gmbar hiasan

Alasan tak logik suami mahu bercerai menimbulkan rasa tekanan buat isteri. Mana tidaknya kadangkala alasan yang diberikan membuatkan kaum hawa hilang keyakinan diri. Hakikat sebenar, ada segelintir suami yang berlaku curang namun tidak mahu mengakui hal tersebut.

Dalam kehidupan rumah tangga, ujian sentiasa hadir seperti air yang mengalir. Dugaan rumah tangga yang paling hebat adalah pergaduhan hingga menyebabkan perceraian.

Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!
gambar hiasan

Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai

Langit tidak selalunya cerah. Ada kalanya panas dan hujan. Tidak kurang juga mendung dan ribut. Demikianlah juga keadaannya dengan alam perkahwinan dan rumah tangga. Bahagia atau derita, lumrah kehidupan suami dan isteri.

Seperti mana perkongsian menerusi akaun Facebook Rabiatul Adawiyah Ramli ada persolan yang dikemukan kepada Puan Rabiatul tentang suami yang mahu menceraikan isteri dengan alasan bentuk badannya.

Ikuti perkongsian tersebut yang boleh menjadikan panduan buat wanita di luar sana yang melalui perkara yang sama. Moga bermanfaat!

Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!

 

IKLAN

Isteri Kurus Macam Pramugari Mahu Diceraikan

“Stress saya puan, suami saya nak ceraikan saya sebab bentuk badan saya. Padahal dia yang dah ada orang lain. Boleh ke saya tak setuju?”

Jawapan saya :

“Saya pun stress dengan soalan ni. Saya ingatkan bentuk badan dia shomel/chubby, rupanya selim melim tinggi lampai macam pramugari. Eh rasa nak gari je suami dia ni.

“Oklah straight to the point.

IKLAN
  1. Ini bukan punca alasan perceraian yang munasabah + ini adalah 1 kesalahan kerana body shaming. Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
  2. Dalam keadaan ini, puan boleh untuk tidak setuju dan berikan alasan puan sebab apa tidak setuju untuk bercerai masa di Mahkamah nanti. Tak kisahlah tuntutan perceraian yang akan difailkan oleh suami nanti tuntutan cerai melalui persetujuan bersama, Hakam atau Fasakh.
  3. Memang talaq ada pada suami dan suami boleh sahaja melafazkan talaq bila-bila masa sahaja walau tanpa kebenaran Mahkamah. Tapi apabila itu berlaku, lafaz talaq tersebut perlu disahkan di Mahkamah dan suami tersebut akan dikenakan penalti oleh Mahkamah kerana jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Kenali Alasan Mahu Diceraikan

  1. Namun, puan juga boleh untuk bersetuju sekiranya terdapat sebab-sebab lain yang menunjukkan bahawa PUNCA PERCERAIAN adalah disebabkan puan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini puan juga boleh menyatakan alasan dan sebab mengapa puan bersetuju terhadap tuntutan.
  2. Selain itu, puan juga boleh memfailkan tindakan terhadap pihak ketiga tersebut sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi membolehkan kertas siasatan dan pendakwaan boleh dibuat. Kerana ia merupakan kesalahan Jenayah di bawah Jenayah Syariah yang memperuntukkan “mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”
  3. Jika inilah alasan kepada sebab puan diceraikan, puan layak terhadap semua tuntutan yang dibenarkan undang-undang dan ianya selari dengan Hukum Syarak!

Baca Sini : “Lebih Rela Minum Jamu, Berurut.” Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya, Punca Wanita Mati Putik Bercerai

Bila Isteri Nekad Bercerai. “Suami Sanggup Pujuk Rayu Peguam Isteri, Berjanji Akan Berubah”

“Inilah Hakikat” Komen Netizen 

Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati agar wanita mempertahankan maruah diri.

Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya! Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya! Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!

IKLAN

Mingguan Wanita :  Wanita jangan cepat mengalah. Ketahuilah hak anda.

Sumber/Sumber Foto : Facebook Rabiatul Adawiyah Ramli

Anak nak sambung belajar mak-mak dah ready ke?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI