Esok bermulanya bulan puasa yang cukup dinantikan kehadirannya. Setiap kali waktu berbuka, selain juadah makanan yang lazat, minuman yang sedap juga turut mendapat perhatian untuk disediakan setelah seharian menjalani ibadah berpuasa ini. Jika mak-mak inginkan minuman yang sejuk, berlemak, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat buah-buahan,boleh lah mencuba resipi air viral ‘Dragon Mix Fruits’ yang merupakan kegemaran keluarga Nur Yushanun Yusof ini.
Berikut antara perkongsian resipi minuman ini;
“Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik.Senang jer resepinya.”
Dragon Mix Fruits
Bahan-Bahan:
Buah Naga Merah
Buah Mangga Masak
Anggur Manis
Laici tin (sekali air)
Susu Pekat Manis
Air masak
Ais batu
Ads
Cara Membuat:
1. Potong dadu semua buah-buahan tersebut.
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kemudian masukkan ais batu.
Panas di media sosial dengan komen dan status netizen berkenaan beg tangan berjenama termasuk Hermes dan Birkin dan beg macam-macam saiz ditemui dan berisi duit yang dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen agak terkejut dengan berita penemuan 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan yang dimiliki individu bergelar Tan Sri.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketika pemeriksaan dibuat, tiada penghuni di dalam kondominium tersebut yang mana melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib). Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” kata Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sebelum ini lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan satu pengalaman manis untuk melalui seksaan minum air gula. Kalau boleh lari, memang dah lama ibu hamil lari. Demi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, kenalah ibu hamil tempuhi. Kasihan sebenarnya lihat pelakon Ummi Nazeera perlu minum air gula ketika kandungannya 5 bulan.
Semalam Ummi ada berkongsi di instagramnya minta pandangan follower tip nak minum air gula. “Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi klinik minum air gula.”
Namun, akhirnya Ummi terpaksa juga akur yang dia perlu juga melalui saat-saat penuh debaran minum air gula. “Kena buat ujian minum air gula hari ini. Siapa pernah buat. Cuba share sikit pengalaman dan tip.” Yang lagi sweet tu, bila suami Ummi yang juga seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari maklumkan padanya yang air gula itu sedap.
Betulkan walau cuma nak minum air gula, dia punya perasaan macam nak pergi berperang. Macam-macam bermain-main dekat fikiran itu. Tak sedaplah.. nanti muntahlah..Apa pun mind set ibu hamil itu sendiri kena siap sedia.
Macam Ummi Nazeera ni, seharian dia cuba prepared mental dan fizikal nak hadapi momen getir minum air gula. Bila dia cuba tukar mindset cakap senang saja, akhirnya cabaran ibu hamil minum air gula dapat dilalui dengan tenang.
“Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water.
“Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad. Original flavor dikacau dengan air suam. Ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk. Alhamdulillah. Kalau ummi boleh! Mesti u guys boleh! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dengan ubat dari kecil lagi. Menangis setiap kali kena makan ubat. Yang peliknya. Suami pula doctor.”
Kehamilan dirinya buatkan dia semakin memahami susah senang ibu sewaktu mengandungkan dirinya dan abang selama 9 bulan kehamilan.
“I’ve only been pregnant for 5 months but now I understand. A little yet a lot for me. What mama went through to carry me and abang for 9 months. Ada yang kata “Syurga di bawah telapak kaki ibu”. It’s true.. Memang ibu ibu kita banyak pengorbanannya.”
“Patutlah sikit terguris hati mereka, Besar sangat dosanya. Being pregnant, Everyday is a new challenge. Belum lagi time bersalin ni!
“Takutlah juga. Anyway! Happy mama’s day everyday, Maziah Musa. I always pray for Allah to grant u the highest jannah mama. Semoga Allah terima semua Ibadah mama. Love you, thank you.” Luah Ummi Nazeera lagi.
Kata Ummi sepanjang Ramadhan ini dia kuat untuk meneruskan ibadah berpuasa. “Semoga dapat penuh sebulan. In Shaa Allah sehari dua lagi akan terbiasalah tu. Ummi dengan baby setakat ini okat lagi. Alhamdulillah.”
Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, setiap perbelanjaan perlu diurus dengan lebih cermat. Selepas bersara, wang persaraan hendaklah digunakan secara berhemah. Mengurus duit persaraan dengan sebaiknya bukannya satu hal yang mudah. Andai boros, bimbang duit yang menggunung tinggi akan habis begitu saja.
Amalkan tip ini untuk membantu mengurus kewangan anda dengan bijak.
Untuk membantu anda berjimat, beli barang yang menawarkan diskaun. Promosi ini harus sentiasa disedari melalui hebahan, surat khabar dan iklan yang diberikan ketika berkunjung ke pasar raya. Beli barangan itu secara pukal dan pastikan ia tidak mudah rosak. Dengan ini anda akan lebih berjimat.
Sudah pasti warga emas ini menghadapi cabaran memasak untuk dua orang makan. Namun semua itu boleh diatasi apabila anda memasak sekali sahaja dalam sehari. Makanan itu, boleh dimakan pada waktu makan tengah hari dan malam. Jika anda memasak hidangan lebih rumit seperti rendang, masak lebih sedikit. Simpan makanan itu di dalam peti ais. Makan apabila perlu. Ia lebih menjimatkan masa dan wang.
Guna keistimewaan potongan harga yang diberikan kepada warga emas dengan diskaun sebanyak 50 peratus berbanding harga normal. Contohnya menggunakan perkhidmatan kemudahan awam seperti pengangkutan, hospital dan sebagainya. Namun, anda perlu memohon kad keahlian warga emas untuk menikmati keistimewaan itu.
Jika teringin melancong, elak tempah tiket penerbangan terlalu awal. Di usia sebegini kesihatan diri tidak menentu. Daripada anda terpaksa membayar lebih banyak wang untuk mengubah tarikh perjalanan, lebih baik anda mencari promosi pada tarikh yang hampir dengan waktu ingin melancong. Bagi menempah hotel, anda perlu bijak untuk membuat perbezaan harga yang terdapat pada laman web.
Masa yang ada boleh diisi dengan menanam di laman rumah sayur-sayuran dan ulaman. Hobi sebegini dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan pastinya juga lebih sihat dan berkhasiat.
Jangan hanya duduk di depan komputer atau menghadap telefon sepanjang hari, keadaan ini tidak bagus untuk kesihatan diri. Anda boleh membuat aktiviti santai bersama rakan-rakan tanpa sebarang kos. Seperti menyertai aktiviti amal yang dibuat oleh NGO atau mengikut program agama yang dibuat di masjid.
Ramai individu berfikir apabila menghampiri usia 55 tahun, mereka berhasrat mengeluarkan kesemuanya wang pencen atau KWSP itu. Simpan sedikit wang itu untuk menikmati kadar faedah yang tinggi setiap tahun. Anda boleh meletakkannya di dalam akaun pelaburan Skim Amanah yang diiktiraf Bank Negara.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.