
Pengacara dan pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin memanfaatkan waktu duduk rumah dengan menghabiskan bacaan Al-Quran. Dan hari ini dia berkongsi rasa bahagia, apabila berjaya khatam Al-Quran di musim PKP ini.
Kongsinya di instagram miliknya, yang merakam gambar berdua dengan suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Tulisnya,
“Alhamdulillah, I got a chance to Khatam Quran untuk ‘musim PKP’ sesambil WFH (Work From Home). Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan ni.”
“Aaaa, macam tak percaya lusa dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good & wealth.”
Doa Ini Tak Pernah Lekang Dari Kami – Siti Elizad
Siti Elizad dan suami sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata. Malah, pengacara ini juga sudah pun menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, setiap masa doanya agar Allah memberikan rezeki anak tak pernah putus dari bibirnya. Malah doa inilah yang selalu dibaca oleh mereka berdua.
“Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa.”
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
“Selain doa-doa yang lain, inilah doa yang tak pernah lekang dari kami berdua.”

Harapannya sentiasa ada agar Allah memberikannya anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
Baca sini : Doakan saya dapat zuriat – Siti Elizad jalani prosedur IVF
MW : Mendoakan agar Allah memakbulkan doa Siti Elizad dan suami dan direzekikan mereka berdua dengan kurniaan cahaya mata. Amin.
Sumber/Foto : Siti Elizad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Benarlah Segala Kekuatan Seorang Wanita Ada Pada Tun Dr Hasmah “Tidak Mudah Melatah, Classy, Semangat Luar Biasa”

Isi Kandungan
ToggleBenarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi facebooknya tentang keperibadian Tun Hasmah Mohd iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Mahathir Mohamad.
Benarlah Segala Kekuatan Seorang Wanita Ada Pada Tun Dr Hasmah
Sebagai seorang wanita Dzuariasikim berasa sangat gembira dan terpegun tatkala bertemu sosok tubuh yang sangat dikagumi. Akuinya segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr Hasmah. Walau sudah berusia namun jiwa dan semangat Tun sangat luar biasa.
“Biarpun sudah pernah beberapa kali bertemu dan bergambar dengan Tun Hasmah sebelumnya, namun moment ini adalah sangat mahal buat saya kerana ianya diambil sebaik sahaja selesai majlis solat hajat tertutup pada tahun 2020.
“Momen kali ini sungguh istimewa, memberikan saya ruang privasi yang tidak mudah untuk diperolehi. Selalunya ramai akan bersesak untuk mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengan Tun Hasmah. Tetapi kali ini tidak. Hanya ada saya, beberapa pegawai dan termasuk pembantu peribadi.
“Semuanya adalah dengan izin Allah. Ketika saya sangat berhajat untuk berjumpa dengan Tun Siti, Allah hadirkan seseorang yang telah mempermudahkan hajat saya. Kekanda Melati Hassan Basree telah memanjangkan jemputan untuk saya hadir ke majlis ini. Begitulah luar biasanya Allah memberi. Manusia yang dihadirkanNya adalah perantara rezeki.
“Sewaktu saya mendekati Tun Hasmah, saya duduk di hadapannya. Saya bersalam hormat. Ketika memegang jari jemari Tun Hasmah, beliau menggengam erat tangan saya dan pada detik itu terasa benar segala kekuatan seorang wanita ada padanya. Biarpun sudah berusia, jiwa dan semangatnya masih luar biasa terasa kuat,” luah Dzuriasikim.
Baca Disini: Wanita Ini.. Tun Dr Siti Hasmah Akan Sentiasa Menjadi Ibu, Ratu Di Hati Kita
Tak Dapat Menahan Sebak
Kongsi Dzuriasikim lagi, Tun Dr Hasmah telah menjadi wanita pertama dalam banyak peristiwa sejak Malaysia masih bergelar Malaya lagi.
“Saya tidak dapat menahan sebak, ianya bagaikan telepathy. Bibir saya tidak dapat berkata, walaupun saya sebenarnya berhasrat untuk menyampaikan kata.
“Yang keluar hanya airmata. Lalu kami sama-sama menangis. Saling berpelukan erat. Bagaikan pelukan seorang anak dan ibu. Saya masih belum dapat bercakap sepatah pun. Saya sangat mengagumi Tun Hasmah. Dan saya mahu sampaikan itu. Namun semua ayat yang saya susun untuk diucapkan tidak terkeluar dari bibir.
“Live is so short… Sabar, banyakkan bersabar. Doa banyak-banyak…” bisik Tun Hasmah kepada saya dengan nada yang lembut sambil menggosok belakang saya berkali-kali.
“Jujurnya, berat benar untuk melepaskan pelukan dari seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan itu. Saya rindu pelukan yang penuh dengan kasih sayang keibuan begitu. Bagaikan mengerti… Tun Hasmah tidak melepaskan saya dengan segera.
“Please take care. Please stay strong. We are all with you…sabar… ” akhirnya saya dapat membuang rasa “batu besar” yang rasa seperti menyekat peti suara saya. Saya berbisik kepada Tun Hasma. Kerana waktu itu menghampiri pilihanraya. Terlalu banyak berita berleluasa.
Akan Ingat Momen Ini Sampai Bila-Bila
“Saya tidak suka dan tidak pernah menulis perihal politik di media sosial. Saya hanya ingin kongsikan bahawa adalah tidak mudah untuk Tun Hasmah. Dia bukanlah wanita calang-calang. Pada usianya yang begitu lanjut, beliau masih mampu berucap, tersenyum dan berjenaka dengan bijaksana. Tutur katanya tersusun, penuh budi bahasa dan lontaran suaranya sangat lembut. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir bila berkata-kata. Beliau adalah wanita besi yang sentiasa kelihatan tenang, tidak mudah melatah, sangat “classy” bagi saya. Tun Hasmah juga seboleh mungkin sentiasa berada di samping suami tercinta.
“Tidak semua wanita mampu menjadi seperti beliau. Tidak semua wanita sekuat dia… Menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri bukanlah mudah. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang pernah dilaluinya.
Tun Mahathir pernah menulis…
“Hasmah telah menjadi isteri saya selama lima puluh tujuh tahun. Saya tidak tahu samada ini boleh menjadi contoh kepada sesiapa. Hakikatnya di zaman ini tidak banyak isteri yang boleh bertahan terhadap kelakuan dan cara hidup suami. Nampaknya Hasmah mampu sabar demi kebahagiaan keluarga. ”
“Biar apa sahaja nista yang dilemparkan kepada beliau, hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi seorang yang bernama Tun Dr Hasmah.
“Semoga Allah memberikan kesihatan, ketenangan, kekuatan serta rahmat yang berpanjangan kepada Tun Dr Hasmah. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Dzuriasikim.
Nota : (Foto ini telah saya sunting gambarnya bagi menutup bahagian kepala) – Dzuriasikim.
Baca Disini : Rupa-Rupanya Tun Siti Hasmah Hanya Boleh Masak Jika Guna Batu Giling!

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hasrat Tunai Umrah Tak Kesampaian”, Pasangan Warga Emas Maut Kenderaan Terjunam Masuk Gaung!

Isi Kandungan
ToggleSesungguhnya ajal maut ketentuan tuhan. Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.Sepasang suami isteri warga emas yang bakal meraikan ulang tahun hari kelahiran dalam bulan sama pada Julai dan dijadual menunaikan umrah pada Oktober depan, maut dalam kemalangan di Kilometer 192.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), semalam.
Terjunam Ke Dalam Gaung
Mangsa, Abd Talib Akob, 73, serta isteri, Fuziah Mohd Marzuki, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Mitsubishi Triton dipandu anak mereka, Muhamad Taufik Abd Talib, 34, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke gaung.
Insiden yang berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5.10 petang itu turut menyebabkan Muhamad Taufik parah di bahagian kepala, manakala isterinya, Noor Syafiyana Ahmad Sobri, 32, yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan pula cedera ringan.
Anak ketiga arwah, Muhamed Tarfizam Abd Talib, 40, berkata mereka lima beradik bersama pasangan masing-masing sudahpun merancang untuk mengadakan kejutan majlis sambutan ulang tahun hari kelahiran ibu bapa mereka di sebuah hotel di Kuantan, bulan depan.
“Kami akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara, Julai depan.
“Justeru, kami berpakat mahu bermalam di hotel dan membuat kejutan untuk ayah dan emak dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi kerana tarikh lahir mereka jatuh pada bulan sama, iaitu ayah pada 3 Julai, manakala emak 18 Julai.
“Ayah dan emak juga dijadual menunaikan umrah pada 10 hingga 17 Oktober depan. Namun, semua hasrat itu tidak kesampaian,” katanya sambil memaklumkan pasangan itu ke Kuantan untuk mengikuti kursus umrah serta membuat pasport.
Muhamed Tarfizam yang bertugas di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, berkata mereka mendapat maklumat daripada isteri Muhamad Taufik mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tercampak Keluar
Beliau berkata, mereka dimaklumkan bahawa ketika Mitsubishi Triton itu terbabas, Abd Talib dan Fuziah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar.
“Ayah adalah seorang pesara polis. Arwah adalah seorang yang periang dan tidak pernah menyusahkan anak. Malah jika hari hujan, arwah tetap pergi ke surau dengan menunggang motosikal walaupun anak hendak menghantarnya,” katanya.
Kenderaan Hilang Kawalan
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata kemalangan berkenaan hanya membabitkan Mitsubishi Triton itu.
“Kenderaan dipandu dari arah Kuantan menghala ke Jerantut itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit remuk keseluruhannya. Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati jalan adalah lurus dan mempunyai dua lorong sehala, namun cuaca hujan lebat ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:Baru 4 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan!

Mesti Baca:Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan maut ini. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian. Alfatihah.
Sumber: Bharian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurang Minum Air Punca Pelakon Mia Sara Masuk Hospital, Kena Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing!

Isi Kandungan
ToggleRisaunya bila kesihatan mula terganggu sehingga mengakibatkan sampai masuk hospital.Terbaru, pelakon Mia Sara Nasuha, 13, yang dikenali bakat lakonanannya sejak dari kecil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Buah Pinggang Bengkak
Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.
“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.
“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.
Kurang Minum Air
Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.
Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi ramai dan tanda tanya gambar-gambar yang dimuat naik di dalam instagram pelakon ini.

Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga pelakon cilik berbakat besar ini cepat sembuh dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.
Sumber: bharian & Instagram Mia Sara Nasuha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI