Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan di buka. Rata-rata mak ayah, merebut peluang menghantar anak-anak ke sekolah. Perasaan teruja dapat dirasai apatah lagi jika ia merupakan pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah untuk masuk ke darjah satu. Momen manis tersebut pastinya menjadi saat istimewa dalam menyimpan kenangan ragam anak ke sekolah.
Pelakon Yana Samsudin,39 dan suami Fadzil Zahari,40 antara mak ayah yang berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah buat pertama kalinya pada hari ini.
Aisy Mateen Bersemangat Ke Sekolah
Menerusi perkongsian di Instagram Yana Samsudin, anak sulungnya Aisy Mateen,7 yang lengkap berpakaian uniform sekolah, cukup bersemangat untuk pergi sekolah bagi memasuki darjah satu, tanpa ‘drama’ mengalirkan air mata. Malah turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga tersayang.
Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya ! Takda drama air mata !
@aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah.. nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk peluk salam bagis semangat kat abang dia. Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long , and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga..
Rasanya dadi dia yang nangis … hahahahaa… tak sangka anak dah besar!
Ads
Ok mommy , dadi nak gi dating breakfast jap.. hahahaha .
Mommy mommy dadi ok ke tak tu?
Ramai juga yang berkongsi keterujaan dan merasakan cukup pantas masa berlalu, kini anak sulung pasangan selebriti ini telah memasuki alam persekolahan. Malah turut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga gembira di sekolah.
Mingguan Wanita: Momen pengalaman pertama kali hantar anak ke sekolah memang waktu yang dinanti-nantikan oleh mak ayah. Pelbagai perasaan berbaur di hati. Rasa baru sekejap dilahirkan, anak kini semakin besar dan pergi sekolah. Semoga dipermudahkan urusan mak ayah yang hantar anak-anak ke sekolah pada hari ini.
Nas Adila Hidap Kanser Payudara. Allahuakhbar besar sungguh dugaan penyanyi Nas Adila. Menerusi perkongsian di Instagram, Nas Adila memaklumkan kini dirinya sedang berjuang melawan kanser payudara.
Malah penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mat aitu juga memohon doa daripada rakan dan kenalan agar dipermudah perjalanan rawatan.
Nas Adila yang juga isteri kepada Aliff Razali turut menyatakan keadaan terkini dirinya.
“Assalamualaikum semua. Maaf tak dapat nak reply pertanyaan satu persatu.
“Doakan ALLAH terus pinjamkan kekuatan-NYA kepada saya untuk melawan kanser. I am a breast cancer fighter,” luahnya.
Kongsi Nas Adila lagi dia kini meneruskan rawatan kemoterapi.
“Kalau tanya keadaan saya Alhamdulillah saya ok, tak sakit. Insya-ALLAH 20 Mac ini rawatan kemoterapi,” titip Nas Adila.
Nas Adila turut memberitahu dia menghidap kanser payudara sejak awal Mac lalu, penyakit itu mula dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Selayang, Selangor.
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya yang turut akan melakukan ujian CT scan untuk mengetahui tahap sebenar kanser minggu hadapan dan memulakan rawatan kemoterapi.
Kongsi Nas Adila seperti mana dipetik menerusi Mstar, suaminya turut memberi semangat buat dirinya.
“Suami saya sangat tenang menerima berita ini. Dia banyak memberi semangat untuk saya. Hikmah di sebalik apa yang berlaku membuatkan hubungan kami lebih erat.
“Saya banyak merujuk penghidap kanser lain. Mereka juga masih meneruskan aktiviti harian mengikut kemampuan. Jadi saya akan terus aktif dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang penyakit ini,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet mendoakan semoga Nas Adila cepat sembuh dan kuat menerima dugaan.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak Balik Rumah 2 Hari, Isteri Ketiga Rosakkan Cermin Kereta & Motor Suami! Menjalani kehidupan berpoligami, suami haruslah berlaku adil pada semua isteri-isteri demi keharmonian rumahtangga. Ia bagi mengelakkan sikap tidak puas hati diantara isteri-isteri terutamanya giliran balik ke rumah.
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Mingguan Wanita:Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk hidup berpoligami, suami memainkan peranan penting dalam bersikap adil pada semua isteri-isteri bagi menjamin rumahtangga harmoni.
Lelaki serang Kamal Adli hingga parah dakwa diupah, motif cemburu Uqasha kahwini Kamal Adli. Sesi bergambar dan beramah-tamah pasangan selebriti Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo terhenti sekitar 9 malam tadi (Ahad, 12 Mac), apabila Kamal tiba-tiba diserang dengan ‘chota’ (kapak India dengan pemegang panjang).
Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu terkejut ekoran melihat Kamal yang berlumuran darah.
Lelaki yang Kamal sangka ingin bergambar dengannya dan mengekorinya itu juga dikatakan membawa pisau kerambit.
Kamal, 37 tahun, yang turut mengalami lebam pada muka dan pipinya kerana dipukul lelaki itu selepas kepalanya ditetak dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menerima beberapa jahitan lapor Berita Harian.
Ini dimaklumkan pengacara Roslan Shah yang membawa Kamal dan Uqasha, 30 tahun, ke Singapura untuk acara dagangan.
Uqasha yang masih dalam keadaan terkejut dan menangis sewaktu berbual dengan BH turut menceritakan tentang kejadian ngeri dan tidak diduga itu.
Lelaki yang menyerang Kamal telah pun ditangkap polis selepas beberapa pengunjung dan pengendali gerai menahannya daripada melepaskan diri.
“Saya memang tidak menduga perkara ini berlaku. Sekitar 9 lebih, kami sedang bergambar dengan seorang makcik berkerusi roda.
“Kemudian saya berjalan dahulu ke depan manakala Kamal di belakang pula sedang rancak berborak dengan makcik.
“Tahu-tahu, seorang lelaki memanggil Kamal. Kami ingatkan dia nak bergambar. Alih-alih dilibas ‘chota’ panjang itu pada kepala Kamal.
“Darah mencurah-curah…teruk Kamal kena. Saya nampak Kamal bangun sebab nak tahu siapa yang menyerangnya. Dia kemudian dipukul pada muka dan pipi serta badan. Darah dah mengalir terlalu banyak,” cerita Uqasha menahan sebak di dada.
Menurutnya, lelaki itu seakan tidak mempedulikan serangan dibuat di khalayak ramai.
“Dengan muka bersahaja dan senyum sinisnya, dia memandang Kamal. Semua orang di situ kemudian kejar lelaki itu dan menahannya. Mereka hairan dan marah mengapa Kamal menjadi mangsa serangannya,” tambah Uqasha.
Beliau berterima kasih dengan orang ramai yang tangkas membantu serta bersyukur nyawa suaminya itu terselamat dan daya ingatannya tidak terjejas.
“Alhamdulillah, Allah nak selamatkan Kamal. Saya tahu semangatnya kuat. Lukanya dalam tetapi mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
“Doktor di hospital tanya tentang hari ini hari apa dan pukul berapa…nampaknya Kamal ingat…daya ingatannya masih kekal selepas serangan teruk itu,” ujar Uqasha.
Roslan, sementara itu, berharap lelaki yang menyerang itu akan dibawa ke muka pengadilan.
“Sebagai orang yang membawa Kamal dan Uqasha datang ke Hari Raya Mega Sale ini, saya perlu bertanggungjawab dan tak nak apa-apa terjadi pada artis yang saya uruskan datang ke sini untuk temui peminat.
“Saya tak pasti apa motif lelaki itu menyerang Kamal. Tak baiklah membahayakan nyawa orang dan dalam suasana ceria acara seperti Hari Raya Mega Sale.
“Sewaktu kejadian, saya keluar dari dewan sebentar. Apabila pulang semula, saya lihat keadaan kecoh sebab Kamal sudah berlumuran darah.
“Saya mohon peminat doakan agar urusan Kamal dan Uqasha dipermudahkan dan kesihatannya kembali pulih,” jelas Roslan.
Ketika dihubungi, jurucakap polis dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.
“Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.
Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari seberang yang meniaga, membuat persembahan mahupun membuat penampilan khas untuk menemui peminat di sini.
Kamal dan Uqasha yang baru-baru ini menjayakan drama romantis Akira Khan di Astro Ria bersama adalah yang sering tampil di acara sebegini untuk menemui peminat kesayangan mereka.
Dalam pada itu Kosmo Online melaporkan Uqasha Senrose memaklumkan lelaki yang menyerang suaminya semasa ditahan ada memberi amaran kepada dirinya sekeluarga bahawa dirinya didakwa di upah oleh individu lain
“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.
Dia juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.
“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!