Tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk mencipta kebahagiaan didalam rumahtangga bila adanya senda gurau dan usik mengusik diantara suami isteri. Ia bagaikan menyemai aura bahagia dalam perhubungan yang dibina, tidak kiralah bagi pasangan yang baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin. Barulah sesuatu hubungan itu tak rasa hambar dan dingin je kan!
Rupanya usik mengusik dan senda gurau ini juga menjadi amalan bagi pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 dalam mengekalkan kebahagiaan didalam rumahtangga mereka.
Muat Naik Gambar & Kapsyen Mencuit Hati
Usia perkahwinan pasangan bahagia, sama cantik sama padan ini telah memasuki tahun keenam serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.
Menerusi posting-posting yang pernah dimuat naik oleh Aeril sendiri dilaman instagramnya, ternyata pelakon drama Cinta Fatamorgana yang berasal dari Rengit, Batu Pahat Johor ini merupakan seorang suami yang cukup suka mengusik isterinya, Wawa. Tapi tak pe lah kan, usik isteri sendiri, itulah yang menambah kemanisan dalam hubungan suami isteri.Patutlah Wawa sentiasa ceria dan berseri-seri.
Lihat antara posting mencuit hati yang pernah dikongsikan oleh Aeril ini:
Suka melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan ini. Jadi buat suami isteri lain, rajin-rajinlah usik mengusik dan bersenda gurau dengan pasangan iya.Barulah hubungan tu jadi manis sentiasa.
“Saya mencadangkan pihak SPRM membuat siasatan kenapa mereka mengubah saiz Kinder Joy kegemaran kanak-kanak ni makin besar.”
“Kalau macam ni biar anak teriak tak apa, dalam tu bukan ada apa pun sampai 17 ringgit. Membazir!”
“Boleh kena renjatan eletrik masa nak bayar benda ni!”
Itulah kenyataan sesetengah mak-mak bila tular gambar saiz Kinder Joy makin besar di laman sosial baru-baru ini. Rasanya kebanyakan mak-mak memang trauma kalau nak bawa anak kecil masuk kedai yang ada jual produk ini di kaunter pembayaran.
Namun lain pula dari sudut pandang ibu anak empat ini, Puan Salwa Mohd Saleh yang mana dia tak risau langsung dengan isu saiz KInder Joy dah makin besar. Haaa… agak luar biasa juga sebab jarang mak-mak yang berjaya pujuk anak daripada mengamuk beli ‘coklat berhantu’ ini. Nah, jemput godek tip macam mana nak elak daripada terus terjebak beli…
Viral kisah emak ayah tension kinderjoy size maxi. RM17.99 katanya. Saya tak ada kesan secara lansung atau tidak lansung. Sebabnya memang tak pernah belikan.
Mari dikongsikan tips nya.
1. Beritahu anak dengan jujur. Ianya tidak berbaloi. Malah bukanlah makanan yang bagus berkhasiat dan mesti makan. Hanya option sahaja. Saya beritahu sejak mereka faham percakapan. Tak perlu tunggu 4 5 tahun usia.
2. Anak-anak saya tak tahu pun ada mainan di dalam tu. Hingga dapat tahu dari kawan-kawan. Pernah minta belikan. Saya hanya explain dengan bahasa mudah. Harganya tidak setimpal. Kalau beli mainan di kedai RM2 boleh dapat 2 mainan yang besar. Cuma kena tunggu balik kampung lah baru dapat pegi kedai RM2. Mereka faham
3. Ada pula teori, jika emak ayah tak beri makan jajan, di belakang mak ayah dia akan makan. Dan dia akan tipu emak ayah cakap dia tak makan. Saya rasa berbalik kepada didikan dan personaliti anak.
4. Imran misalnya, walaupun nak sangat makan layer cake apollo, tetap akan minta izin walaupun tahu tak diizinkan dan dia akan merajuk. I’jaaz lain pula. Imannya goyah sikit bila jumpa kawan atau sedara yang makan jajan. Jadi dia kadang terbabas. Tapi dia akan mengaku dan cerita tentang tu. Usia pun baru 7 tahun. Saya tak hukum tapi terus ingatkan.
5. Jadi, jika anak-anak masih kecil, didiklah dari kecil bahawasanya kinder joy itu tidak berbaloi. Tak perlu tipu. Tak perlu marah-marah. Cakap terus terang. Dan beri option lebih baik dalam jangka masa panjang. Jgn underestimate keupayaan anak untuk faham. Mereka boleh absorb walaupun baru 2 tahun.
Selebihnya terpulang. Jika rasa memang mampu dan nak pula beli, silakan. Cuma yang banyak saya nampak komen marah-marah kehabisan wang sedangkan yang ada akal lebih adalah kita yang dewasa.
Jangan jadikan mereka tuan.
Wallahu’alam.
Ok, lepas ini mak-mak boleh kawal anak-anak dari peringkat awal ikut tip pengalaman ibu ini ya. In shaa Allah, ada hasilnya. Moga bermanfaat~
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengakuan Faiz Roslan di media sosial menyatakan dirinya tidak berpuasa, mengundang rasa marah ramai pihak. Sesetengahnya menyifatkan tindakannya itu melampau dan tidak menghormati bulan puasa. Selebriti Azza Elite atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari juga menyatakan kebimbangannya tentang tindakan anak muda itu,
Luahan itu dikongsikan dalam instagram miliknya yang mana ramai selebriti memberikan maklumbalas tentang postingnya itu. Sebelum ini, Faiz Roslan dikenali dengan video parodinya yang viral dan mendapat teguran daripada selebriti dan ahli agama. Yang mana, parodi itu tidak seharusnya dimuat naik kerana tindakannya seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadhan.
“Sebelum tu ku minta maaf sebab tegur mu eh Faiz! U watch out ! Allah bagi kelebihan femes ! femes ek ? I don’t understand why people make u femes with idiot behaviour! Adik oh adik ko jangan wat gitu dik! Mana malu ko dengan Allah! Ko bangga ko tak solat .. ko bangga ko tak puasa .. Astaghfirullah! Nape mu gitu ?”
“Jangan sampai Allah tarik nikmat kita dik. Sharnaaz tegur ramai bekap! Padahal apa yang Sharnaaz cakap tu memang benar belaka. Aku dengar ko menjawab ko siap! Ni aku pulok cakap!
“Panas hati aku bila orang permainkan Allah. Kami pun pernah muda. Pernah femes dari ko ok! Tapi kami takut nak permainkan Allah. Kami tegur sebab rasa kamu perlu di tegur! Pe pun aku doa semoga Allah beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi orang baik baik.”
Azza juga mempersoalkan mengapa netizen memberi ruang kepada Faiz Roslan untuk menjadi terkenal.
“Tolonglah gais! Kenapa bagi orang orang macam ni femes! Dia cakap dia tak puasa sebab dia tak solat. Korang nak tegok dia pergi tengok kat fb Azza Rima.
“Kita hamba Allah dik bukan hamba IG.”
“Tolong unfollow dia, kalau tidak lagi menjadi jadi.”
Akui Azza dia juga bersependapat dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang menegur Faiz Roslan secara terbuka.
“Cakap baik baik, pujuk tak makan saman budak ini. Berani sangat sangat dah dia. Orang sampaikan, orang tegur, sembunyi sembunyi tak jalan. Bukan suka suka nak marah ko.”
“Tapi bersebab! Kami perempuan if tak puasa pun malu nak cakap tak puasa. Kau? Bangga nau nau. Kalau tak tegur, esok Allah tanya kenapa tak tegur? Al least habis dah bahagian kami.
“Kenapa tegur terang terangan? Sebab dia ni tegur sembunyi tak jalan dah. Kalau ya pun nak femes jangan sampai permainkan puasa dan solat. Kami pun tak baik dik. So sama samalah perbaiki.
Doa Azza untuk Faiz, “Moga Tuhan beri kamu kesempatan. Sebelum ditarik nikmat yang kamu ada sekarang.
“Kamu kan femes. Jika kita tak puasa kita jangan upload video makan di bulan puasa dik. #penghinaan ramadhan.
“Jangan sombong dengan Allah. Kalau dengan ulama pun kamu tak nak dengar. Kamu nak dengar dari siapa.”
Dan teguran Azza ini mendapat bermacam maklum balas ada yang menyokongnya tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka yang membidas pandangan Azza mula mempersoalkan kisah silam bekas penyanyi kumpulan Elite itu.
“Yes. Saya seorang penyanyi dan pelakon. 22 tahun yang lalu, kehidupan saya tak tentu arah. Betul.. banyak kejadian yang buat saya berubah.”
“Antaranya Allah hantar teguran dari netizen! Saya risau sebab saya ada mak ayah. Dan teguran netizen buat saya banyak merenung sampai bila saya nak macam tu. Ada satu teguran yang buat saya berubah. Teguran dari Allah. Buat saya terus nak ubah dari segala segi.
“So pada yang cakap Kak Za pun nari lah terkinja.. tu dulu dik! Dan itu adalah pekerjaan! Bukan nari bodoh bodoh! Itu kehidupan Kak Za yang lalu. Kak Za kalau boleh nak ubah masa supaya Kak Za bukan yang itu.
“Tetapi Kak Za yakin. Kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yang lebih baik. Orang tegur jangan sombong! ambil la positif. Kalau awak fikir negatif teguran orang.. hurmm tak tahu la nak cakap macam mana kan.
“Ni kalau dah tak boleh tegur camano! nak bekap tera mana lagi dik. Kita ubah perlahan lahan jujur dan istikhomah ok.”
Bicara Azza Elite dipenghujungnya mendoakan agar Faiz Roslan menjadi lebih baik lagi, “Manalah tahu teguran dari kami yang kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik.”
Penyedap makan waktu sahur, Sambal Garing Bilis Tempe ini salah satu menu yang dicari-cari bila nak masuk bulan Ramadan. Tetapi kalau tak dapat tangkap di kedai, maka mak-mak kenalah buat sendiri.
Nah, ini rahsia buat sambal garing bilis daripada Puan Sutera Ayu yang mendapat perhatian ramai di laman media sosial. Apa yang menarik, wanita ini juga tak lokek kongsi tip macam mana nak goreng tempe dengan betul. Tak pecah dan hancur bila digaul.
Sambal garing bilis tempe pedas masam manis.
Untuk persediaan lauk di bulan ramadan.
1 kg ikan bilis kopek 4
10 keping tempe rega 50 sen
250 gram cili padi hijau
50 gram cili api
200 gram bawang putih
50 gram asam jawa(ambil airnya)
300gram gula putih
2 sudu besar chikenstock
2 sudu teh garam
5 sudu besar gula flame
Basuh ikan bilis, tapis dah air kering baru goreng hingga rangup.
Potong-potong nipis cili dan bawang putih, goreng asing-asing sehingga kering tapi jangan hangit. Nanti pahit. Cili itu setengah kering pun boleh, dah goreng terus tapis macam ni.
Kali ni saya tak letak halia, sebab budak-budak ada yang tak suka. Kalau nak letak halia pun boleh. Sama je caranya, halia potong nipis-nipis dan terus goreng sampai kering.
Panaskan minyak dalam 1 cawan, masukkan serbuk cili babas, air asam jawa, gula flame dan gula putih. Kacau hingga naik minyak dengan api perlahan dan naik minyak dan berbuih tutup api. Baru kita masukkan cili goreng bawang, tempe dan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
Setelah pecah minyak dan gula macam ni terus tutup api. Masukkan bawang dan cili yang dah goreng tadi. Gaul rata, masukkan tempe dan bilis. Gaul-gaul perlahan hingga sebati.
Beli tempe hari ini, jangan terus goreng. Biarkan dulu 2 malam dalam peti ais, nanti dia akn padat dan senang untuk dipotong. Tak pecah-pecah.
Dah sejuk baru kita simpan dalam botol-botol kecil macam ni, senang nak makan, habis satu, ambik lagi satu. Kalau rajin boleh buat open order untuk kengkawan ataupun jiran.
Sambal ni tak perlu disimpan dalam peti ais sebab tahan dalam sebulan lebih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih memegang cara yang betul dan menjaga adab, pengarah dan penerbit, Erma Fatima cukup memelihara batas pergaulan anaknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.