Mata Yang Sihat

Ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai mendapatkan mata yang sihat dan bersinar. Namun begitu sebenarnya untuk memiliki mata menawan dan cantik terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi.

Antara amalan yang boleh diikuti ialah dengan tidur secukupnya. Sekurang-kurangnya seseorang individu itu perlu tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata.

Selain itu dengan amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.

IKLAN

Bersihkan Mata Daripada Solekan

Anda juga perlu bersihkan mata daripada solekan. Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.

Amalkan juga makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata. Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega. Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.

Lindungi Mata Dari Sinaran Matahari

Lindungilah mata dari sinaran matahari. Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata. Cermin mata hitam yang baik dan berkualiti bukan sahaja mampu menghalang silau, tetapi berupaya untuk menyerap cahaya UV. Seeloknya elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus mendedahkan mata pada pancaran sinar UV.

Bersenam perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan badan dan mata khususnya. Senaman ringan untuk mata dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ini amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer. Senaman lain yang boleh diamalkan ialah menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.

Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH KKM

Bukan Hanya Untuk Kuruskan Badan, Ini 7 Sebab Kenapa Wanita Kena Minum Teh Hijau Setiap Hari!

AIR SUAM & TEH HIJAU

*Air Suam

Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak dari merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mencederakan urat mata. Setelah itu, perah kain tersebut dan letakkan di bahagian mata. Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata. Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasa kesegarannya.

 *Teh Hijau

Ramai yang tidak tahu akan khasiat teh hijau. Teh hijau mempunyai seribu satu khasiat yang mampu membuat anda seakan tidak percaya tentang fakta teh hijau ini. Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, anda patut cuba kaedah ini:

Caranya mudah iaidu dengan rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkannya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama kelamaan akan hilang sepenuhnya.

RAWAT DIRI DENGAN BAHAN ALAMI 

TIMUN

Bahan-bahan:

Timun dihiris

Langkah-langkah:

1.Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk.

2.Kemudian, hiris timun dengan sederhana nipis.

3.Pejamkan mata dan letakkan timun yang dihiris tersebut ke atas kelopak mata dengan posisi baring.

4.Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegarannya serta sembap di bawah mata akan turut berkurangan.

Timun Letak Dalam Peti Ais, Tempek Kat Muka MUJARAB Hilangkan Blackhead