“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” Fizo Omar kini ayah kepada dua puteri. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri yang telah dikurniakan anak perempuan.
“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” begitulah ucapan daripada wargant menerusi akaun ctfatrh.
“Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng”
Kelahiran anak sulong pasangan itu menjadikan Fizo bergelar ayah kepada dua orang puteri, puteri pertama, Wan Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu dan sudah berusia 5 tahun.
Untuk rekod sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Fizo kemudian bertemu jodoh dengan Fazeera dan berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Terbaru Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.
“Alhamdulillah. Satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh Allah SWT.
Ads
“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
“Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” ungkapnya.
Terima Kasih Doa Semua
Fizo juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.
“Terima kasih juga atas doa semua untuk isteri dan bayi saya,” ujarnya.
“Assalamualaikum, Baby Girl’ Warganet
Menerusi ruangan komen warganet memberikan ucapan tahniah buat Fizo dan isterinya.
Doktor Falsafah ini, Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid berkongsi pengalaman mengambil semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tahun 2022 (SPM 2021). Ada sebab mengapa beliau ulang SPM Bahasa Inggeris ini.
Dahulu, semasa zaman belajar tingkatan lima, beliau akui pernah melakukan kesilapan bodoh. Sehingga pernah dibuang asrama lalu duduk rumah sewa.
Malah, keputusan peperiksaan SPM nya juga tidak dipaparkan dalam sijil kerana kegagalan satu subjek. Seiring dengan kematangan usia, beliau tekad ‘upgrade’ diri. Dan ketika memegang gelaran doktor falsafah, beliau beranikan diri mengulang kertas Bahasa Inggeris untuk SPM 2021.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk anak-anak yang lainnya.
Learn From Your Mistakes (Belajar Daripada Kesilapan)
1. Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
2. Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini.
Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 .
Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
3. Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang.
Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM.
Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil.
Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai.
Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
4. Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022.
Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking.
Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
5. Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan.
Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
6. Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).
IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia.
Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned.
Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
7. Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama.
Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah (UTM).
Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr. Semoga kejayaan Dr menyuntik inspirasi kepada yang lainnya. Tidak menjadikan usia sebagai penghalang kejayaan. Sungguh untuk ulang SPM Bahasa Inggeris selepas menggenggam kejayaan yang tinggi bukannya mudah, namun Dr telah buktikan ianya tidak mustahil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Kami akan terus memelihara, manjakan kucing-kucing kesayangan Adibah” begitulah ungkapan yang diluahkan oleh pemilik akaun Facebook Keter Antik yang juga pembantu peribadi Allahyarham Adibah Noor yang dikenali sebagai Todd.
Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.
Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.
“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap haiwan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)ad SAW yang sangat disayangi.
Semasa hayatnya Allahyarham telah menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk-makhluk ciptaan Ilahi yang lain. Kucing-kucing milik Allahyarham Adibah tidak akan terbiar dan akan dijaga oleh Todd dan keluarga penyanyi itu.
“Bismillahhirahmonirohim
“Assalamualaikum wrb.
“Bagi pihak keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah Adibah Noor, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian kasih sayang serta doa yang telah kalian hulurkan di kala kami amat berduka dengan pemergian beliau, insan yang terlalu kami kasihi.
“Semoga kecekalan, semangat juang dan sifat pemurah yang beliau tunjukan ketika hayatnya akan terus dikenang serta menjadi tauladan dan amalan hidup kita jua.
“Meskipun masa mungkin mengubat duka, namun masa tidak akan mungkin memudarkan cinta dan kerinduan kami terhadapnya.
“Bukan hanya sesama manusia, Diba juga sentiasa menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk makhluk ciptaan Ilahi yang lain.
“Justeru, kami jua akan terus memelihara dan memanjakan kesemua kucing kucing kesayangannya, seperti mana yang telah beliau lakukan selama ini.
“Barangkali, di situ jualah sedikit sebanyak penawar rindu kami. Al – Fatihah,” luah Todd.
Menerusi satu ciapan di Twitter Adibah, turut dikongsikan pesanan kepada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu.
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA (pembantu peribadi) Adibah Noor dan keluarga arwah.
“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing itu,” tulisnya.
Ibu ini, Nana Zaim bekalkan makanan kegemaran anaknya setiap hari. Dari mula masuk tadika sampailah anak masuk darjah satu.
Anak sulungnya alami speech delay dan pernah juga diberikan duit belanja sekolah. Sayangnya, duit yang ibu bekalkan hilang.
Sebagai solusi, ibu ini perlu sediakan bekal makanan anak tanpa gagal. Waktu di tadika, bermacam menu ibu sediakan dan bertukar-tukar setiap hari.
Bila masuk darjah 1 anak mula minta bawa roti saja malah senang untuk dimakan. Ada juga buah-buahan untuknya.
Bagus ibunya kerana setiap hari sediakan bekal. Lagi-lagi anak yang memilih makanan ini, hanya ibu yang berdepan situasi sebegini faham akan ke’struggle’annya.
Kongsinya,
“Anak sulung saya darjah 1 tahun ni. Memang dari tadika dah dibekalkan dengan makanan dari rumah walau pun di tadika memang dah sediakan makanan.
Nampak banyak, tapi selalunya yang biskut belum buka tu akan bawak balik ke rumah. Awal-awal dulu saya silap, buka siap-siap dan bila balik dah lemau. Jadi nya, lesson learn. Kite jangan buka
Dah pesan dengan anak, kalau nak makan, guna gunting je. Alhamdulillah, anak pandai guna gunting.
Anak saya speech delay. Alhamdulillah sekarang dah banyak improvement cuma masih belum berapa lancar nak bercakap.
Sebelum pergi sekolah dah siap-siap sarapan di rumah. Pernah bekalkan duit belanja, tapi duitnya hilang. Nak bagitau ke mana duit nya, masih belum pandai. Jadinya saya ambil inisiatif untuk tidak bekalkan duit belanja bagi mengurangkan kontroversi.
Sebab tak nak susahkan cikgu nak kena siasat pula nanti.
Makan pun agak memilih. Jadi, mama agak risau keadaan dia dekat sekolah. Makanya, mama bekalkan makanan setiap hari tanpa gagal.
Awal-awal sekolah dulu, memang bekalkan macam-macam menu dan bertukar setiap hari. Tapi bila dah masuk bulan ke 3 sekolah, anak request nak bawak roti je pergi sekolah sebab senang nak makan dan tangan tak kotor.
Hari-hari menu roti cuma buahan-buahan dan side dish je bertukar.
Seronok bila balik sekolah anak akan cakap ”mama, harini roti mickey mouse, yad suka. Mickey cute.”
Gigih lah setiap hari mama bekalkan roti dengan pelbagai bentuk.
Perkongsian ibu ini sudahpun viral sebenarnya. Dan kongsinya, acuan dan pencucuk buah dalam gambar yang dikongsikan namanya FRUIT PICKER & BREAD CUTTER ATAU BENTO.
Ini kisah lucu pelakon wanita, Ramona Zamzam mengenai rumah tangganya selama berkongsi hidup dengan suaminya yang berasal dari Timur Tengah sepanjang 11 tahun perkahwinan.