Ajal dan maut semuanya ketentuan tuhan.Berita kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di Kampar,Teluk Intan pagi semalam, cukup menyayat hati.Tragisnya salah seorang mangsa kemalangan tersebut yang terkorban merupakan wanita yang sedang sarat mengandung dan hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak kelimanya.Malah dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan bulanan di Klinik Kesihatan.
Ketika kejadian Allahyarham Faridah Md Nayen, 38, dalam perjalanan ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan kandungannya dengan menumpang kenderaan jirannya yang turut maut dalam kemalangan itu.Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 32 Jalan Langkap – Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat di Teluk Intan.
Redha Ketentuan Tuhan
Suaminya, Ahmad Ismail, 45, berkata, dia menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.30 pagi tadi daripada sepupunya yang memaklumkan hanya kemalangan kecil.
“Sebaik terima panggilan saya bergegas ke Hospital Teluk Intan, namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan.
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya bersama tiga yang lain yang juga jiran sebelah rumah sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Tanjung Keramat menuju ke Klinik Kesihatan Desa Tanjung Keramat terletak kira-kira 1 kilometer.
“Saya reda dan terima kehendak tuhan ini… kami menunggu kelahiran anak kelima namun tuhan lebih menyayangi mereka dan anak itu turut meninggal dunia dalam perut kandungan,” katanya sayu.
Ahmad Ismail, 45 tahun
Arwah Ibu Penyayang
Sementara itu, anak sulungnya, Mohd Firdaus Ahmad, 15, ternyata tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui susulan kehilangan insan tersayang.
Ads
“Ibu adalah seorang yang sangat penyayang, namun sentiasa tegas dalam pelajaran.
“Hasrat ibu adalah untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran dan arwah sering menasihatkan saya supaya rajin belajar serta mahu saya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lama lagi.
“Saya ingin memenuhi hasrat arwah yang mahu saya memperoleh keputusan cemerlang itu,” katanya.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kemalangan mengakibatkan tiga wanita maut iaitu suri rumah, Farah Ain Salim, 19; pesara Fuziyah Sarjuni, 62 dan Faridah Md Nayen, 38 yang sarat mengandung 35 minggu.
Kemalangan membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga itu turut mengakibatkan anak kepada Farah Ain iaitu Nur Afrina Miqaila berusia lapan bulan cedera dan seorang lelaki berusia 43 tahun luka di hidung.
Ads
4 Kenderaan Terlibat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 10.50 pagi membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga.
“Siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 36 tahun dan Suzuki Swift dinaiki tiga wanita dan seorang bayi perempuan yang kedua-dua kenderaan itu dari arah Langkap hendak menghala ke Kampar.
“Apabila sampai di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai terlanggar belakang Suzuki Swift berkenaan yang hendak membelok ke kanan masuk ke simpang Klinik Desa Tanjung Keramat.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan berpusing beberapa kali sebelum terlanggar Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke dalam parit,” katanya.
Ads
Lori dipandu lelaki berusia 36 tahun, terperosok ke dalam parit.
Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbabas dan terlanggar Proton Saga yang berada di belakang Ford Ranger sebelum terjatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan.
“Penumpang Suzuki Swift, wanita berusia 19 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandunya berusia 62 tahun dan seorang lagi penumpang berusia 38 tahun meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.
Mohd Marzukhi berkata, lelaki berusia 43 tahun yang pemandu Ford Ranger tidak cedera, manakala penumpangnya yang juga seorang lelaki luka di hidung.
“Pemandu Proton Saga yang turut terbabit dalam kemalangan itu terselamat tetapi masih belum dikenal pasti identitinya.
“Pemandu lori berusia 36 tahun juga terselamat dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Salam takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta redha dengan ketentuan ini. Ajal maut, ketentuan tuhan. Hargailah insan tersayang. Siapa sangka rutin biasa yang dilakukan setiap bulan, jadi asbab itulah pertemuan akhir dengan keluarga.Buat yang memandu terutama kenderaan besar, lebih berhati-hatilah di jalan raya, jangan akibat kecuaian ramai mangsa terkorban.
Nasi lemak RM0.90 sen “mereka yang kurang wang atau ikat perut, boleh makan tanpa fikir panjang”. Sememangnya besar rahmat Allah pada peniaga yang masih menjual makanan dengan harga murah walaupun dunia dihimpit kegawatan ekonomi.
Bukan sekadar pelanggan biasa malah pelakon dan pelawak Bell Ngasri juga turut terkejut dengan harga nasi lemak yang dijual. Rata-rata pada hari ini harga sebungkus nasi lemak biasa dijual dengan harga RM2 dan paling mahal RM4.
Nasi Lemak RM0.90 Sen, Inisiatif Menu Rahmah
Itulah usaha pemilik premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang yang tular menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah RM0.90 sen.
Prihatin dengan nasib golongan B40 dan risau susulan ekonomi dunia pada tahun ini yang diramal dan diancam kemelesatan. Ketua Pegawai Strategi Pak Mat Western Group, Nurina Izz Zayani tujuan utama mereka menjual nasi lemak dengan harga murah untuk meringankan beban orang ramai. Selain itu, mereka juga menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna khususnya golongan B40.
Bukan itu saja malah sejajar dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, baru-baru ini, bertujuan memastikan golongan berkenaan khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
“Ada Tuduh Kami Menipu”
Malah dengan RM0.90 itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.
“Sejak dua bulan lalu kita menjual nasi lemak serendah RM0.90 ada yang ingat ia hanya sekadar gimik.
“Tak kurang juga menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.
“Ada yang anggap, angka sen itu tak padan dengan hidangan nasi lemak kami sediakan.
“Namun semua itu bukan omong kosong, kerana sambutan diterima sampai kami tak menang tangan.
“Pelanggan yang datang pun daripada pelbagai kaum.
“Kita sedar selama ini, nasi lemak digemari bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain termasuk Cina, India serta mat salih,” katanya.
Bersedekah Kongsi Rezeki
Menurut Nurina Izz lagi, pihak mereka cuba menyelami keperluan dan kehendak masyarakat yang saat ini berdepan kegetiran hidup.
“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak.
“Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi harga semurah ini.
“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.
“Ada juga golongan bekerja yang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet.
“Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti ‘rider’ atau penghantar makanan.
Ibarat Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
“Di premis PMW Cafe, semua boleh menikmati nasi lemak ini. Yang kurang wang atau ikat perut, masih boleh makan menu ini tanpa fikir panjang.
“Malah dengan bermodalkan RM2 saja, mereka boleh menikmati sarapan pagi dengan sempurna. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami mahu semua datang ke premis tanpa fikir wujud kasta.
“Nikmatilah nasi lemak ini tanpa prejudis kerana ia dihasilkan dengan kasih sayang sentuhan air tangan orang lama. Tambahan pula, nasi lemak ini divariasikan dengan cita rasa tradisional dan barat sekali gus menjadikan ia gabungan orang Malaysia,” sambungnya yang turut memberitahu selain Nasi Lemak RM0.90 sen, Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball turut menjadi pilihan pelanggan. Malah mereka juga turut mempunyai ‘ekspress mart’ di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak waspada kenali simptom jika anak dijangkiti, ini fakta virus Kawasaki. Seperti mana yang diketahui umum anak kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Arissa yang dijangkiti virus Kawasaki.
Menerusi akaun Instagram Amyra Rosli sebelum ini telah berkongsi keadaan anaknya yang mengalami Penyakit Kawasaki. Ayra sebelum ini menunjukkan simptom demam panas sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Malah sewaktu Amyra berkongsi keadaan Ayra dilihat badannya naik ruam-ruam merah sehingga pada bahagian leher.
Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti
Ibu dan ayah yang punya anak kecil pastinya berasa bimbang dengan penyakit ini. Penerangan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi perkongsin di Facebook tentang penyakit ini boleh memberi panduan buat mak-mak. Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Penyakit Kawasaki adalah sindrom keradangan salur darah di seluruh tubuh, dan ia lazimnya berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
“Punca utama penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi ia dikaitkan dengan pengaktifan respon imuniti susulan sesuatu jangkitan.
Penyakit Kawasaki Ini Tidak Berjangkit
“Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya bermula dengan demam tinggi yang berterusan selama 5 hari, atau lebih. Selain itu terdapat gejala-gejala berikut:
◾Mata merah(konjunktivitis)
◾Bibir merah, bengkak dan kering
◾Lidah merah (strawberry tongue)
◾Tangan serta kaki merah dan mengelupas
◾Ruam merah di seluruh badan
◾Bengkak nodus limfa di leher
Dapat Dielak Jika Pesakit Mendapat Rawatan Awal
“Penyakit ini boleh membawa komplikasi yang membimbangkan. Keradangan arteri yang membawa darah ke jantung boleh berlaku, dan boleh menyebabkan aneurisma*.
“Komplikasi lain adalah: kerangan selaput jantung(perikarditis), injap jantung (valvulitis), sendi(arthritis), dan selaput otak serta saraf tunjang(meningitis).
“Komplikasi-komplikasi ini dapat dielakkan jika pesakit mendapat rawatan awal.
“Rawatan untuk penyakit adalah infusi immunoglobulin melalui intravena(IVIG). Immunoglobulin adalah antibodi yang diekstrak dari darah manusia(penderma darah).
“Selain itu, pesakit Kawasaki juga diberi ubat aspirin(asid salisilik) untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
“Lazimnya kanak-kanak yang hidapi penyakit Kawasaki akan pulih selepas 4-8 minggu. Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan, boleh pulih tanpa komplikasi serius.
NOTA RINGKAS PENYAKIT KAWASAKI:
◾Kawasaki lazimnya berlaku pada kanak-kanak bawah 5 tahun.
◾Gejala: demam >5 hari, merah mata, ruam seluruh badan, lidah merah, bengkak kelenjar.
◾Rawatan: transfusi immunoglobulin(IVIG), dan aspirin(asid salisilik)
◾Pemulihan dalam masa 4-8 minggu. Rawatan awal dapat elak komplikasi.
“Semoga Dilindungi Anak Kita Semua” Warganet
Hantaran perkongsian dari Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan itu ramai warganet yang berkongsi pengalaman anak mereka pernah dijangkiti virus Kawasaki.
Jika sebelum ini, menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), cuma anak dari keluarga perbendapatan 40 peratus terendah (B40) saja yang menikmati kemudahan ini, kini tak lagi. Kerana sarapan percuma ini diperluaskan kepada seluruh pelajar.
Tulisnya dalam facebook beliau,
BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Program Sarapan Percuma Berpandukan Menu Sihat, Dan Enak
Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Mekanisme pemberian sarapan percuma ini bagi setiap sekolah bagaimana pun belum diperjelaskan secara menyeluruh.
Semoga dengan pelaksanaan sarapan percuma ini akan membantu anak-anak untuk lebih fokus memberi tumpuan dalam setiap sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dan tentunya pengumuman ini memberi berita gembira kepada ibu bapa malah para pelajar yang bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi program ini.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...