Tanggal 23 Oktober 2023 menjadi saksi penyampai radio Fizi Ali menamatkan status duda dan bergelar suami kepada wanita pilihannya pada Isnin.
Fizi atau nama penuhnya Mohd Fafizudin Alimudin, 36 tahun berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto dirinya dan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas selesai upacara akad nikah.
Ads
Akhiri Zaman Duda
Pasangan tersebut dipercayai melangsungkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Ads
Walaubagaimanapun, Fizi tidak berkongsi butiran lanjut mengenai muat naik tersebut di laman Instagram miliknya namun menitipkan ucapan ringkas di kapsyen foto tersebut di mana penyampai radio berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.
alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa2 yang baik kembali semula dekat kalian #offduda #23.10.23
Kembali Pegang Status Suami
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2019. Namun pasangan tersebut bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isu berhijab kembali hangat diperkatakan apabila seorang pelakon dan usahawan tampil tidak berhijab baru-baru ini. Perkara tersebut mendapat liputan meluas dan ramai memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara tersebut.
Namun bagi pelakon Aprena Manrose, dia mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu.
Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, lumrah sebagai manusia biasa apabila iman mereka diuji sebegitu, lebih-lebih lagi ketika berusaha untuk istiqamah ke arah kebaikan.
“Tapi dengan doa yang membuatkan saya terus kuat. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab isu menutup aurat ini adalah perkara sensitif,” katanya kepada Mingguan Wanita baru-baru ini.
Ujar anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman itu lagi, individu sekeliling juga menjadi faktor yang mempengaruhi tahap keimanan seseorang untuk kekal istiqamah. Meskipun mempunyai figura seorang bapa yang mendalami bidang agama, Aprena pernah berkongsi perasaan dengan bapanya mengenai perkara mengenai hijab ini.
“Papa kalau tiba-tiba Aprena rasa nak bukak tudung boleh tak?. Hanya satu jawapan papa yang melekat di hati saya iaitu “Kalau you sempat bertaubat Alhamdulillah, kalau tidak… Tapi dia sentiasa memberi nasihat dan setiap kali berjumpa, saya sentiasa meminta papa mendoakan saya,” ujar Aprena ketika ditemui Mingguan Wanita.
Aprena yang ditemui di majlis memperkenalkan pelakon Wanna Ali sebagai duta produk Millefelur di Hotel Royale Chulan, Damansara semalam turut berpendapat doa daripada ahli keluarga terutama suaminya, sebagai ‘perisai’ untuk dirinya kekal istikamah untuk menutup aurat.
“Selain tuntutan agama, salah satu sebab saya masih kuat (istikamah) adalah kerana suami, Mohd. Afiq Hazman. Insya-Allah dengan berkat doa daripada keluarga, bapa dan juga suamu, itu yang membuatkan saya kuat. Bagaimanapun, saya tidak tahu ke depannya nanti bagaimana. Kalau satu hari nanti nampak saya tidak lagi berhijab, maka saya tidak lagi bertudung.
Kata Aprena lagi, dia tidak menganggap berhijab menjadi punca rezekinya dalam bidang lakonan berkurangan, cuma dia berpendapat wataknya mungkin agak terbatas selepas menutup aurat.
“Dalam dunia lakonan, sebelum saya berhijab, watak yang ditawarkan kepada saya lebih banyak dan luas. Tapi bila dan mula menutup aurat, produksi mungkin hormat dengan penampilan kita.
“Jadi tawaran berlakon itu menjadi kurang. Tapi itu bukanlah masalahnya. Rezeki saya tetap ada. Lagi pun saya tidak terfikir pun memakai hijab menjadi punca rezeki saya disekat,” katanya.
Terdahulu, Aprena yang juga adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu mula berjinak-jinak untuk berhijab sejak Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tidak lama kemudian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raja Ema tak layan mesej nakal budak muda. Pelakon dan penyanyi 80-an yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan yang juga pemilik nama lengkap, Raja Ema Raja Ibrahim lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal dan tinggal bersama anak-anaknya.
Raja Ema yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar juga begitu mengunci rapat soal kehidupan peribadinya selepas bergelar ibu tunggal lebih 20 tahun. Terbaru Raja Ema mendedahkan pernah menerima mesej nakal daripada pengikut di media sosial miliknya yang mahu mendekati dirinya.
Namun ibu kepada dua anak, Putera Ammar dan Putera Al Kashah ini juga memberitahu terdapat segelintir golongan muda juga memberikan komen kurang menyenangkan. Namun Raja Ema tidak pernah ambil peduli sebaliknya hanya bertindak membuat tapisan setiap mesej diterima di laman sosial miliknya.
“Ada juga mesej-mesej nakal tapi mereka tidak berani melampau dan kebiasaannya pembantu akan tapis semua mesej yang diterima.
“Gangguan di media sosial itu perkara biasa sebab saya anggap mereka ini budak-budak… Kalau saya layan boleh jadi gaduh, jadi lebih baik biarkan sahaja.
“Kalau nak terangkan setiap soalan yang diberi pun susah sebab mereka tidak rasa apa saya lalui.
“Kalau ada cuba pikat, saya selalu beritahu saya ‘single but not available’. Saya gembira kehidupan bersama anak-anak. Mereka pun semua sudah besar dan kami selesa begini,” ungkap Raja Ema seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Raja Ema juga lebih selesa hidup sendiri selepas bercerai dengan bekas suami iaitu penyanyi Sheqal pada 1999.
“Saya juga sibuk dengan kerja termasuk perniagaan makanan yang diusahakan. Semua itu sudah cukup buat saya gembira dan selesa hidup tanpa pasangan,” kongsinya lagi.
Ekin Mawi terkejut harga makanan dicaj RM1260, makcik kedai makan tampil beri penjelasan menu untuk 20 orang. Sejak semalam, tular di media sosial apabila luahan dan pertanyaan dari Ekin Rahmat mengenai harga makanan cekik darah di sebuah medan selera Johor Bharu mencecah hingga RM1260 dan dianggap terlalu mahal baginya.
Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, dia biasa makan di lokasi berkenaan namun kedai berbeza.
“Saya orang JB, jadi selalu balik JB dan akan cari makanan yang kami teringin nak makan. Kami selalu makan di kedai JDT di sebelah, tetapi pada hari kejadian ikan di kedai tersebut sudah habis,” jelasnya.
Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
“Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya,” tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tambahnya lagi, saya tiada niat nak post video kedai makan ni untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu
Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena. Jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan. Supaya peniaga-peniaga ni semua jujur dan tulus agar orang lain tak terkena benda sama, “ tulisnya.
Dalam pada itu, makcik Wati yang merupakan tokey kedai makan tersebut tampil dengan rakaman video memaklumkan kenapa menu dicaj pada harga RM1260.
“Ia untuk makan 20 orang, ikan yang dipesan juga bukan dua ekor tetapi ada banyak lagi termasuk udang, sotong dan lain lagi,” katanya yang menyenaraikan setiap satu harga bagi menu dipesan pasangan ini untuk mengelak salah faham.
Masa yang sama, anaknya yang memuat naik hantaran ini di fbnya memaklumkan, jika Ekin dan Mawi ada pertanyaan lanjut mengenai harga yang dicaj boleh menemui mereka semula di kedai.
Jangan terlalu banyak melepaskan tanggungjawab pada isteri, risau dia rasa suami macam tak wujud. Kadang isteri tak meluah, tetapi dia banyak memendam dan sampai satu tahap akan meletup!