Alhamdulillah, Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, memberikan sejuta rahmat dan seribu kebahagiaan yang paling bermakna buat pelakon Anzalna Nasir seisi keluarga. Ini kerana setelah menanti sekian lama untuk mendapat cahaya mata, pelakon cantik manis Anzalna Nasir,31 telah selamat melahirkan anak pertama pada hari Jumaat , 31 Mei lalu.

Bayi lelaki tersebut merupakan cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan bagi keluarga Nasir, memandangkan Anzalna mempunyai lima beradik perempuan serta 3 anak saudara perempuan.

“Akhirnya, Bertemu Juga! Raya Yang Paling Bermakna Buat Kami Sekeluarga,” Anzalna

Berita gembira ini dikongsikan oleh Pelakon Memori Cinta Suraya menerusi video pendek didalam laman Instagram beliau.

“Jumaat, 31.5.19. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua! Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami” kata Anzalna

IKLAN

Luah Rasa Kesyukuran

Sementara itu, di laman instagram suami pelakon ini, Hanif Zaki juga mengucapkan rasa syukur dan mengumumkan kelahiran anak lelaki pertama mereka.

“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yang lalu. Perasaan yg tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur” ujarnya.

IKLAN

Pelbagai perasaan bercampur baur, sebak, gembira dikongsikan didalam video tersebut. Seluruh ahli keluarga menanti dengan penuh debaran dan teruja dengan kelahiran tersebut di hospital.

“Akhirnya, Bertemu Juga! Raya Yang Paling Bermakna Buat Kami Sekeluarga,” Anzalna

IKLAN

Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pada awal tahun lalu pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah lebih 3 tahun berkahwin.

MW: Tahniah buat Anzalna, suami dan seisi keluarga atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga anak yang dilahirkan sihat sempurna dan menjadi penyeri dalam rumahtangga. Selamat berpantang sewaktu raya nanti!

Sumber: Anzalna Nasir Hanif Zaki

Baca Disini:
Bakal Dapat Anak Lelaki, Pelakon Anzalna ‘Cipta Sejarah’ Dalam Keluarga

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI